Hari seterusnya kami di bawa ke Jongs Crocodile Farm. Ini macam dekat Melaka la, Taman Buaya tapinya ladang buaya yang ini jauh lebih besar dan ianya diusahakan oleh orang perseorangan. Memula masuk, kami ingatkan kecik jer kawasannya, rupanya mengah juga nak menghabiskan pusing satu ladang. Selain dari buaya, ada juga binatang-binatang lain seperti burung, memerang, rusa, monyet, ular dan banyak lagi. Yang menariknya di sini adalah sesi memberi buaya makan. Pergh, melompat2 buayanya bila nak dapatkan makanan. Ngeri lak tengok. Sesi ini bermula pada jam 11.00 pagi. Biasanya ambil masa dalam 15-30 minit. Tiket masuk agak mahal la, RM16.00 (dewasa) dan RM8.00 (Kanak-kanak) tapi berbaloi. Antara tempat yang aku suka adalah kolam arapaima sebab cantik je dengan bunga-bunga teratai yang menutupi permukaan air. Oh, lepas sesi bagi buaya makan, diorang buat pula sesi ikan arapaima makan tapinya kitorang tak sempat nak tengok sebab nak ke tempat lain pula. Rugi sungguh.
Selain dari buaya, binatang lain pun ada
Abah dengan besannya..
Adik seronok tengok kera.
Teratai di kolam arapaima
Buaya ni besar giler....bila dier melompat, ngeri weiii
Buaya kontot..
Petang tuh lepas rehat2 sekejap di rumah, kami ke Waterfront pulak. A must place to go jika ke Kuching. Kat sini lah boleh beli segala neka souvenir. Kalau nak beli kek lapis, silalah menyeberangi sungai untuk ke kampung sebelah sebab kat sana adanya penjual2 kek lapis yang cukup famous seperti Dayang Salhah dan Mira. Memandangkan aku dah beberapa kali ke Waterfront nih, makanya idak la seexcited mana. Ikut je ahli rombongan yang rambang mata nak beli cendera hati. Di bandar Kuching nih la adanya monumen kucing yang femes tuh. Tapi korang kena berjalan jauh sikit ke depan untuk ke monumen tu. Kalau yang menginap di tengah-tengah bandar nih, takder masalah la untuk melihatnya. Owh, walaupun banyak kali dah menjejakkan kaki di Kuching, buat pertama kalinya aku melihat masjid di tengah-tengah deretan kedai. Kagum lak aku. Tapi jangan lak ingat masjidnya hanya sebesar kedai. Itu cuma laluan untuk ke Masjid Kuching yang terletak di belakang dereatan kedai-kedai tersebut. Dari Waterfront nih juga kita boleh melihat Bangunan Dewan Undangan Negeri dan Astana. Astana merupakan kediaman rasmi YDPSarawak. Ia dikatakan dibina oleh Charles Brooke untuk isterinya. Siapa-siapa yang nak tengok Astana secara dekat, silalah menaiki sampan untuk menyeberangi sungai. Tambang 80sen sorang je. Tak jauh dari Astana tu ada taman orkid. Kitorang tak sempat nak tengok taman orkid sebabnya dah petang sangat dan tengok nak menapak macam berbukit2 je. Kesian pula kat emak dengan abah. Tapi sekurang-kurangnya dapat lah merasa nak sampan dan tengok aksi dua beranak yang gayat (walid & along). Buntang-buntang mata masing-masing bila sampan tuh beralun. Ngehehe...
Masjid Bandar Kuching
Bangunan ADUN
Astana
Sampan yang digunakan untuk menyeberangi sungai.
Tambangnya hanya 80sen sajer
Dah penat berjalan smapai ke Maghrib, kami pun balik ke rumah. Abang Man dan kak alin belanja kami makan di Singapore Chicken Rice, kedai nasi ayam yang pemes di Kuching. Kak Alin kata, kedai-kedai nasi ayam lain macam tak boleh nak saing kedai ni. huhuhu...lepas makan, balik terus mandi dan mata pun terpejam..ehehe
4 comments:
Masjid Bandar Kuching,atau Masjid Tambi merupakan antara masjid yang tertua di Kuching. Masjid ini telah dibina pada tahun 1837 oleh pedagang India Muslim. Kedudukannya memang di dalam deretan kedai itu sendiri, dan sebenarnya masjid ini telah dilingkungi dan ditutupi oleh bangunan bangunan kedai. Agak sayang kerana sebagai bangunan yang bersejarah, ia semakin usang dan sepatutnya mendapat selanggaraan yang lebih baik. Masjid itu sendiri mempunyai potensinya sebagai bahan pelancongan tinggi.
pergh...macam buka wikipedia jer...cayalah..semakin maju tourist guide :D
Ahaks. Kalau tak, camne nak maintain business maa...
I was diagnosed as HEPATITIS B carrier in 2013 with fibrosis of the
liver already present. I started on antiviral medications which
reduced the viral load initially. After a couple of years the virus
became resistant. I started on HEPATITIS B Herbal treatment from
ULTIMATE LIFE CLINIC (www.ultimatelifeclinic.com) in March, 2020. Their
treatment totally reversed the virus. I did another blood test after
the 6 months long treatment and tested negative to the virus. Amazing
treatment! This treatment is a breakthrough for all HBV carriers.
Post a Comment