Monday, December 31, 2012

Penghujung 2012...

Seperti tahun-tahun yang sudah, tahun baru akan tiba..Penghujung 2012 yang memberikan kesan kepada keluarga aku. Seawal Disember, kami dikejutkan dengan panggilan telefon dari kakak aku di Sarawak tentang emak yang dihantar ke hospital kerana muka kirinya menjadi herot. Kak Alin kata since aku yang paling dekat dan memandangkan adik beradik yang lain sedang bercuti, makanya aku diminta untuk balik tengokkan emak. Sebaik jer sampai ke Beranang (sebab enpon tertinggal masa pergi kenduri kawen) aku terus telefon adik beradik yang lain. Tak kisah dah samada tengah bercuti atau apa. Terus yang lelain pun menuju ke hospital. Kak Alin sampai dari Sarawak pukul 12 malam. Setelah di check, doktor kata emak kena minor stroke. Terdapat clog dan sekit bleeding di otak sebelah kanan menyebabkan emak lemah sebelah kiri. 3 hari jugak lah emak dok hospital sebelum dibenarkan keluar. Sekarang Alhamdulillah bertambah sihat. Setiap kali menziarah emak, aku menjadi rindu pada masakan emak. Pada keceriaan emak. Pada gelak tawa emak. Harapnya emak semakin sihat dan bertambah kuat..


Alhamdulillah, Siti pun dah selamat dapat baby boy. Bertambah lagi la ahli keluarga Acik Ana dan Pakcik Mat Noh. Seronok lak sebab dha 3 tahun tak ada baby dalam family. Masing2 excited jer. Harapnya Naufal besar jadi anak yang soleh yer.

Malas nak cerita pasal azam tahun baru..sebab banyak azam2 dolu tak tercapai lagi..ehehe..makanya, buat apa saja yang termampu.. :D

Tuesday, December 18, 2012

Bunga yang cantik...



Saja nak tanya..saper yang pernah tengok bunga nih? Tahu tak bunga apa ni? Hehehe..Sebenarnya ini first time aku jumpa bunga nih. Ini adalah bunga pokok kunyit. Aku rasa lawa pula rupanya. Aku perasan bunga nih masa tengah selak-selak pokok kunyit aku yang sedang rimbun. Rasanya dari setiap celahan bunga tuh, akan kembang bunga2 kecil berwarna kuning cair. Cumanya tak pasti adakah bunga ini boleh dimakan.