Thursday, August 09, 2007

Kanak-kanak zaman baru..

Assalamualaikum..

Me back again! huh, hari nih nak citer topik panas. Rasanya mana2 blog pun byk citer pasal benda nih. Mana taknya, buka paper citer tuh, buka berita pun citer tuh, buka blog citer tuh jugak...sana sini cerita yang sama. errr...nih bukan citer pasal Raja Petra, blogger yg nak kena saman tuh. Nih cerita pasal kanak-kanak zaman baru (termasuk mak bapak zaman baru jugak)..citer pasal perang antara guru dan murid..tiap kali kuar berita2 pasal kes guru dan murid nih, aku jd heran. Yerlah, aku pun dulu pernah jd murid dan aku pun pernah gak jd cikgu. Aku pun pernah rasa apa yg murid2 skang nih rasakan..aku pun dulu pernah kena denda ngan cikgu..dan aku pun pernah mendenda murid2 aku..apa yang aku herankan, apa yg bebudak skang nih fikirkan eh? Makin menjadi2 manja diorg nih. Tapi kekadang takleh nak salahkan diorg jugak, sebab mak bapak yg memainkan peranan utama dalam membentuk personaliti anak2 (betul tak?). Pendidikan awal kan bermula dari rumah. Murid2 skang nih, takleh nak dicuit sikit (jgnkan cuit, tinggi sore sikit pun takleh gak). Pantang terusik, trus wat laporan polis. Trus panggil press. Zaman-zaman aku sekolah dulu, kalo kena denda tak berani nak bgtau kat mak abah. Kalo bgtau, maknanya lagi teruk kena balun. Patut la cikgu2 sekarang nih ramai yang menghadapi masalah tekanan perasaan, masalah kejiwaan.

Apa yang aku tak puas hati, sikap ibu bapa sekarang yg begitu meletakkan kepercayaan 200% pada anak2. Setiap apa yang anak2 buat, apa yang anak2 cakap semuanya betul. Bukanlah takleh manjakan anak, tapi biarlah berpada. Jgn sampai anak2 jd jd "spoil brats". Kalo fikir dari segi logik, adakah tidak menjadi satu kesalahan kalo murid tak siapkan kejer sekolah? Adakah menjadi satu kebiasaan kalo murid dok belasah cikgu? Adakah menjadi satu kebanggaan jika anak2 tak berdisiplin? Mak bapak sumer pernah sekolah, mesti paham bagaimana tanggungjawab seorang guru. Bak kata kakak ipar aku, cuba suh mak bapak jd cikgu, tak dpt seminggu 2-3 hari pun jd lah. Dan cuba masuk kelas yg agak hujung2 kedudukannya. Baru diorg paham, baru diorg rasa. Berat tak beratnya beban yang dipikul oleh guru2. Guru2 bukan sahaja perlu memberikan ilmu kepada murid2, malah guru2 juga bertanggungjawab tuk mendisiplinkan dan membentuk sahsiah diri murid2. Apa guna anak yang berotak cerdik andai peribadinya hancus...

Satu lagi, yang kes NUTP nak saman mak bapak yg wat laporan palsu terhadap guru2..aku sokong NUTP!! Takkan mak bapak jer yg leh saman cikgu. Kalo cikgu tuh tak salah, anak2 yg pandai2 wat citer, saper yg nak membela nasib cikgu kan? HIDUP NUTP!!!