Saturday, May 19, 2007

Patah Tumbuh, Hilang Berganti....

Assalammualaikum..

Tetiba hari ini terlintas difikiran tentang kehilangan. Setiap orang pasti pernah merasakan hehilangan. Kehilangan kawan-kawan, kehilangan teman, kehilangan ahli keluarga, kehilangan barang berharga, kehilangan peluang yang ada, kehilangan haiwan pilihan (akulah tu) dan kehilangan apa-apa saja yg ada disekeliling kita. Apabila berlakunya kehilangan, hati pasti merintih pilu, malah pada yang hilang arah pasti akan menyalahkan takdir di atas kehilangan tersebut. Dan pada waktu itu kita akan menjadi perindu yang setia. Umpama majnun rindukan laila, umpama romeo rindukan juliet, umpama uda rindukan daranya. Namun yang parahnya, kita merindui sesuatu yang telah tiada.

Perlu kita ingat bahawa apabila ALLAH telah mengambil sesuatu dari kita (sememangnya ia milik ALLAH yang hakiki), pasti akan ALLAH gantikan dengan yang lain pada kita. Yang hilang pasti berganti, yang patah pastikan tumbuh kembali. Walaupun yang berganti tidaklah sehebat yang telah hilang, yang tumbuh tidak sesempurna yang telah patah namun itulah yang terbaik yg ALLAH berikan pada kita. Belajarlah kita untuk mensyukuri apa yg ada di depan kita, di sekeliling kehidupan kita. Tapi ada juga di kalangan kita yang tidak dapat menerima hakikat kehilangan. Tidak dapat menerima penggantinya sekali. Mengharapkan agar yang berganti sama seperti yang telah tiada atau biarlah lebih hebat dari yg telah hilang. Perlu kita ingat bahawa (terutamanya melibatkan insan) setiap makhluk yang ALLAH jadikan itu tidak pernah yang sama. Baik dari segi fizikal apatah lagi dari segi akhlak dan amal. Lihat sahaja sahabat-sahabat Rasulullah. Setiap mereka mempunyai personaliti yang berbeza apatah lagi kita insan-insan biasa.
Aku juga pernah merasakan kehilangan. Kehilangan sahabat-sahabat yg satu ketika dulu sentiasa ada di sisi, kehilangan saudara mara yang terdekat, kehilangan peluang yang terbentang luas di depan mataku malah kehilangan "sesuatu" yang berharga dalam hidupku. Pernah setiap kehilangan itu aku mengharapkan agar dipulangkan semula kepadaku. Betapa aku jahil ketika itu. Malah ganti-ganti yang datang aku bandingkan dengan apa yg pernah aku hilang. Tapi alhamdulillah, kini ALLAH telah menggantikan apa yg telah aku hilang. Walaupun tidak seperti yg dahulu, namun padaku inilah yang terbaik buat diriku. Dan inilah harta-harta berharga dalam hidupku kini. Dan betapa aku mensyukuri pemberianMU ini Ya ALLAH.

2 comments:

shafarina said...

Semua yang berlaku kan ada hikmahnya Nurul...

Nurul said...

huhu..tuh la wan...kalo la tak diingatkan sumer tu, mau hilang arah dibuatnya...