Showing posts with label holidays. Show all posts
Showing posts with label holidays. Show all posts

Monday, September 26, 2011

Kuching Part 4 - Jongs Crocodile Fram & Waterfront

Hari seterusnya kami di bawa ke Jongs Crocodile Farm. Ini macam dekat Melaka la, Taman Buaya tapinya ladang buaya yang ini jauh lebih besar dan ianya diusahakan oleh orang perseorangan. Memula masuk, kami ingatkan kecik jer kawasannya, rupanya mengah juga nak menghabiskan pusing satu ladang. Selain dari buaya, ada juga  binatang-binatang lain seperti burung, memerang, rusa, monyet, ular dan banyak lagi. Yang menariknya di sini adalah sesi memberi buaya makan. Pergh, melompat2 buayanya bila nak dapatkan makanan. Ngeri lak tengok. Sesi ini bermula pada jam 11.00 pagi. Biasanya ambil masa dalam 15-30 minit. Tiket masuk agak mahal la, RM16.00 (dewasa) dan RM8.00 (Kanak-kanak) tapi berbaloi. Antara tempat yang aku suka adalah kolam arapaima sebab cantik je dengan bunga-bunga teratai yang menutupi permukaan air. Oh, lepas sesi bagi buaya makan, diorang buat pula sesi ikan arapaima makan tapinya kitorang tak sempat nak tengok sebab nak ke tempat lain pula. Rugi sungguh. 
 


 Selain dari buaya, binatang lain pun ada

 Abah dengan besannya..

 Adik seronok tengok kera.


 Teratai di kolam arapaima




 Buaya ni besar giler....bila dier melompat, ngeri weiii

 Buaya kontot..
 Petang tuh lepas rehat2 sekejap di rumah, kami ke Waterfront pulak. A must place to go jika ke Kuching. Kat sini lah boleh beli segala neka souvenir. Kalau nak beli kek lapis, silalah menyeberangi sungai untuk ke kampung sebelah sebab kat sana adanya penjual2 kek lapis yang cukup famous seperti Dayang Salhah dan Mira. Memandangkan aku dah beberapa kali ke Waterfront nih, makanya idak la seexcited mana. Ikut je ahli rombongan yang rambang mata nak beli cendera hati. Di bandar Kuching nih la adanya monumen kucing yang femes tuh. Tapi korang kena berjalan jauh sikit ke depan untuk ke monumen tu. Kalau yang menginap di tengah-tengah bandar nih, takder masalah la untuk melihatnya. Owh, walaupun banyak kali dah menjejakkan kaki di Kuching, buat pertama kalinya aku melihat masjid di tengah-tengah deretan kedai. Kagum lak aku. Tapi jangan lak ingat masjidnya hanya sebesar kedai. Itu cuma laluan untuk ke Masjid Kuching yang terletak di belakang dereatan kedai-kedai tersebut. Dari Waterfront nih juga kita boleh melihat Bangunan Dewan Undangan Negeri dan Astana. Astana merupakan kediaman rasmi YDPSarawak. Ia dikatakan dibina oleh Charles Brooke untuk isterinya. Siapa-siapa yang nak tengok Astana secara dekat, silalah menaiki sampan untuk menyeberangi sungai. Tambang 80sen sorang je. Tak jauh dari Astana tu ada taman orkid. Kitorang tak sempat nak tengok taman orkid sebabnya dah petang sangat dan tengok nak menapak macam berbukit2 je. Kesian pula kat emak dengan abah. Tapi sekurang-kurangnya dapat lah merasa nak sampan dan tengok aksi dua beranak yang gayat (walid & along). Buntang-buntang mata masing-masing bila sampan tuh beralun. Ngehehe...


