Tuesday, August 17, 2010

Sama ke?

Terjumpa gambar-gambar ini. Sama tak?



Friday, August 13, 2010

3 Ramadhan

Alhamdulillah. Dah masuk hari ke tiga berpuasa. Buat masa ni kami masih belum menziarah bazar Ramadhan lagi. 2 hari lepas menu berbuka kami berkuah saja. Hari pertama bihun sup, semalam mi kari. Tapi mi kari semalam sungguhlah spoil disebabkan oleh kerang yang sudah lama dan agak berbau. Makanya kuah karinya menjadi agak tidak menyelerakan. Hari ni punya menu masih belum decide lagi. Sepanjang 3 kali bersahur, kami dapat makan dengan tenang sebab Along dan adik nyenyak dibuai mimpi cumanya ada sekali tu adik bangun lepas kami habis bersahur.

Hmm..Sebelum puasa hari tuh dah berapa hari abang dok mengadu sakit2 tapak kaki. Terasa bisa2 dan kebas je. Ingatkan sebab darah tinggi tapi abang macam dah teragak yg itu simptom gout. Sejak doktor kata kandungan asid urik dalam darah abang tinggi, makin pening kepala aku nak memikirkan lauk utk bersahur (tanak mengaku ada gout tuh). Dah sah2 banyak yang kena dipantangkan dan kebanyakkannya adalah feverat dia. Kalau ikutkan, abang memang tak makan seafood sepeti udang, sotong, ketam etc tapi feverat dia adalah sardin yang mengandungi kandungan purine yang tinggi. Lepas tuh ikan bilis, siap boleh ratah mentah lagi. Lepas ni kena makan ikan2 sungai je la ye. Tapi takkan hari2 nak makan ikan keli dan talapia? Huhuhu...

Sedikit info mengenai penyakit gout..

Gout terjadi bila kandungan asid urik di dalam darah meningkat (melebihi 7.5 mg/dL). Ini terjadi kerana dua sebab utama:

* Tubuh menghasilkan lebih asid urik.
* Asid urik di dalam badan tidak dibuang dengan berkesan.

Serangan gout sering terjadi di kalangan :

* Lelaki yang berusia 30 tahun ke atas.
* Perempuan selepas putus haid .
* Orang yang mempunyai sejarah keluarga yang mengidap gout.
* Orang yang mengambil alkohol berlebihan.
* Orang yang mempunyai tekanan(stress) .
* Orang yang mempunyai penyakit-penyakit tertentu seperti leukimia.

Tanda-tanda yang selalu dirasai:-

* Sakit pada sendi terutamanya sendi ibu jari kaki.
* Sendi menjadi merah, bengkak dan panas.
* Demam

PENGURUSAN DIET SEMASA SERANGAN AKUT

* Ambil cecair sekurang-kurangnya 2 liter air (6-8 cawan) sehari.
* Hadkan pengambilan alkohol.
* Elakkan mengambil makanan tinggi purin.
* Elakkan mengambil terlalu banyak makanan daripada sumber protein ( 0.8g/kg berat badan)
* Tingkatkan pengambilan makanan daripada sumber karbohidrat. (55-60% daripad jumlah tenaga)
* Hadkan pengambilan makanan daipada sumber lemak. (lebih kurang 30% jumlah tenaga).

PENGURUSAN DIET SEMASA SERANGAN KRONIK.

* 8 cawan air sehari.
* Hadkan pengambilan alkohol.
* Berhati-hati dengan makanan yang tinggi purin.

MAKANAN TINGGI PURIN (150-825mg/100g)

* Pankreas/otok/ buah pinggang/hati.
* Ikan tenggiri/selar/kembong/sardin.
* Ikan bilis/budu.
* Kepah
* Telur Ikan
* Petai/jering
* alkohol
* Yis/ragi
* Ekstrak daging/kiub sup
* Angsa/kijang.

