Friday, September 22, 2006

Seksi...

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama, Rahimin Bani, berkata pihaknya mengesahkan wanita itu adalah seorang artis tempatan selepas dia hadir ke pejabat Jaim, di sini, semalam.

Katanya, dia hadir kira-kira jam 4.15 petang semalam untuk diambil keterangan.

“Berdasarkan keterangan diberikanya, dia menyanyi bersama sebuah kumpulan muzik di pusat hiburan berkenaan secara kontrak selama enam bulan sejak Mac lalu.

“Dia mendakwa tidak mengetahui memakai skirt serta baju berlengan pendek itu dikategorikan sebagai berpakaian menjolok mata.

“Dia mempersoalkan mengapa dia ditahan sedangkan sebelum ini dia pernah membuat persembahan di pusat hiburan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru,” katanya.


Petikan nih di cut paste kan dari akhbar Harian Metro hr nih. Gamaknya, macam mana yg dikatakan menjolok mata oleh diorg nih ek? Selagi tak tersembul mata org yg memandang, selagi tuh masih dikatakan sopan kot..Hmm..teringat kes di tahun lewat 90-an, di mana mulanya wanita melayu tidak dibenarkan menyertai pertandingan ratu cantik. Ramai pulak yg mempertikaikan tindakan Jabatan Agama Islam kerana menahan peserta Melayu pertandingan ratu cantik. Malah ada pulak yg mempersoalkan kenapa orang Melayu tidak dibenarkan menyertai pertandingan tersebut....Sedih..Amat-amat menyedihkan..

Allah Swt. berfirman:
Katakanlah kepada para wanita Mukmin, "Hendaklah mereka menahan pandangannya, memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa tampak padanya." (QS an-Nur [24]: 31).

Thursday, September 21, 2006

Maafkan aku teman....

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.


Maafkan aku sekiranya aku pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati kalian....