 
Masjid Bandar Kuching

Bangunan ADUN

 
Astana

Sampan yang digunakan untuk menyeberangi sungai.
Tambangnya hanya 80sen sajer


Dah penat berjalan smapai ke Maghrib, kami pun balik ke rumah. Abang Man dan kak alin belanja kami makan di Singapore Chicken Rice, kedai nasi ayam yang pemes di Kuching. Kak Alin kata, kedai-kedai nasi ayam lain macam tak boleh nak saing kedai ni. huhuhu...lepas makan, balik terus mandi dan mata pun terpejam..ehehe
 


Friday, September 23, 2011

Kuching Part 3 - Pustaka Negeri & Muzium Kucing

Lepas pergi ke Semenggoh, Kak Alin bawa kami ke Pustaka Negeri. Bukan apa pun, Zepul nak jumpa kawan dia yang kerja kat sana. Cantik gak Perpustakaan dia. Terletak betul2 depan tasik. Tak jauh dari Masjid Negeri. Tak ada apa sangat buat kat situ. Tapikan, kalau sesiapa yang berminat untuk mengetahui tentang sejarah kaum2 di Sarawak, eloklah datang melawat ke sini (Selain dari Kampung Budaya) sebab kat sini ada satu seksyen khas untuk jurnal2, buku2 tentang suku kaum di Sarawak. Sementara menunggu Walid berbual dengan kawan dia, kami anak beranak lepak di Bahagian Kanak-Kanak. Seronok je Along dan Adik bertukar2 buku.
 

 




Lepas selesai di Pustaka Negeri, singgah sekejap di Masjid Negeri untuk bersolat. Kemudian berjalan diteruskan ke Muzium Kucing. Masa nih kitorang punya la bergantung pada tourist guide kami untuk bawa ke Muzium tuh. Memula dah nampak ada satu bangunan di atas bukit, Kak Alin dengan kompidennyer kata itu masjid lama. Berpusing-pusing la kitorang mencari muzium. Last-last aku dengan Zepul onkan GPS. Follow je yang GPS tunjuk. Alih-alih sampai ke 'masjid lama' tuh. Ceh, rupanya itulah dia Muzium Kucing. Nampak sangat tourist guide kami ni kena mendalami dulu Kuching nih. Anyway, untuk pencinta kucing boleh la datang ke sini. Dia pamerkan segala jenis kucing termasuk hello kitty, doraemon, garfield. Kucing yang dah diawet pun ada.


Inilah bangunannya..Dewan Bandaraya Kuching


  

 

Wednesday, August 17, 2011

Kuching Part 2 - Semenggoh Wildlife Center

 
Hari kedua kami di Kuching, kak Alin jd tourist guide kami memandangkan abg Man mengajar pada hari tersebut. Destinasi kami ada ke Pusat Hidupan Liar Semenggoh untuk melihat orang utan. Perjalanan ke Semenggoh mengambil masa 45 minit dari rumah kak Alin. Pusat ini diwujudkan bagi memulihara orang utan yang semakin pupus. Selain orang utan, pusat ini turut menempatkan buaya dalam kurungan. Burung enggang pun boleh dilihat di pusat ini. Lepas tuh ada juga arboretrum dan pusat buluh. Memandangkan tourist guide kami sendiri belum pernah sampai ke pusat ini, makanya kami telah terlajak sewaktu hendak ke sini. Nasib la tak terlajak jauh. Kalau ada yg berminat nak tengok orang utan, korang dinasihatkan untuk berada di sana sebelum pukul 9.00 pagi sebab pukul 9.00 pagi ada feeding time. Masa feeding time ni lah banyak orang utan akan turun untuk mengambil makanan. Kami sampai masa tuh dah pukul 9.30 pagi. Dari pintu masuk nak ke Pusat Hidupan Liar tuh ambil masa lebih kurang 10 minit memandu. Masa kitorang sampai, ramai yang dah keluar. Terpaksalah berjalan laju sikit sebab kakitangan di situ kata masih ada 20 minit lagi.

  
Jalan laju-laju, takut tak sempat tengok orang utan. 
Memang masuk hutan betul.

Maknanya, selepas pukul 10.00 pagi pelawat diminta untuk meninggalkan pusat tersebut. Sepanjang di situ, pelawat di minta untuk tidak membuat bising bagi tidak menakutkan orang-orang utan tersebut. Tapi, bila ada seorang budak yang namanya AMMAR ZAKWAN, takkan ada istilah senyap lah. Lepas dapat tengok orang utan sekilas, dibantainya ajak kita balik. Tak sempat hilang penat berjalan masuk ke tempat feeding tu, dah bising nak balik. Kami difahamkan bahawa terdapat 26 ekor orang utan di situ. Setiap hari kedatangan orang utan diwaktu makan akan diambil bagi tujuan pemantauan.



