Thursday, May 12, 2011

Depressed

Ihsan: Encit Gugel

Aku tak tahulah bagaimana keadaan diriku sekarang. Dengan bebanan kerja yang bertimbun, dengan persekitaran yg memeningkan, dengan kesihatan tubuh badan yang tak menentu. Badan aku terlalu penat rasanya. Ada ketika aku rasa aku nak bercuti. Bercuti dari melakukan semua perkara. Bercuti dari memikirkan kerja, bercuti dari melaksanakan apa saja. Aku nak lapangkan, selapang-lapang fikiran. Badan pun terasa semakin sakit. Otak pun rasa macam dah tepu untuk berfikir. Menyesal? Ada juga terasa. Menyesal kerana berada di dalam lapangan ini. Namun aku sedar, segala yang berlaku adalah ketentuan ALLAH. Telah ALLAH tentukan rezekiku disini, dengan jawatanku yang sebegini, dengan persekitaranku yang begini, dengan orang sekelilingku yang juga begini. Mungkin diriku yang tidak pandai menguruskannya. Dan salahku kerana tidak pandai meluahkan masalah, tidak pandai berkongsi rasa, lebih gemar memendam rasa. Umpama seorang badut. Cuba memuaskan hati orang lain. Membuatkan orang yang melihat gembira, tertawa sedang hati mungkin dirundung duka. Ya, aku mungkin seorang badut. Mendengar setiap masalah orang, cuba mengembalikan senyuman di wajah mereka sedangkan aku sendiri tidak pandai meluahkan rasaku. Dan akibatnya, badanku rasa tidak tertanggung. Hatiku cepat benar tersentuh, amarahku cepat benar membara. Namun masih tidak terluah oleh mulutku. Ya ALLAH, tenangkanlah hatiku ini. :((

Thursday, April 07, 2011

Perkembangan adik dengan peads.

Semalam appointment adik dengan Peads dan cara kerja. Tung tang tung tang..cara kerja dah nak discharge adik sebab motor skill adik sungguhlah memberangsangkan. Maknanya, adik adalah normal. Habis cara kerja, kena tunggu pula untuk jumpa doktor peads pula. As usual, adik tak pernah berjumpa dengan doktor yang sama. Mesti doktor lain-lain. Bila dah bersoal jawab, doktor membuat andaian bahawa adik mungkin ada masalah dari segi speech. Pada usia adik yang dah nak masuk 2 tahun bulan depan, adik hanya boleh menyebut 1 - 1 perkataan saja. Masih belum pandai membuat ayat walaupun perkataan yang boleh disebut dah banyak. Sekarang adik akan ada appointment baru, dengan speech therapist pulak.

Doktor tanya lagi, adakah adik kidal atau right handed. Aku kata, sepanjang observation aku, adik nampaknya lebih ke tangan kiri. Even kalau menulis atau mewarna, dia lebih gemar menggunakan tangan kiri compared to right hand. bila doktor kata it's not normal for kids untuk menjadi kidal seawal usia setahun, aku dah mula risau walaupun bibir masih tersenyum. Berkemungkinan besar, adik tak begitu selesa dengan menggunakan tangan kanan kesan dari pendarahan otak kirinya dulu. Doktor kata mungkin kesan pendarahan itu hanya berlaku di bahagian atas badan (tangan) berbanding bawah badan (kaki) sebabnya adik berjalan dengan baik malah boleh berlari dan melompat. Terus terang aku sebelum ni aku ingatkan adalah normal utk budak2 menggunakan anggota kirinya berbanding anggota kanan.Rupanya tak. Sepanjang dalam bilik doktor adik sungguhlah tak boleh duduk diam. Sekejap nak main mainan bawah katil, sekejap tarik ummi ajak keluar. Adoi, memang tak boleh duduk diam. Sebelum keluar dari bilik doktor, sempat doktor kata yang dia mungkin salah. Mungkin adik memang lambat bercakap. Mungkin pendarahan tak ada bagi kesan pada pembesaran adik. So, doktor pesan pada aku supaya jgan bimbang. Macam mana untuk seorang ibu tidak rasa bimbang jika mendengar kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku itu? Aku cakap balik pada doktor, macam mana pun aku kena ada rasa bimbang. Kerana aku adalah seorang ibu.

Ya ALLAH. Semoga adik akan terus sihat dan cergas seperti anak-anak yang lain. Amiin

Terjun lagi?

Aisy. Kenapalah sekarang nih orang minat betul terjun dari bangunan SPRM. Gamaknya SPRM kena keluarkan lebih bajet lepas nih utk pasang grill disekeliling bangunan supaya takder ruang utk terjun lagi dah. Tak tuh, terbaca dalam satu blog (tak ingat dha blog mana), supaya SPRM nih dok kat bangunan setingkat jer la..takyah dah nak bertingkat2. Bahayo..huhuhu..

