Saturday, May 16, 2009

It's a baby girl..

Alhamdulillah. Pada 3.5.2009, tepat jam 10.18 malam aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Kecil jer orangnya. 2.6 kilo. jauh beza dengan jangkaan doktor sebelum ni. Apa-apa pun, alhamdulillah tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Seawal subuh tu aku dah mula terasa lain macam. Terasa macam ada air yang keluar tapi tidak lah banyak. Sedikit2 cumanya berterusan. Aku bgtau pada abang supaya bersiap sedia je sebab naluri ku mengatakan ianya air ketuban. Kebetulan emak mertuaku tiada di rumah sebab bermalam di rumah Pejal. Abang berapa kali pujuk pergi hospital tapi aku tak nak lagi sebab tak ada rasa sebarang rasa sakit. Akhirnya tengahari tu aku mengalah juga merelakan diri pergi ke hospital Kajang. Lepas check semua, aku pun warded. Petang tu dah mula terasa sakit2. Sempatlah makan sedikit utk menambah tenaga. Malam tu waalupun bukaan dan 5 cm tapi sakitnya masih tidak kuat. Air ketuban dah lama kering. Akhirnya kena paksa juga. Sakitnya hanya Allah saja yang tahu. Dan tepat pada jam 10.18 Zahirah selamat dilahirkan. Tak terhingga rasa kesyukuran dan tak putus2 bibir aku mengucapkan Alhamdulillah. Bersyukur kerana ianya bayi perempuan, bersyukur kerana bayi itu sihat, bersyukur kerana aku dapat mendengar tangisannya sebaik saja dia dilahirkan (yang mana tidak dapat aku alamai sewaktu melahirkan Zakwan), bersyukur kerana aku dapat memeluk bayiku sebelum dia dibersihkan. Air mata tak berhenti2 mengalir. Bersyukur ya ALLAH di atas segala kebahagiaan ini. Semoga Auni Zahirah akan menjadi anak yang solehah. :-)

10 comments:

Hanis Amanina said...

tahniah!!~
mesti nnti comel cam abg die..
=D

iman_kirana said...

Tahniah...
Tomeinyer...
Muka dia macam Zakwan kecil2 dulu la..

Azwani Shaari said...

congrat kakak...
moga zakwan n zahirah akan membesar sbg anak yg soleh solehah..aminnn

shuzana said...

tahniah nurul...marilah sama2 kite menjalani tempoh berpantang yg mencabar..hehe..

Nurul said...

nina: timer kasih. Comel mcm abg n ummi dier.. :p

bed: eheheh..dah satu baka nyer.. :D jaga opis bebaik..

wani: amiin..mekasih wani

yol: yok..kiter berpantang berjemaah :D

Nurul said...
This comment has been removed by the author.
tulip said...

tahniah kak nurul.. diakan kita dapat girl plak lepas ni. hehe
kita tak bole view la pulak picture atas tu. balik tingkat 16 bg tau yea...

~adeQ~ said...

comel...comel...Alhamdulillah...dah sepasang....

Nurul said...

zt: Amiin..insyaallah bulan 6 nih akan kembali ke sarang..ehehe..sian lak kat anak dara yg dok sesorg kat umah tuh..

adeq: mekasih2..tu la, sepasang dah..leh la rehat dulu..ahaks..

izza said...

alahai.. lebey krg kyra je teciknyer.. hehehe.. nnt aku g mlawat ko ye nurul.. aku baru balik cuti panjang nih.. btw, take care n moga cepat sembuh.. seram sejuk aku mengenangkan proses besalin nnt nih.. huhu