Saturday, July 31, 2010

31 Julai


31 Julai 2010. Hmm..setahun sudah berlalu sejak daripada kejadian itu. Setiap detik, setiap saat tidak pernah aku lupakan. Setiap langkah, setiap gerakan pada waktu itu masih jelas lagi. Setiap kali memori itu datang menjengah, air mata pasti akan mengalir. Perasaan itu masih lagi dapat aku rasakan. Alhamdulillah, adik kini semakin sihat. Semakin cergas. Semakin lasak. Semakin cerdik. Bersyukur ya ALLAH kerana memberikan kami peluang kedua. Takkan kami sia-siakan amanah MU ini.

Tuesday, July 27, 2010

Ramadhan is on His way...

Tinggal lebih 2 minggu je lagi kita nak berpuasa balik. Alhamdulillah. Aku dah berapa tahun sejak kawen puasa memanjang penuh je. Tahun nih nampaknya ada yang kena qada' la nanti. Huhuhu..Bila masuk bulan puasa ni mula la teringat puasa zaman kanak-kanak ribena dulu. Seronokkan? Puasa macam mana pun masih lagi larat nak main kejar2. Yang part tuang puasa tu tak payah cakap la. Air paip pun rasa heaven je bila masuk tekak. Hehehe. Aku tak tahulah kalau zaman sekarang ni mak bapak masih amalkan budaya siapa tak puasa duduk jauh2 masa orang lain berbuka. Kalau dulu, terkulat2 la tengok orang lain makan sedap-sedap masa berbuka. Sedih je hati masa tu. Tapi idak la sampai diorg dah licin makan baru yang tak puasa ni boleh join. Seingat aku lah, pernah sekali tu emak masak maggie banyak-banyak sebagai juadah berbuka. Bukan nak kata tak ada makanan lain, tapi mungkin dah penat nak masak nasi goreng ke, mihun goreng ke, mee kari ke, mee goreng ke, kue tiaw goreng ke. Paling senang masak maggie la. Satu perkara lagi, memandangkan keluarga aku ni keluarga yang besar (9 beradik tu), makanya hidangan untuk berbuka pun melimpah ruah la. Air je dah 2-3 jenis. Belum dengan kuih muih, dengan nasi + lauk pauk, pastu ada pula yang goreng2, siap dengan buah lagi. Memang penuh la tikar tu. Makan pun berebut-rebut je. Tangan bersimpang siur ambil makanan. Meriah betul. Abang masa mula-mula berbuka puasa dengan keluarga aku, memang dia terkejut. Dah la rumah tak berapa nak luas, makanan banyak sampai sofa-sofa kena letak luar sebab tak muat dah nak duduk. Ye lah, masing2 dan besar dan berbadan besar. Mana ada yang simpuh sopan2, sekali bersila bertemu lutut dengan lutut. Silap2 lutus atas lutut lagi.

Aku bila dah terbiasa dengan suasana macam tu, bila dah kawen nih tak pandai pula nak sukat2 bila memasak. Makan untuk berdua, masak kekadang macam nak makan ramai je. Abang pula jenis yang masa berbuka tak makan nasi. Nak masak sikit2 rasa macam tak mencabar. Ceewah. Bila makan berdua ni, masuk air dengan kuih dah rasa kenyang. Takder dah nak ulang2 makan ke apa. Nih dah ada 2 orang askar nih, mungkin meriah la berbuka puasa nanti. Harapnya masa bersahur diorang tak memeriahkan suasana di hening subuh. Kalau tidak, jenuh wei....

Perkembangan adik

Sekarang umur adik dah hampir menjangkau setahun 3 bulan. Last week ada appointment dgn Bahagian Carakerja. Alhamdulillah, motor skill adik adalah normal. Selari dengan perkembangan baby2 yang lain. Sekarang dah mula nak berlari pula walaupun jalan masih ada terhoyong hayangnya. Cuma dari segi percakapan la yang mungkin agak perlahan. Sehingga kini the only word yang adik sebut jelas adalah "abuuuuu tak!". Selebihnya tak ada perkataan spesifik seperti mama, nak, mak. Bila nak sesuatu barang, adik akan tunjuk dengan tangan saja. Bila nak memanggil ummi, walid atau along adik akan sebut "ah". Bila nampak kucing, ayam, itik atau apa2 binatang adik akan sebut "shiih" sambil menghulur tangan. Bila main sorang2, all the baby words akan keluar "babababa","tatata","abuuuu". Tapi yang aku kagum, bila main kereta adik akan buat bunyi "buuuuuuu".

Oh, kembali kepada carakerja tadi. Mula-mula masuk bilik carakerja, tak ada pegawai yang menunggu di dalam bilik tu. So, aku lepaskan adik main semua mainan yang ada. Bila Puan Anita jenguk je muka di pintu, adik terus kejar minta dukung. Aisyyy, dah kenal ke adik? Sambil bermain untuk menguji kepekaan adik, Puan Anita boleh pula tanya apa lagi nak ditengok dari segi perkembangan pergerakan adik. Katanya adik adalah normal. Aku minta pandangan dia untuk stimulate percakapan adik. Puan Anita sarankan supaya banyakkan berbual dengan adik. Sebut perkataan yang mudah seperti "susu", "ummi" dan sebagainya. Kita juga boleh menyambungkan perkataan2 yang keluar dari mulut baby supaya menjadi perkataan yang lengkap. Contohnya jika baby sebut "bububu", kita sambungkan "ku" dan sebut berulang kali kepada baby. Televisyen juga banyak membantu dalam merangsang percakapan baby. Oh, teringat kak Alin cerita hari tu. Ada satu kes di mana seorang kanak-kanak sehingga berusia 2 tahun tidak bercakap sampai mak bapak nya risau sangat (Kanak-kanak dikatakan mempunyai masalah dari segi percakapan apabila usia mereka menjangkau 2 tahun setengah masih lagi tidak boleh menyebut perkataan-perkataan mudah). Hingga satu hari apabila kanak-kanak tersebut bercakap, bahasa yang keluar adalah Bahasa Inggeris. Ternganga mak bapaknya. Rupanya sebab budak tu selalu menonton TV, dia belajar perkataan2 Inggeris dari rancangan TV. So, ada gak pekdahnya TV nih kan?

Tuesday, July 13, 2010

Down.....

A: Anda sakit?
B: Ya, saya sakit!
A: Oh! Anda sakit apa?
B: Saya sakit hati!


Oh..sungguh aku sakit hati. Benda mudah disusahkan. Yang boleh settle dipusing-pusingkan. Kalau macam ni bila nak habis? Buat susah, tak buat lagi susah. Nak diikut dah mengarut, kalau tak ikut silap-silap kena carut. Memang takkan selesai nampak gayanya. Sakitttttttttt.....


Astaghafirullahal'azim...(urut2 dada)