Saturday, April 02, 2011

Maharaja Lawak? oh, pleaseeeeee!

Semalam berkesempatanlah tengok Maharaja Lawak. Rasanya persembahan intro kot. Diorg kata kalo nak tgk episod seterusnya, kena subscribe Mustika. Tak kuasa aku. Bukan best pun. Membazir jer. Owh, semalam kan aku tengok program tuh. Kalau nak komen pasal lawak2nya, memang malas la. Buhsan bila masing2 dok promote "sejak saya masuk raja lawak..blablabla". Promote diri sendirik lah tuh. Nak kata org ramai kenal dia lah tuh. Nyampah. Owh, apa yg aku nak komen yang sungguh2 mengganggu kepala nih adalah pasal lawak beberapa peserta nih. Yang sorang tuh (alaa..yg banyak gossip tak semenggah tuh ler) leh lak buat lawak pasal org-org buta nih. Hello beb, jangan lah jadikan ketidak upayaan seseorang tuh sebagai bahan lawak tau. Sungguh menghina. Ada ke kata "blablabla..eh bang, saya bukan mintak sedekah. abang ada nampak ker saya pegang tisu? takder kan? takder kan? Abang ada ker nampak saya pegang batang putih pastu kata tepi..tepi..tepi? " Sambil buat gaya orang buta menghayunkan tongkat mereka. Eee..ko ingat orang2 buta tuh peminta sedekah ker? Diorang yang duduk tepi jalan sambil bawak tisu itu bukan peminta sedekah tau! Diorang menjual tisu. Diorang tak pernah pun kata kat orang yang lalu lalang "silalah hulurkan sedekah pada saya..bantulah saya" Takder tau! Terpulang la pada orang yang membeli tisu nak bagi berapa banyak yang terlintas nak bagi. Bengong sungguh mamat tuh. Aku bersyukur sebab aku dilahirkan sempurna pancaindera dan aku rasa kasihan dan terusik bila melihat orang yang kurang upaya nih. Takder nyer aku nak menghina atau membanding2kan dengan diri aku. Len kali kalo nak buat lawak, silalah jaga sensitiviti orang lain. Buatlah lawak2 yg berilmiah sikit. Ingat kelakar sgt lah tuh eh bila mempersendakan kekurangan orang lain nih? Tolong lah.....

Satu lagi yang pasal satu kumpulan nih. Bila dengar loceng berbunyi leh lak ajak kawan2 pergi sembahyang. Woi! Ko tuh beragama apa? Dah sah2 satu dunia tahu kalo bab2 loceng nih adalah untuk penganut agama apa. Tak payah lah nak buat lawak2 yang leh menyimpangkan pegangan agama korang. Berhati-hati bila bercakap tuh sedara2 sekalian. Jangan sampai jatuh lak hukum. Pastu nak mulalah dolak dalik bagi alasan ntah apa2. Bengong! Hisy. Aku rasa kalo lagi lama aku tengok program tuh, lagi naik menyampah lak aku dengan pelawak2 baru nih yang rasa diorang sungguh lawak tuh tapi hakikatnya, jangankan gelak, senyum pun aku tak mampu dengan lawak2 kurang berilmu diorang tuh. Kang bertambah2 lak dosa aku asik2 mengutuk diorang.

Tuesday, March 01, 2011

Lagu baru Along

Pada suatu hari, terdengar suara comel menyanyi di dalam bilik air. Yang jelas disebut hanyalah "aummmm". Makanya, lepas mandi ummi pun suruh Along menyanyi lagi sekali sebab nak tahu lagu apa.



Harimau-harimau di utan,
diam-diam merangkap
nampak ceekor ruca
AUMMMMMMM
lalu di tangkap...



Monyet-monyet di utan
diam-diam merangkap
nampak CEEKOR picang
yum yum yum
lalu di makan..

SEEKOR PISANG? Ahahahahaha..memang tergelak besar ummi dengan walid.

