Alhamdulillah. Selesai dah pilihanraya. Aku andaikan lepas pilihanraya nih clear sikit wall fb dengan status2 politik. Tapi, as usual..muncul pulak status2 ketidakpuasa hatian atau status2 sindiran..Buat yang menang, tahniah! Pastikan janji yang ditabur akan ditepati. Dan pimpinlah kawasan anda sebaiknya. Buat yang kalah, tak seharusnya ada provokasi.
Kita kena ingat, sekiranya kita tidak suka pada satu2 calon itu, belum tentu orang lain juga tidak suka. Sematkan dalam hati, yang setiap perkara yang berlaku adalah ketentuan ALLAH. Sekiranya ALLAH tidak mengizinkan, calon2 tidak akan menang. ALLAH la yang menggerakkan hati manusia untuk membuat pilihan, bukan? Kenapa kita perlu menyalahkan satu sama lain? Sekiranya yang kalah, yang menang menerima setiap ketentuan, InshaAllah aman damai.
Kini, isu yang dimainkan pulak adalah racist. Ada kalanya aku bersetuju, ada kalanya tidak bersetuju. Mungkin benar ramai kaum lain yang memilih parti tersebut..tapi sama juga sebagaimana kita2 nih memilih calon dari parti yang lain. Setiap kita ada matlamat dan kehendak. Jangan menunding jari pada yang memilih, kerana itulah tujuan pilihanraya diadakan. UNTUK MEMILIH!! Sebaiknya, tenung balik diri sendiri. Dimana kurangnya sehingga orang memilih yang lain. Sekiranya isu racist tidak dihentikan, kaum yang lain akan benar-benar beralih angin. Kerana mereka pastinya akan turut rasa marah kerana asyik dipersalahkan!
Apa2 pun, aku mengharapkan agar negara nih ditadbir dengan baik. Kemajuan dan keamanan dipertingkatkan, pada masa yang sama Islam dipertahankan. Buat ahli2 politik, ALLAH memberikan akal untuk kita berfikir. Sekiranya masih inginkan kemenangan pada masa akan datang, fikirkanlah apa yang mampu kalian laksanakan untuk mendapatkan kepercayaan rakyat MALAYSIA. Stop pointing finger to each other!!!
Just my two cent...