Thursday, September 30, 2010

Berapi kat musang berapi...

What is wrong with this musang? Aiya...ker internet aku yang bengong? Dah 3 hari aku tak boleh nak buka 2-3 tab dalam satu masa. Kalau aku add tab, sure page tu tak appear sampai aku closekan page yang lain. Jangankan tab, buka 2 window pun tak boleh. Contoh macam kalau aku nak komen entry orang, aku klik comment, keluar satu window tapiiiiiiii...kosong! Blank! Bukan error. Tapi Blank! Sampai aku close main window, barulah window komen tuh paparkan page dia. Bengong! Satu kerja pula nak open, close..open, close window.

Penghujung Syawal..

Dah nak masuk hujung Syawal dah. Pergi mana-mana blog mesti ada cerita tentang raya. Bukan tak mahu berkongsi cuma tak berapa rajin nak menaip. Kalau nak cerita tentang sambutan hari raya pun macam dah basi. Cumanya tahun ni beraya di Bt. Caves dulu sebelum balik ke Beranang. Seperti tahun-tahun yang sudah, rutinnya sama saja. Mandi, kemas-kemas rumah, panaskan segala neka yang perlu dipanaskan, tunggu orang balik dr masjid, salam-salam, sesi bergambar pastu pergi berjalan raya. Malam pula tunggu tetamu datang beraya. Cuma apa yang menariknya adalah malam raya dah kena sound dengan Abah. Bukan seorang tau, tapi satu family kena sound. Anak, bini, menantu, cucu..semua merasa. Ahahahaha...amik ko. Kelam kabut je masing-masing masa tu. Tapi kami dah biasa dah. Abah memang macam tu. Bila datang panik dia, mula la angin taufan datang melanda. Sedangkan kes kecil je. Kes kitorang tak readykan hidangan untuk orang takbir. Bukan tak nak siapkan awal-awal, tapi tahulah kalau bebudak kecil dah ramai kat rumah. Berlari ke sana, berlari ke sini. Nanti ada pulak yang mandi teh ke, kuah kacang ke. Lagi naya.

The rendang...

The satay

The anak-anak (3 takder dalam gambar)

The kami (red was our theme this year)

The Us
(Tak disengajakan, majoriti purple kebiruan..kami je dikategorikan sebagai rare species)

(3 ahli takder dalam gambar..Ain mbam mbam dan Caie sebab dah tidur, Abang Man masih di Aussie)

Sehingga ke hari ini (selagi belum habis Syawal), mood raya masih ada. Dengan open house, jamuan raya and so on. Seperti biasa, kami tak buat open house ye. Bila-bila masa boleh datang (kalau kami ada di rumah ler). Ada semingggu je lagi ni. Sempat lagi..

Saturday, September 04, 2010

Tak sempat nak hantar kad raya laa....


Ok..sebagai pengganti diri, aku menggunakan segala teknologi yang ada untuk menghantar kad raya nih..ehehehehe..terima yer semua. Maaf zahir dan batin....

Wednesday, September 01, 2010

Melewati 31 Ogos, menghampiri 1 Syawal

Salam Merdeka buat rakyat Malaysia. So, semalam semua orang bercuti kan? Sempatlah aku mengemas sikit-sikit rumah di Putrajaya. Sebenarnya kemas almari perhiasan je dan almari solek. Hehehe..itupun jenuh nak siapkan sebab asik dikacau dek 2 beradik tu. Menyapu habuk bagai. Sambil tu dok mengomel kat abang nak mencari bunga. Terus terang aku katakan sebenarnya abang yang lebih dalam part-part mengemas ni. Nak dekat raya ni abang boleh lak sebut nak tukar bunga, alas meja etc. Makanya, demi menyahut seruan abang itu, aku pun meremindkan dia untuk mencari bunga baru. Destinasi kami adalah ke Nilai 3.

Bayangkan lah, dibulan puasa ke Nilai 3 dengan membawa 2 orang askar kecil dan berjalan ditengah panas terik mentari tengahari. Orang kat Nilai 3 tuh takyah nak kata lah, memang ramai. Dengan panas teriknya, lepas tuh tengok pula Along sedap menyedut air milo. Memang menduga iman sungguh la. Uisy, rasa macam nak masukkan diri dalam kategori mereka-mereka yang diharuskan berbuka je. Niat asal hanya nak cari bunga dan alas meja je. Mula-mula pergi kedai bunga. Tak banyak lak less nyer. Hanya 20% jer tapi sebab memang dah nekad kan, dapatlah rembat bunga kaler merah. Digabungkan dengan bunga daun getah kat rumah yang kaler kusam2 cream dan bunga2 halus kaler putih. Lawa dah kiranya tuh.

Keluar dari kedai bunga entah macam mana abang teruja pula melihat langsir. Terpaksalah mencari ready made punya langsir selepas membeli bunga.. . Lepas round 4-5 kedai langsir, last-last dapatlah langsir yang simple tapi comel dan murah. Maka tahun ini dengan rasminya raya kami bertemakan kaler merah. Alas meja je yang tak jumpa-jumpa. Tak larat dah nak round kedai lain. Along asyik bising ajak balik. Lepas ke Nilai 3, kami terus ke Beranang untuk menghantar 4 beg baju (baju raya, baju kerja). Tidur sekejap, lepas tu terus ke rumah Abang Long untuk makan free. Nilai 3 punya pasal, sampai 4 gelas air aku minum masa berbuka. Huhuhu..heavan je rasanya.

Dah hujung-hujung puasa ni, dah abis idea aku nak masak apa. Lagi-lagi bila cili dalam peti ais pun dah habis. Nak blend lain, rasa macam tak berbaloi sebab nanti 2 minggu nak meninggalkan rumah (alasan semata). Duduk opis pun pasang lagu raya je. Lepas tu dok kira diut nak selesaikan hutang piutang. Lepas tu dok mengira bajet untruk selepas raya pula. Alhamdulillah kerajaan bagi 500. Kalau dak, kompem lepas raya bawak bekal kuih raya pergi opis. Hehehe