Nota: merangkap = merangkak

Monday, February 21, 2011

Cuti tak dirancang

Again, kami ke Langkawi. tak planned pun. Rancangan percutian kami tahun nih ke tempat lain sepatutnya. Sebab dah adik ipar dah beria-ia ajak (siap ah bookingkan chalet) makanya kami pun pergilah. Kali ni kitorg drive ke Kuala Perlis sebelum naik feri ke Langkawi. Gerak dari jam 10.30 malam (Jumaat), sampai Kuala Perlis jam 5.00 pg (Sabtu). Pukul 9 naik feri. Sampai Langkawi, lepas dapat kereta je terus gerak ke Chalet Sugar Sand. Masuk2 bilik, masing2 pakat tidur dulu. Qadha masa tidur yang tak begitu selesa dalam kereta.Walaupun bercuti sampai hari Isnin (4 hari), tapi rasanya tak byk tempat kami pergi. Island hopping still tak pergi (since ada budak kecik dan ada org tuh tak yakin nak naik bot). Masa kami banyak habis di Pekan Kuah untuk shopping. Tapi kali ni sempat lah naik cable car. Pergh, best wooo....Takder saper yang cicir kat bawah, semuanya naik. Yang gayat pun sampai ke atas juga. Ehehehe..


Anak dara yang naik cable car tanpa perasaan..ehehe


Since chalet kami dekat dengan pantai, makanya wajib lah berjalan-jalan di pantai cuma aku je yang tak sempat nak berendam dalam air laut tu. Si Adik kalau dah jumpa air laut, memang terus bertukar jadi ikan lah. Dah menggigil-gigil pun masih nak ajak orang masuk air lagi. Tapi jangan Along. Orang lain sibuk mandi laut, dia sibuk mandi pasir. Siap bergolek-golek dan berbaring atas pasir lagi. Bila bawak ke laut, punyalah menjerit. Tak tau lah macam mana nak bagi budak sorang ni berani mandi kat laut.


Alang-alang dah sampai ke Langkawi tuh, walaupun di tengah-tengah bulan yang mana gaji adalah nyawa-nyawa ikan, masih lagi aku sempat menyambar kuali Tefal. Ehehehe..bak kata abang "ambik jer la kalau dah berkenan sangat". Memandangkan aku ni kan nak jd isteri yang solehah, makanya aku pun ikutlah nasihat si suami. Ahaks..yang lelain tuh macam biasalah, beli coklat sikit. Beli pinggan mangkuk utk buat hadiah kawen. Buat pertambahan beg. kempis dah beg duit masing-masing.


Balik dari Langkawi, pergi pula ke Padang Besar. Pusing-pusing. Abang tambah pula Toto Narita. Nasib lah bawak Alza. Kalau keter lagi besar, mau lagi banyak barang. Itupun habis dengan tempat kaki disumbat dengan barang-barang. Seat belakang tak payah cerita la. Cermin belakang dah takleh nak guna sebab barang-barang dan mencecah bumbung kereta. Apa-apa pun, salute dengan drebar (adik ipar), yang memandu sorang-sorang pergi dan balik. Berhenti rehat utk minum je. Kitorang sampai rumah jam 3.00 pagi. Penat takleh nak kata lah. Lepas nih agaknya lagi 2 tahun baru pergi Langkawi balik. Hehehe..

Sunday, February 06, 2011

Cara mendidik anak

Doakan anak setiap hari

Oleh Siti Zarinah Sahib

MEMBERONTAK...tengking, jerit, maki, rotan dan seumpamanya hanya akan membuatkan hati anak jadi semakin keras.
MEMBERONTAK...tengking, jerit, maki, rotan dan seumpamanya hanya akan membuatkan hati anak jadi semakin keras.

"ANAK saya degil, tak mahu dengar cakap!"

"Anak saya malas belajar setiap kali peperiksaan dan ujian di sekolah dia selalu dapat nombor corot!"

"Anak saya malas solat, kalau tak suruh, dia tidak akan buat!"

Sebagai ibu bapa, pasti ada yang pernah mengeluh sebegini. Perkara ini memang biasa terjadi, lebih-lebih lagi sekiranya anak anda sudah boleh bercakap, berfikir dan menilai (walaupun penilaian berdasarkan tahap peringkat umur mereka saja).

Kanak-kanak dalam lingkungan umur dua hingga tujuh tahun memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati 'tidak dengar kata'.

Apa yang berlaku adalah ketiadaan komunikasi dua hala antara ibu bapa dan anak. Di samping itu, kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa.
Sebaliknya, perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.

Justeru, sekiranya anak anda degil, sering memberontak, membaling barang dan memusnahkan permainan, siapakah yang bersalah?

Sudah tentu orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak. Berikut ada beberapa panduan yang boleh digunakan bagi menangani anak sebegini.


- Cuba fahami bahasa anak anda dengan bertanya secara lembut kepadanya. Sebaiknya tinggalkan sebentar apa yang anda lakukan sama ada sedang memasak atau membasuh baju dan berikan perhatian kepada anak.
Selalunya ibu bapa bercakap sambil lewa saja tetapi sebaiknya, pandang muka dan tatap matanya dengan penuh kasih sayang.