MAKANAN SEDERHANA PURIN (50 - 150 mg/100g)

* Daging lembu/ayam/kambing/ ikan/itik
* Udang/ketam/ tiram/kerang
* Asparagus/bungakobis/bayam/kulat/ cendawan
* Legum(dhal)/kekacang/ kacang pis/kacang panggang/petai/ bendi
* Produk bijirin penuh

MAKANAN RENDAH PURIN

* Bijirin/nasi/ mee/makaroni/ roti/biskut
* Susu/produk tenusu
* Telur
* Buah-buahan termasuk jus
* Sayur (kecuali di atas)
* Gula/sirap/ gula-gula/ madu/kastad
* Minuman berkarbonat
* Minyak/mentega/ marjerin
* Kopi/teh/kordial
* Keju
* Jem
* Yogurt
* Coklat
* Aiskrim
* Herba/rempah

* Cuka

RINGKASAN PENJAGAAN MAKANAN PESAKIT GOUT

* Elakkan mengambil makanan tinggi purin
* Hadkan makanan mengandungi sederhana kandungan purin
* Elakkan mengambil protein terlalu tinggi
* Kawal atau turunkan berat badan secara beransur-ansur kepada berat badan ideal
* Hadkan atau elakkan minuman beralkohol
* Minum banyak air (2-3 liter sehari) untuk membuang asid urik melalui air kencing
* Ambil lemak dalam kuantiti yang sederhana

* Elakkan makanan tinggi lemak (contohnya makanan bergoreng) kerana boleh mengurangkan pengeluaran air kencing
* Amalkan pengambilan makanan secara seimbang
* Lakukan senaman secara kerap.

Makanya, aku sekarang kena merangka apa yg boleh dan tak boleh beli setiap kali pergi ke pasar. Pening, pening....

Monday, August 09, 2010

1,2,3 sayang semuanya...


2 hari lepas genap dah umur dia 23 eh 32 tahun. Kebetulan pada tarikh tersebut kami ke UM sempena hari konvokesyen Acap, so aku mencapai sejambak Ros terus hulur kat dia. Romantik kan? Hakikatnya aku yang teringin sebenarnya. Anggap je lah itu pre-present. Kang dah ada idea bernas baru belikan yang lain. Ehehehe.... Apa-apa pun, kami (Ummi, Along n Adik) sayang sangat-sangat kat Walid. Happy birthday yer sayang.

Balik dari UM, niat nak ke SOGO dibatalkan lepas tengok jalan nak masuk KL jem. Abang terus drive pergi JJ Wangsa Maju untuk shopping fasa ke-3 baju2 raya budak-budak ni. Seperti kata kak Pnut , be kedekut ok. Cari yang less kaw-kaw untuk menjimatkan duit (kalau dah 3 fasa shopping baju raya budak, jimat aper nyer..huhuhu). Anyway, itulah tanda sayang kami kepada anak-anak. Duit baoleh cari, anak2 tiada galang ganti.


********


2 malam berturut-turut Along jatuh tangga. Mula-mula hari Jumaat, kemudian hari Sabtu. Aisy, berhantu sungguh tangga rumah emak tu. Mulanya aku nak mengejarkan Adik yang bermain di tepi tiang seri rumah bila dengar Aida dan emak menjerit serta Along menangis. Automatik aku kejarkan Along yang dah tersembam di tangga batu. Aduh, tengok muka sebelah kanan bercalar, mata kiri bengkak dan lebam. Bibir luka. Alhamdulillah semuanya hanya luka-luka luaran, tidak melibatkan sebarang kecederaan serius. Lepas tuam bengkak dengan ais, nampak ok sikit muka Along. 5 minit lepas jatuh, elok pulak di join Che Ah main siap berebut lagi. Sabar je la Along nih. Tak macam orang sakit langsung. Tengah malam tu terus Along demam sampai ke pagi tadi. Sejak dari tu, dengar orang berlari turun tangga pun aku dah ber dup dap dup dap. Risau je anak jatuh lagi.



Ni video yang Jajang captured masa Along dan Che Ah bercerita..hehehe..

*********


Adik? Semakin lasak dan selamba. Mulut tak bising tapi sengeh memanjang. Tak kira dengan saper, semuanya ok belaka. Semoga terus sihat dan ceria yer adik.