Thursday, June 10, 2010

To Sabah..II

Ok..Continue. Pulau Sibuan merupakan sebuah pulau kecil yang menjadi tempat tinggal bagi sakumpulan kaum Bajau Laut. Aku difahamkan bahawa terdapat lebih kurang 200 orang penduduk saja di pulau tersebut. Pulau tu mempunyai pasir yang sangat putih dan bersih. Air sekelilingnya sungguh jernih. Orang lelaki di situ menjalankan aktiviti menangkap ikan atau mengutip kerang. Biasanya apabila sumber makanan berkurangan, mereka akan ke Pekan Semporna untuk membeli makanan. Kanak-kanak kecil di situ masih ada yang tidak berbaju. Kaum ni memang jauh dari sebarang kemodenan. Rasanya tiada seorang pun yang mempunyai surat beranak atau kad pengenalan. Kanak-kanak tidak bersekolah. Dunia mereka hanyalah sekitar pulau tersebut. Seperasan akulah, aku tak nampak sebarang tanda suntikan BCG pada lengan kanak-kanak di pulau tersebut. Sempat kami mengambil gambar anak-anak kecil di pulau itu. Melihat seorang baby sedang nyenyak tidur di bawah rumah, terus di mataku teringatkan Zahirah. Aisy..dah rindu sangat dah nih..

Pulau Sibuan..indah bukan?


Rumah penduduknya..kecik jer

Jeti..see the clear water? rasa nak terjun

Memasak di belakang rumah..oh, mereka guna dapur gas tau


Belimbing dan mangga muda yang dipetik disekeliling pulau


Anak-anak Bajau laut..comel-comel kan?


Sun bath? Penat selepas puas menyelam di laut..

Selesai mengelilingi pulau kecil tersebut, kami terus bergerak ke Ladang Rumpai Laut di Pulau Sebangkat. Tapi sayangnya air dah surut, maka kami tidak boleh masuk ke kawasan tersebut. Kalau masuk gak, jawabnya kompem enjin bot akan dibalut dengan tali2 yang mengikat rumpai laut tersebut. Hanya melihat dari jauh. Difahamkan ladang tersebut menjangkau kawasan seluas 2000 hektar! Sebab dah tak boleh masuk, 5 minit je kami tengok kawasan tu. Terus kami berangkat balik ke Semporna. Dari jauh nampak pekan Semporna masih gelap akibat hujan. Air laut dah mula bergelora. Aku yang duduk di hadapan bot melompat2 akibat bot melanggar ombak2 kecil. Terpaksa memegang erat bawah kerusi bot. Muka dah sakit akibat dipukul titik2 hujan yang rasanya macam batu2 kecil je. Alhamdulillah kami selamat sampai ke jeti Seafest. Lepas tuh berlari-lari la mengejar masa nak check out dan ke airport. Penat sungguh. Sebelum berangkat pulang ke Semenanjung sempat pula singgah ke Pasar Kering di Tawau. Siapa-siapa yang memang hantu ikan bilis, ikan kering, udang kering pasti akan juling-juling mata melihat kepelbagaian pilihannya. Aku hanya membeli ikan bilis, udang kering sebagai ole-ole dari Sabah. Sepanjang dalam flight aku tidur jer (lagipun dah malam dan aku malas nak melayan orang tuh bercakap). Pukul 9.00 mlm kami selamat tiba di KLIA. Aku keluar je dari balai ketibaan terus diserbu oleh Zakwan. Alahai, sungguh aku terharu. Peluk-peluk, cium-cium (dengan walid sekadar cium tangan je..heheh). Tak sabar pula nak berjumpa dengan Auni.

Sampai di rumah, Auni baru saja tidur. Rindu punya pasal, aku kejutkan juga. Ya ALLAH! Mata Auni bengkak sebelah. Dengan tahi mata bertepek-tepek. Walid tak maklumkan kat aku pun sepanjang di Sabah tu Auni sakit mata. Kesiannya anak ummi yang seorang ni. Dengan bibir pecah-pecah sampai berdarah. Aduh..aku yang terasa sakitnya. Naper la tak bawa ke klinik awal-awal?

7 comments:

tulip said...

anak2 diorg yg kecik2 tak pakai pampers ke?? bagusnya la.. kalau anak2 kita ni dah berterabur sana sini.. huhu

Nurul said...

err..tak nampak la pulak yg berpampers...

tulip said...

kak nurul.. lagi satu gambar cantik2.. sesuai buat wallpaper...

Nurul said...

huhu..credit too abg din..ehehe..yg gambar2 akak amik yg kat FB tuh jer..itupun guna kamera hp..

~adeQ~ said...

wah...bestnya....air jernih...pemandangan indah....

Zakiyah Zainon said...

cantik kan!
tapi kesian ngan masyarakat yang masih terpinggir dlm zaman kemodenan nih..

Nurul said...

adeq: memang pemandangan yang indah kat sana...rugi kalo tak pergi..eheh

lip: tuh la pasal. dalam pemimpin2 negara dok melaung-laungkan tentang mengejar kemajuan, ada yang masih terpinggir, seolah dilupakan..