Berapa kali dalam sehari kita bertentang mata dengan anak? Perhubungan mata sangat penting dalam apa jua jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil. Ingatlah, kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa.


- Sebaik sahaja anda pulang bekerja dan mengambil anak dari pusat jagaan kanak-kanak, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur untuk memasak atau mengangkat kain di ampaian.

Berikan perhatian pertama kepada anak. Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama pembantu rumah atau di tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya yang anda sangat sayangkannya.

Bermain-main dengannya kira-kira setengah jam, barulah anda minta diri untuk ke dapur. Mudah-mudahan dia akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya sudah diperoleh.


- Ajarkan anak dengan perkataan "tunggu sebentar boleh" sekiranya anak perlukan sesuatu dan anda tidak dapat melakukannya kerana sedang sibuk di dapur.

Layan dia sebaik sahaja berkesempatan. Jangan buat tidak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya anda sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan orang tua. Kita tidak boleh mengharap dia patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan dia demikian.

Ingatlah, anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.


- Cuba fahami personaliti anak anda. Setiap anak dikurniakan Allah dengan personaliti tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai inginkan perhatian.

Oleh itu, jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya atau bertepuk tangan jika dia menyanyi. Bagaimanapun, anda boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.

Sekiranya anak suka menjerit, anda boleh meminta dia menjerit di dinding berulang kali sehingga dia letih. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari.

Sekiranya dia mengulanginya semula, anda suruh dia lakukan perkara yang sama sehingga dia berhenti. Berikan dia hadiah sekiranya anda dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam sehari. Katakan padanya, "Mama berikan hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini." Dengan ini, anak akan faham bahawa ibu bapa tidak menyukai perbuatan itu.


- Sentiasa ingatkan diri anda mengenai sifat positif anak yang keletah dan kerenah anak yang menghiburkan.
Tumpukan perhatian anda kepada kelebihan itu. Jangan mengingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang. Bayangkan anak dengan semua sifat positif yang anda inginkan setiap kali berinteraksi dengan anak.

Anda juga boleh berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut pada ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan anda kepadanya.

Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibu bapa yang membuat peraturan, disiplin dan galakan kepada anak.


- Periksa siapa yang biasa ditemui anak-anak anda setiap hari. Sekiranya anda menghantarnya ke rumah pengasuh, periksa setiap individu dalam rumah itu (pengasuh, ahli keluarga pengasuh dan kanak-kanak lain yang diasuh).

Adakah terdapat mereka yang membawa unsur negatif? Jika ada, sebolehnya usahakan untuk mencari tempat pengasuhan yang lain kerana perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

Biar bersusah hari ini untuk mencari pengasuh yang baik daripada kita menangis di kemudian hari kerana anak tidak mahu menjadi baik.


- Apabila kita memarahi anak pada usia ini dengan nada menengking, menjerit, memaki, mengejek, merotan, mencubit, menjentik dan seumpamanya, hati anak yang asalnya lembut akan menjadi semakin keras.

Dia akan menunjukkan pelbagai cara pemberontakan kerana kesakitan yang dialami di dalam hati dan secara fizikal. Semakin kerap ibu bapa memarahi mereka, maka semakin kuat pemberontakan mereka.

Anak-anak pada usia ini tidak 'makan' dengan cara seperti ini. Ia mungkin hanya berkesan untuk beberapa ketika sahaja. Tetapi cara ini tidak berkesan untuk mendidik sifat baik yang berpanjangan di dalam diri mereka.

Untuk anak-anak yang nakal, jika mereka melakukan kesalahan, dekati anak serta dakap, peluk, cium, sayang dan dudukkan anak di atas pangkuan, berilah nasihat secara hikmah.

Ceritakan pada mereka apa yang mereka buat itu salah dan apa yang mereka boleh lakukan untuk membetulkan kesilapan tadi.


~Ya ALLAH, berikanlah aku kesabaran dalam mendidik anak-anak ku. Jadikanlah anak-anakku anak yang soleh, baik pekerti, berhati lembut, baik budi bicara dan cerdas akal fikirannya, Perliharalah anak-anakku dalam cahaya keimanan-MU ya ALLAH. Sesungguhnya hanya Engkau pemakbul segala doa. Amiin~

