Monday, May 31, 2010

To Sabah..

Pemandangan dari Pulau Gaya

Outstation ke Sabah 4 hari. Meninggalkan cinta hatiku di Semenanjung. Masuk hari ke 2 aku dah banjir kat bilik hotel. Kebetulan masa ke Sabah, Zahirah tengah demam. Lagi la risau hati aku. Anyway, destinasiku adalah ke Kota Kinabalu dan Semporna. Di KK kami telah melawat Pulau Gaya dan Pulau Manukan. Serius punya cantik air laut di sana. Sejernih-jernihnya. Macam air dalam akuarium. Boleh nampak batu-batu karang dan ikan-ikan yang comel berenang-renang. Rasa macam nak bercuti-cuti sefamili di sana je. Alhamdulillah la sepanjang perjalanan ke Pulau Gaya yang mengambil masa 20 minit dari jeti di KK lancar je. Laut pun tenang. Kalau dah ke KK tak sah jika tak ke Pasar Filipina. Tapi nak bershopping sangat tak sempat la sebabnya pergi pun dah lewat petang. Pukul 7 je diorang dah nak tutup kedai. Hari ketiga kami bertolak ke Tawau dengan flight sebelum meneruskan perjalanan ke Semporna. Dari Tawau ke Semporna mengambil masa 1 jam setengah. Jalannya kecil je. Kiri kanan banyak pokok kelapa sawit. Dah nak sampai ke Semporna baru nampak banyak rumah-rumah di kiri kanan jalan. Kalau tengok di Semporna, rumah banglonya sungguh-sungguh la besarnya. Serius aku terkompius antara rumah dan pejabat. Tapi rumah Shafie Apdal masih lagi rumah kayu. Di Semporna aku menginap di Dragon Inn Floating Resort. Resort kayu yang bilik airnya juga daipada kayu. Bila mandi jer, air terus mengalir keluar ke dalam laut. Pekan Semporna memang kecil. Satu yang unik di Pekan Semporna adalah mereka tiada pengangkutan awam! No bus, no taxi. Kalau orang-orang kampung nak ke pekan diorang kena menggunakan perkhidmatan kereta sapu. Di Semporna kami telah ke Taman Marin Tun Sakaran. Ada 8 pulau dalam Taman Marin ni. Kami telah ke Pulau Bohey Dulang untuk melihat Pusat Pembenihan Kima. Kima kat situ boleh mencapai sehingga 40 kg beratnya. Lepas dah tengok Kima, kami ke Pulau Sibuan. Oh, will continue later...


Jeti di Pulau Manukan

Jernih air di Pulau Manukan...

Wednesday, May 05, 2010

PENIPU!


Huhuhu..entah tahun bila aku buka akaun Public Bank. Masuk ni dah 2 kali aku terima email dari makhluk ni. Mula-mula pun kata akaun kena kunci, aku tak layan. Siap aku forwardkan kepada customer service Public Bank lagi. Kali ni bagi lagi sekali kata akaun kena kunci. Apa daa, berapa kali nak kunci 'akaun' aku ni? Agak-agak la kalau nak menipu. Lepas tu, ayat yang digunakan pun terang-terang bahasa Indon. Bila masa orang Malaysia guna perkataan ketidaknyamanan? Ahahaha..sungguh jelas penipuannya. Harapnya jangan la ada yang tertipu. Kalau ada gak, tak tahu aku nak kata apa. Dari penggunaan tatabahasa pun dah tahu ini penipu. Sebelum ni aku pernah juga dapat SMS yang AF tuh. Kata sim card aku terpilih la. Menang berpuluh ribu katanya. Lepas baca terus aku delete. Ye lah, tengok AF pun jarang apatah lagi untuk mengundi. Apahal pula tetiba no sim card naik kan? kan? Kepada anda-anda di luar sana, sekiranya dapat email atau sms yang meragukan seperti ini silalah semak pada syarikat-syarikat yang disebutkan di dalam mesej tersebut. Kalau kata dari Maybank, check pada website Maybank. Kalau kata dari Power Root, check website Power Root. Biasanya mana-mana syarikat yang menganjurkan sebarang peraduan and so on akan di war-warkan di laman web mereka kan? So, hati-hati.....

Tuesday, May 04, 2010

Selamat Hari Jadi Sayang

Semalam genap umur adik setahun. Alhamdulillah, kesihatan adik semakin baik. Follow-up2 yang dibuat di hospital memmberikan keputusan yang amat menggembirakan. Alkisahnya, semalam adik ada follow up dengan Dr dari neuro serta membuat audio test yang pertamanya. Di jabatan neuro dr cuma tny perkembangan adik serta mengukur lilit kepala adik. Alhamdulillah, nampaknya tak ada apa-apa yang serius. Next appointment selepas 4 bulan. Selesai saja di neuro, kami terus ke jabatan ENT. Berjumpa dengan audiologist utk bertanyakan tentang latar belakang adik since itu merupakan perjumpaan yang pertama. Lepas tu adik diberi makan ubat tidur. Kesian adik, orang lain masa hari jadi diberi makan kek tapi adik diberi makan ubat tidur. Seperti biasa adik amat tak suka makan ubat. Dia punya menjerit satu klinik tu boleh dengar. Ehehe...tak sampai 5 minit makan ubat adik dah tertidur. Sememangnya adik tengah mengantuk dan ubat itu mempercepatkan prosesnya untuk tidur. Aku tanya nurse berapa lama tempoh masa kesan ubat pada adik. Katanya 1 - 1 setengah jam saja. Bukan apa, aku teringat masa adik duduk wad neuro tahun lepas, dibagi makan ubat tidur dia boleh tidur selama 12 jam. Adik dah tidur je terus kami tunggu giliran untuk ujian audio. Wayar dipasangkan di kepala. satu di dahi dan lagi dua dipasang di belakang cuping telinga setiap satu. Tujuannya adalah untuk mengesan gelombang otak sewaktu ujian dijalankan. Telinga adik disumbatkan dengan wayar bagi menyalurkan bunyi. Selesai saja ujian tu, adik kena menjalani ujian untuk melihat progress gegaran gegendang telinga. Keputusannya, Audiologist kata pendengaran adik boleh dikatakan normal. Maksudnya, otak adik memberikan tindak balas pada bunyi yang paling rendah. Alhamdulillah. Cumanya, sewaktu ujian gegendang telinga ada sedikit gangguan disebabkan terdapat cecair di belakang gegendang tersebut. Biasanya cecair terbentuk jika baby demam atau selsema. Lagi 4 bulan akan berjumpa dnegan Doktor ENT untuk periksa gegendang. Jika masih terdapat cecair, mungkin akan diberikan ubat. Audiologist kata untuk appointment yang akan datang tidak memerlukan adik membuat ujian tidur. Mereka akan menjalankan ujian permainan. Balik dari HKL adik masih lagi tidur sehingga pukul 1.30 petang. Bangun dari tidur adik bukan main aktif lagi tapi kesan ubat tidur masih ada menyebabkan adik merangkak macam mambang mabuk minum todi. Ehehehe...

Adik tengah buat audio test..
kalo dibagi tido macam nih aku pun nak amik test..hehe


Selamat hari jadi sayang. Semoga adik akan sihat selalu dan menjadi anak yang solehah. Maafkan ummi kerana ummi gagal menjalankan tugas sebagai seorang ibu yang baik sehingga adik dimasukkan ke Hospital tempoh hari. Insyaallah, ummi akan pastikan adik sentiasa selamat.

Lepas makan biskut coklat..
Selamat Hari Lahir Sayang