Tuesday, June 19, 2012

Cuti-cuti Melaka


Bulan lepas, lepas sukan Taska Along kami ke Melaka. Menumpang percutian ofis abang ipar. Destinasi adalah Shah Beach Resort, Tanjung Kling. Menarik gak resort nih sebab terletak di sebalah pantai. Sayangnya tak boleh nak mandi kat pandati tuh, sebab kawasan obor-obor. Tapi tak apa sebab ada kolam renang. Bebudak seronok le. Resort yang bertemakan rumah Melayu lama, so kereta boleh parking betul-betul kat belakang penginapan masing-masing. Bilik boleh tahan luasnya, cuma sayang bilik air macam tak berapa sangat lah. Tak banyak aktiviti kami buat kat sini, malam dinner di Medan ikan bakar Alai. Rasanya lagi sedap dari yang Umbai. Siang esoknya pula, lepas buat spa n facial treatment dengan Azah di resort, kami berjalan-jalan di Zoo Melaka tapi bukan berjalan sangat pun. Naik trem je...tak larat oo nak berjalan tengahari buta. Lepas tuh tak singgah ke mana-mana dah..terus balik..




Nih la resortnya...


Di tepi pantai yang indah..eheh

Dari cafe...makanan dier tak banyak pilihan

Sampai-sampai je, bebudak sumer terjun kolam..


Adik dengan maksu dan kakak Imah
 
The brave adik...

Along dan adik di zoo Melaka

Patung ular...macam real jer

Monday, June 18, 2012

Sukan Generasi Educare, Putrajaya

Bulan lepas Along sukan, bulan nih Taska adik pulak. Seperti yang kami jangka, drama air mata adik berlaku sepanjang acara..ehehe..dari pagi nak suruh pakai baju sukan sampai selesai acara yg dia masuk. Dibantainya meraung je. Sampai kena pujuk nak pergi Tesco lah, beli mainan lah. Adoi..Ummi, walid n along terpaksa meyorok bagi adik tak nampak..kalo dak, bertambah parah cikgu2 nak memujuk.. Tahun-tahun sebelum buat dalam dewan, tahun nih pula diorang buat kat padang. Tapi risau2 masa ni sebab jerebu tengah teruk..aisy..

 Setelah dekat sejam menangis, nasib senyap masa perbarisan.
Terpaksa ambil gambar dari belakang, takut adik nampak..

Along kekonon nak pujuk adik, tapi bertambah kuat adik meraung..

 Adik lepas acara lari bawak bola masuk dalam bakul selesai..
tak habis menangis lagi..

 Time amik hadiah baru senyap..adoi la

 Dapat medal, dapat tupperware..pengetua Generasi Educare..

 Seronok adik yer dah dapat hadiah..
rasanya hadiah acara paling lama meraung nih..ehehe

 With Along..

Dengan Teacher Mimi, guru kelas 3 Laksamana