Wednesday, February 02, 2011

Mulanya ketagihan ini


Semenjak dua menjak nih, aku dah jadi gila nak memasak. Nak masak kek, roti, kastard, puding dan serba neka la. Kalau kek tuh takyah nak citer baper kali. Ada yang jadi, ada yang bantat. Ehehe..sampai si suami bising, gula cepat habis, telur asyik berganti. Nak buat macam mana, tepung kek masih banyak kat rumah tu. Rasa macam seronok sebenarnya. Setiap kali memasak, dok terbayang keenakannya. Aku dari dulu berangan nak anak-anak aku berbangga dengan masakan ku, nak anak-anak jadi macam ketagih dengan masakan aku. Sebab tu aku cuba macam-macam. Nak tengok selera anak-anak macam mana. Nampaknya Along memang suka makan kek. Adik pula, macam biasa la. Apa je orang bagi semua makan (sikit lepas tuh yang belen dia main ramas-ramas je). Si suami pula, selera masih lagi selera orang dulu-dulu. Dia kurang minat yang agak-agak moden nih. Sekarang nih aku macam 'mengidam' nak buat kek coklat. Tapi kena tunggu dulu lah, dah janji dengan si suami yang aku takkan buat kek dalam masa terdekat nih. errr..apam leh tak masak? Ehehehe..

Sebenarnya memang dari dulu aku minat masak-masak. Biasanya pilihan aku adalah masakan barat lah. Masa mula-mula kawen, pengukus dengan oven tak ada. Makanya takder la aku menggila macam sekarang nih. Lagipun sekarang kan banyak betul blog-blog mengenai masakan. Bila buka jer, orang tuh komen sedap, orang nih komen gebu bla bla bla. Tu yang buat aku berkobar-kobar nak masak. Bila tengok orang lain pandai masak, aku jadi cemburu. Ye, aku cemburu. Cemburu pada bakat yang diorang ada. Terbayang betapa seronoknya ahli keluarga mereka nak pulang ke rumah kerana terbayang-bayangkan keenakan masakan di rumah sendiri. Macam kita semua seronok nak balik rumah mak bapak kita sebab dok terbayangkan lauk-pauk yang mak kita masak. Aku nak rasa itu juga ada dalam diri anak-anak aku. Tapi aku akui, aku bukanlah pandai masak. No, no, no. Memang tak pandai. Tangan nih keras sebenarnya. Cumanya, bila aku rasa apa yang aku masak tu tak sedap, aku akan cuba buat lagi sampai aku rasa mencapai tahap piawai suami dan anak-anak aku. Aku ucapkan terima kasih la pada kawan aku, Sue, yang telah menghadiahkan perkakasan memasak (termasuk penimbang dapur tu) dan pada mak mertua aku yang dah bagi oven bulatnya. Hehehe...banyak jasanya tu. Aku dah berniat, lepas nih tiap kali nak balik ke Gombak atau Beranang, aku nak masak utk dibawak balik. Abang redha kan? :D

Friday, January 21, 2011

Makaroni bakar pulak la

Segan sebanarnya nak letak nih tapi dah orang minta, aku taruk jer lah yer. Pagi tadi terajin lak nak buat makaroni bakar. Alaaa..buat yg bodo2 jer, bahan-bahan tak banyak. Sekadar apa yang ada. Kalau ikutkan kena guna cheddar dengan mozarella atau salah satu. Tapinya kat rumah tak ada keju, yang ada hanya sos keju prego. Bantai jer lah. Ehehe..buat yang ala2 boleh dimakan oleh bebudak kecik.


Makaroni bakar

1/2 bungkus (250g) makaroni
1/2 bungkus daging cincang
1 tin cendawan butang- potong nipis
sayur campur (optional)
3 ulas bawang putih- cincang
1 biji bawang besar- cincang
2 sudu besar tepung gandum
lada hitam
garam
stok ayam
4 biji telur
1 tin sos keju prego
* nak pedas lagi, campur la cili merah yang dipotong dadu.

Cara-caranya

1. Rebus makaroni dengan mencampurkan seidkit minyak atau butter. Tos dan ketepikan.
2. Tumis bawang putih dan bawang besar dengan minyak sedikit hingga naik bau.
3. Masukkan daging cincang dan stok ayam. Masak sehingga kering air.
4. Masukkan cendawan, sayur campur (kalau ada), lada hitam dan garam. Masak hingga kering air. *kalu nak masam2, masukkan tomato puree.
5. Campurkan daging tadi ke dalam makaroni. Campurkan tepung dan gaul sehingga sebati. Masukkan 2 sudu makan sos prego dan gaul lagi.
6. Masukkan dalam loyang atau bekas kaca. Pukul telur dan tuangkan ke dalam makaroni tadi.
7. Baki sos prego dituangkan di atas makaroni dan ratakan. Kalau guna keju, taburkan di atas makaroni.
8. Bakar pada suhu 190C selama 30 minit atau sehingga keju masak.
9. Bila dah masak, tunggu sejuk baru dipotong.

