Monday, June 21, 2010

Belum rezeki kami lagi

Kembali selepas bercuti selama hampir seminggu. Badan masih terasa macam sakit-sakit tapi sebab surat MC hospital sampai semalam je, pergi juga la ofis. All this years, I've been listening to other people stories about miscarriage. Never thought it will happen to me. Hmm..tapi janji ALLAH itu pasti. ALLAH akan berikan pada hambaNya dan bila-bila masa ALLAH akan ambil kembali. Terus terang aku katakan mengandung kali ini bukanlah sesuatu yang dijangka. Memang diluar jangkaan betul. Namun, aku dan abang tetap redha dan gembira. Malah kami pernah bertekak untuk meletak nama anak sedangkan kandungan baru beberapa minggu. Aku sudah mula membayangkan keadaan bila ahli keluarga bertambah. Membayangkan bagaimana nak disumbat barang-barang ke dalam kereta comel kami. Membayangkan bagaimana hendak menguruskan adik serta adiknya dan Along yang semakin lasak. Aduh, terbayang kegamatan suasana rumah kami. Mengandung kali ketiga ini aku memang bertenaga. Tidak seperti sewaktu mengandungkan Along dan Zahirah. Tiada mabuk-mabuk atau muntah yang teruk. Serius, semuanya mudah.

Semuanya bermula pada hari Sabtu lepas. Kami sekeluarga memang tidak ke mana-mana. Perancangan ke Johor dan Pahang tidak tercapai. Abang kata malas nak berjalan jauh. Makanya aku di rumah mengemas apa yang patut. Menyapu, menolak almari dan sofa. Petang tu, aku tengah leka tengok TV sementara abang, Along dan adik lena tidur bila tiba-tiba aku terasa seperti cecair mengalir keluar. Mula-mula aku biarkan, tapi makin kerap pula. Bila aku check, ternampak tompok-tompok cokolat di seluar. Aku telefon kak Aida untuk dapatkan pengesahan (kak Aida dah gugur 4 kali). Petang tu kami terus ke Kecemasan Putrajaya. Dari Kecemasan aku dibawa ke wad bersalin bila Dr di ED tak dapat kesan jantung baby sewaktu scan. Katanya saiz baby juga kecil. Dalam wab bersalin aku cuma risaukan abang yang pasti kelam kabut menjaga adik dan Along di luar. Sekali lagi aku discan, dan keputusannya sama. Saiz baby kecil dan jantung baby tak dapat dikesan. Dr suruh aku balik dulu dan datang ke hospital balik lepas 2 minggu.

Hari Isnin tu abang ajak ke Hospital Kajang lepas balik kerja. Masuk je dalam kereta dah terasa sakit lain macam. Lepas ambil anak-anak di nursery, singgah rumah ambil baju budak-budak tu, terus abang pecut ke Kajang. Sampai hospital terus masuk ke Kecemasan. Along dan Zahirah pula ikut Acik balik ke Saujana. Sekali lagi aku kena scan, keputusan tetap sama. Aku ditolak ke Wad Bersalin. Sementara menunggu giliran untuk diperiksa, air mata aku makin laju turun. Sakitnya ALLAH saja yang tahu. Sepanjang 2 kali aku bersalin, tak pernah aku rasa sakit sebegitu. Tiba-tiba aku terasa macam ada benda yang keluar. Kemudian semua sakit terus hilang. Masa Dr nak periksa tu baru aku tahu yang janin tu dah keluar. Terkilan juga rasanya. Dalam hati entah berapa kali aku lafazkan kata maaf. Bukanlah rezeki kami untuk menambah ahli keluarga lagi. Maafkan ummi yer sayang....

8 comments:

Zakiyah Zainon said...

ada hikmah disebalik semua kejadian tu..mana tau lepas ni kembar menanti mcm aku hehehehe

mizz-siti said...

pasti ada hikmahnya tu nurul..take care of yourself ye..insyAllah ada rezeki lain kali :)

Azwani Shaari said...

insyAllah anak itu akan tunggu akak di syurga nanti:) moga2 ada rezki lg lepas ni.. aminnn

shuzana said...

beb..tak tahu plak ko tgh preggy 3rd bb..takpe la..blom ada rezeki lg, mungkin ko akan terima rezeki lain..insyaAllah...

aku doakan ko cepat sembuh ye...

tulip said...

jgn sedih k....
pasni cuba lagi.

ctsfin said...

perasaan yg same atun rase time gugur dulu. tapi alhamdulillah..atun takde sakit ape2 pun.. just bleading jerr...
tabahkan hati k nurul.. take care..

izz said...

sabar nurul.. betul kata kwn2.. pasti ada hikmah disebaliknya.. aku dulu pernah mengalami nasib yg sama... anak sulung pulak tu... pregnancy sbelum syahmi.. time gugur 7 minggu umur dia.. mmg sedih sgt... sakit pon tersangatlah sakit..laki aku nangis sama... tp skang Allah kasi 3... syukur..hehehe.. take care ok!

Nurul said...

Timer kasih semua. Tuh la, bila dah mengandung nih jgn nak eksyen kuat..eheheh..pengajaran utk diri sendiri.. :D