Kalau nak pedas, leh la campurkan cili ke dalam makaroni atau makan makaroni tuh dengan cili sos. Bahan-bahan nih ikut selera masing-masing. Ada banyak versi makaroni bakar nih. Ada yang masam2 tomato, ada yg pedas2 sikit. Ada yang plain jer. Ada yang guna sos putih. Hehehe. Apa2 pun, janji tekak lalu nak makan. Yang aku masak nih, Zakwan suka makan. Bertambah-tambah dia tadi. Agaknya sebab tak pedas.

Tuesday, January 18, 2011

Hospital ke Klinik

Seawal pagi pukul 6.40 kami dah bergerak keluar. 7.15 sampai dah ke HKL. Hari ni adik ada appointment di Jabatan ORL. Nak check lagi telinga dia. Test audio dijalankan. Alhamdulillah, perkembangan yang sangat-sangat baik. Walaupun baru je selsema 4 hari lepas, tapi cecair di belakang gegendang telinga kiri dah takder. Ujian pendengaran dibuat pun, respon adik sungguh memberangsangkan. Kesimpulan yg dibuat adalah pendengaran adik NORMAL. Alhamdulillah. Lagi 8 bulan untuk ujian audio lagi dan 4 bulan untuk check telinga. Ingatkan dah boleh discharge, rupanya kena berulang lagi. Aisy.

Petang tadi, dua beradik nih sakan bergurau. Masa aku di bilik atas, dengar adik menangis. Walid pujuk pun tak jalan. Dah mandikan semua pun menangis. Aku turun nak pujuk, walid kata tangan kiri adik macam sakit. Bila gerakkan dia menangis. Nak memegang tak boleh. Tangan adik statik jer. Tak diluruskan dan tak dibengkokkan. Menangis berterusan. Terus aku ajak gi klinik, takut fracture atau terseliuh. Kat klinik tangisan dah tak ada. Elok di berjalan tapi tangan masih lagi tak digerakkan. Bila doktor check, tengok dia dah ok. Maybe terseliuh sikit masa bergurau. Risau betul akudibuatnya. Lepas tuh adik lasak balik. Melompatlah, memanjat lah. Aisy, kalo dah sihat memang takleh nak dilarang langsung.

Friday, January 07, 2011

Gitulah caranya

Hari tuh aku pernah bagitau nak tunjuk gambar adik memanjat tangga yang berpagar kan? Nih salah satu cara yang dapat ditangkap. Aduhai, pening kepala ummi tengok dia melasak..


Itulah celah tangga yang menjadi fevret Along dan Adik untuk seludup naik atas. Biasanya diorang akan masukkan kepala dulu kat celah pagar sebelum menolak badan naik ke atas. Masa nih adik tengah terkial-kial nak turun lepas kena marah dengan ummi.

Wednesday, January 05, 2011

Dia berkepak dan tiba-tiba rumah berbau wangi

Nih bukan kisah seram yer dan rumah aku juga tak berhantu. Alkisahnya, aku belikan 2 pasang kaftan untuk adik. Semalam pakaikan sepasang. Bila dipakai jer terus adik mengepak. Agaknya suka kot bila baju tuh boleh dijadikan kepak. Makin dipuji, makin laju lak dia. Ahaha..tapi cute jer tengok.

Punyalah seksa nak ambil gambar adik


Terpaksa dipegang untuk diambil gambar

Makin dipuji, makin laju lak mengepak

Tadi pula, aku tengah leka mengadap laptop. Abang kat luar menyidai kain. Bebudak tuh senyap je main dalam khemah. Tetiba aku terhidu bau yang amat wangi. Memang teramat wangi. Dalam hati kata macam kenal je bau nih. Bila aku check dalam khemah, masing-masing dah macam opera cina. Habis dilumur dengan bedak baby. Ya ALLAH. Nak marah pun serba salah bila tengok muka diorg. Sakit perut menahan gelak ada lah...adeh

Agak2 korang, sampai hati tak nak marah? huhuhu

Confirm 32


Alhamdulillah. Hari nih aku confirm 32. Semoga ALLAH memurahkan rezeki aku, merahmati hidupku sekeluarga, memberikan kesihatan yang baik kepada kami semua. Alhamdulillah kerana masih diberi peluang bernafas di bumi ALLAH ini. Alhamdulillah kerana masih memberi peluang kepadaku untuk aku menilai kembali perjalanan hidupku, segala amalku dan dosaku. Semoga aku tidak tersasar dari jalanMU. Alhamdulillah....

Monday, January 03, 2011

Perjalanan hidup kami

Wah..tajuk macam apa je. Alkisahnya, semalam bagi suggestion kat abang untuk ke rumah emak untuk menghantar ubat. Pagi-pagi tu ada taklimat nursery anak-anak. Balik dari nursery, dapat call dari emak minta carikan minyak masak. Mak dah panik kata minyak masak di KL dah habis. Ingatkan kat KL je, rupa-rupanya kat Putrajaya pun licin. Aisy, masing-masing dah pakat sorok minyak lah tu. Meniaya betullah tokey2 ni. Oh, kembali kepada perjalanan hidup kami. Semalam, kami telah pulang ke rumah emak dengan menaiki pengangkutan awam. Bukan bas tau. Dan bukan sebab kereta rosak tapi sebab abang nak bawak anak-anak naik keretapi. Makanya, dari Putrajaya kami menaiki ERL ke KL Sentral. Dari KL Sentral ke Batu Caves menaiki komuter. Tapi nak dijadikan cerita, sampai di stesen Kampung Batu, drebar tu kata ada masalah teknikal di stesen komuter. Terpaksalah kami turun di Kampung Batu. Dah lah stesen baru dan kami pun tak biasa dengan kawasan tu. Bayangkanlah dalam panas tengahari tuh kami 4 beranak terpacak menunggu teksi. Nasiblah tak perlu tunggu lama. Dari pukul 1.00 kami menaiki ERL, dekat pukul 3 baru kami sampai rumah emak. Walaupun sekejap je kat rumah emak, sempat jugak lepas gian buat kek. Tapi tak sempat nak ambil gambar sebabnya 5 minit keluar dari oven dah tinggal 1/3 loyang jer. Mentedarah betul lah bebudak kat rumah tu. Buat kek yogurt moist butter, ambil resepi dari cik mat gebu. Pukul 6 siap2 nak balik ke Putrajaya. Balik dari KL pulak naik Putra LRT ke KL Sentral pastu naik ERL ke Putrajaya. Kira puas lah Along naik semua keretapi. Sekianlah perjalanan hidup kami semalam.. :D

Friday, December 31, 2010

Dia seorang pelindung

Suatu hari di JJ Setiawangsa selepas menghadiri kenduri kawen. Sementara menunggu Walid ke toilet, Adik dan Along dah mencicit lari ke playground (yang berbayar pulak tuh. Habis duit den..huhuhu).

Adik tengah main motor nih yang mana dia taknak turun langsung dan tak nak bagi org lain main langsung bila tiba-tiba...

seorang kanak-kanak lebih kurang sebaya adik nak juga motor tuh. Adik masih tak mahu mengalah...

Maka, Along pun datang untuk menyelamatkan keadaan (menyelamatkan adik akceli). Along tolak tangan budak tuh (perlahan-lahan tau..). Last-last budak tuh pergi main benda lain..Nampaknya Along menjadi pelindung kepada Adik..Alhamdulillah...

Wednesday, December 22, 2010

Kiss?

Hari tu, Along tengah leka tengok cerita kartun Tarzan, Adik dah tidur, Walid mengadap komputer dan aku tengah membaca. Tiba-tiba Along berlari ke Walid.

Along: Along nak kiss..
Walid: Kiss la (bagi pipi sambil pandang ummi)
Along: Taknak..Along nak kiss mulut..Macam tatun (kartun) tuh..
Walid: Mulut? mana boleh la..itu cerita kartun jer..
Along: Alaaa..along nak kiss (merengek2)
Walid: Haaa..meh la kiss..

Walid pandang ummi, ummi pandang walid. Kami pakat gelak besar.Bertuah punya anak..

Nampak tak kesan buruk TV ni. Walaupun cerita kartun, still ada part2 yang tidak sepatutnya ditonjolkan. Budak-budak ni diorg suka mengikut apa yg diorang tengok di TV. Kalau tiada pengawasan, tu yang jadi rosak akhlak tu. Nauzzubillah. Semoga Ummi dan Walid dapat mendidik Along dan Adik sebaiknya...

Aku sedih


Aku sedih. She will fly away soon. Far far away from us. Just wanna say "All the best to u sis. I know that this is what u have dreamt all this years. Hope u'll be happy there with ur new life and ur new environment". Huhuhu..aku betul-betul sedih :(

Saturday, December 18, 2010

Bila dah geram

Baca kisah Aleesha anak kak Pnut yang suka memanjat, saling tak tumpah dengan perangai Adik yang teramatlah lasaknya. Tengoklah gaya dia memanjat motor tu. Siap berdiri lagi. Nasib la motor tak bergerak. Kalau tak, sebijik dah gaya akrobat PDRM..ala-ala Toto (ker TATU). Tuh belum lagi gaya dia nak panjat tangga tapi menyelinap ikut bawah pagar tangga. Nanti kalau sempat, aku tangkap gambarnya.
Hah..ini pulak muka adik selepas 3 kali digigit dan dicakar masa di nursery. Gila punya ganas bebudak tuh punya geram kat adik. Tapi aku tak marah lah, bebudak kan. Lagipun masa kejadian ni, adik tak menangis masa mula-mula ke a gigit dah dicakar tuh baru dia meraung. Masa tu la Teacher dia baru perasan. Alhamdulillah, terima kasih kepada krim gamat yang cepat menyembuhkan luka-luka adik. 3 hari je dah clear calar balarnya..


Oh, dengan bangganya aku nak bagitahu ini merupakan percubaan pertama aku masak kek gula hangus. Resepi nih aku dapat dari blog kak ummi. Memandangkan kek nih kegemaran suami, maka aku pun cuba-cuba buat. Alhamdulillah, menjadi lak. Berbaloi la berjaga sampai pukul 1.30 pagi. Hehehe..Lepas tu bawak balik Beranang, bagi orang sana rasa sorang sedikit. Hasilnya, aku dapat tempahan 3 biji kek ni untuk hujung minggu depan. Wahh..tetiba berangan nak buat bisnes lak..ahahaha

Nampak tak gambar yang bawah sekali ni. Itu gambar oven yang mak mertua ku bagi. Oven zaman silam nih. Walaupun masih menggunakan elektrik, tapi kira silam juga la. Ok rupanya oven ni. Elok masaknya kek yang aku buat tu. Lepas ni boleh lah lepaskan geram kat oven ni. Lama sangat dah mengidam nak bakar membakar.

Friday, December 10, 2010

First come first

Serius, hujung tahun nih aku rasa sungguh sibuk. Semua nak dikejar, lepas tu banyak la pula mesyuarat, bengkel. Rasa macam masa dengan keluarga banyak dah terlepas. Belum kira dengan balik malam lagi. Nasib tak kena masuk opis di hujung minggu. Mau aku mereng dibuatnya. Tak dapatlah bayangkan macam mana la orang lain boleh bekerja sampai lewat malam almost everyday. Balik rumah, anak-anak dah tidur. Sedih tau...

Mula dengan kena balik malam sebab mesyuarat start lepas waktu kerja. Lepas tu, kena jadi urusetia mesyuarat di Kelantan. Dalam sibuk-sibuk di Kelantan masih sempat la rembat pengukus. Balik dari Kelantan terus ada exam. Habis exam kena attend 2 bengkel dalam masa 2 hari. Masuk office dah berperang dengan SKT. Adoi! Minggu depannya terus gerak ke Sarawak untuk seminggu. Terbiar anak-anak dan suamiku. Isk. Sampai satu tahap rasa macam nak cuti panjang tapi kejer banyak pula nak settle kan. Bukanlah nak kata aku ni banyak sangat kerja, tapinya sebab tak pandai nak curi-curi masa utk buat kerja lain tu yang jadi kelam kabut ni.

Anyway, trip ke Sarawak sungguh menarik. Pergi ke Bintulu, tinggal di hotel yang sungguh mabeles. Masuk pula hutan Taman Negara Similajau yang sungguh menyeronokkan tu. If u are lucky enough, kita boleh tengok dolphin tau di kawasan Taman Negara ni. Masa kami di sana, kebetulan air agak berombak. So, takder lah nak nampak dolphins. Sempat beli belacan Bintulu yang sungguh femes di Sarawak (tapi belum try masak). Pergi pula ke Kuching untuk discussion. First time in my life aku masuk ke pusat pelupusan sampah. Sekarang ni, jangan pandang org yang kerja pusat pelupusan sampah ini sebelah mata tau. Diorang ramai yang hebat-hebat especially in term of engineering. Kalau dah sampai ke Kuching, tak sah jika tak bershopping. Hahaha..duit claim kompem tak dpt nak cover duit yang dah keluar ni. Dengan pasu, kek lapis Dayang Salhah yang sungguh yummy, souvenirs, terubuk masin. Pergh, lengkap lah. Alhamdulillah baggage tak melebihi had Air Asia (oh, kami sekarang kena travel guna Air Asia jer..no more MAS).

Oh, bulan lepas Along dah genap 3 tahun. Pada hari yang sama, Taska Generasi buat Hari Graduasi dan Aspirasi. Kelas Along buat persembahan lagu ingatlah ALLAH. Orang punyalah gelak sebab orang lain elok je menari pandang depan tapi dia menari sambil pandang skrin belakang. Ini gara-gara nampak muka sendiri di skrin lah ni. Adoi, senak perut tengok persembahan Along.



Sekian dulu rumusan kisah aku sekitar 2 bulan ni. Agak-agak rajin nanti baru cerita detail.

Monday, November 29, 2010

Belum Sempat


Banyak nak cerita, tapi belum sempat lagi nak taip...adoi!