 Kat pangkin tuh la tempat makannya

Oh, setiap orang utan di sini mempunyai nama tau. Macam-macam nama ada. Analisa, Seduku, Manap, Ritchie dan banyak lagi. Setiap anak orang utan yang lahir di dalam kawasan ini mempunyai surat beranak. Tapi bak kata Zepul, kesian diorang..semua tak berbapa. Huhu..yang ada nama emak je..


 
 Glemer wei nama orang utan kat sini

 Lepas tengok orang utan, kami tengok pula buaya dalam kurungan. Takder apa la yang menarik pasal buaya kat sini sebab kurungannya kecil jer. Nanti aku citer kat mana best tengok buaya.

Kandang buaya yang kecik jer

Nanti sambung cerita trip ke Pustaka Negeri dan Muzium Kucing pula. Ada perkara lucu yang berlaku masa tu..ehehe

Thursday, August 11, 2011

Kuching Part 1

Beberapa hari sebelum puasa, aku sefamili bercuti di Kuching, Sarawak. Memang lama dah plan. Yang join sekali adalah emak, abah, Abg Shahril n kak Ila, Siti dan Aida. Tapinya kami pergi dulu iaitu pada hari Rabu, flight yang lelain plak hari Khamis. Memula risau gak, takut-takut si adik meragam naik flight sebabnya last dia naik flight masa umur 6 bulan dulu. Alhamdulillah, naik-naik flight je dibantainya tidur. Selamat aku. Bila nak sampai tu baru bangun. 

Adik kena duduk satu seat tau..lepas tuh mengamuk suh tanggalkan belt, nak dok dengan ummi.
 
Excited dah lama tak naik flight.

Flight kami delayed masa nak mendarat memandangkan cuaca di Kuching tak begitu baik, hujan lebat dan angin kencang. 3 kali flight kami berpusing di awan biru. Memula aku tak perasan, tapi Zaiful kata flight tu mengelilingi pulau yang sama 3 kali. Dekat setengah jam juga la sebelum dibenarkan mendarat. Sampai-sampai je kak Alin dah menunggu kami. Kitorang sampai dalam pukul 6.00, masa tuh Kuching dah mula gelap. Makanya kitorang terus dibawa ke rumah kak Alin di Batu Kawah. Abang Man dah standby kat rumah, masakkan nasi tomato. Pergh, layanan first class gitu. Malam memang tak ada aktiviti la, dok lepak kat rumah je. Lagipun Kuching nih, pukul 7 dah mula tutup kedai. Tak ada sangat akvititi. Melainkan pada hujung minggu, sebab ada pasar Satok yang beroperasi 24 jam.

Aiyooo..bila mau mendarat ni? 

Adik baru bangun tidur, terus jengah tingkap

Pulau nih la yang flight kami pusing 3 kali..

Aktiviti hari kedua akan bersambung nanti..ehehe

Monday, June 27, 2011

Orang lain lama dah, kami baru jer...

Hehe..orang lain lama dah pergi. Kami baru jer sampai. Itupun perjalanan yang tak dirancang. Sampai-sampai rumah emak jer terus ajak pergi. Memandangkan semua on, apa lagi..maghriblah kami di Shah Alam, lepas tu terus makan dan terus ke iCity. Sayangnya diorang tengah renovate kawasan tuh, so takder la nampak kemas sangat. Lagi satu, banyak juga la lampu2 yang dah tak menyala. Mentol terbakar gamaknya. Lepas nih diorang kena sediakan banyak la kerusi2 batu untuk orang2 tua yang tak berapa larat nak round semua tempat. Tapi bila tengok pokok2 yang berlampu tuh, terasa macam melancong kat obersi pulak. Ahaks.


Lepas tengok lampu, kitorang menuju ke matlamat utama iaitu Snowalk. Tiketnya mahal la juga. Dewasa RM25.00, kanak-kanak (3-12yrs) dan warga emas RM20.00. Diskaun RM10.00 hanya diberi kepada yang ada tiket parking je. Itupun bukan RM10.00 seorang, tapi sekeluarga punya tiket. Tapi pada aku, agak berbaloi juga la sebab ada slidings, jambatan. Cumanya kami tak lama dalam tu sebab masing2 pulun masuk Snowalk pakai selipar dan sandal. Tapi sempat juga kitorang (termasuk abah) main gelongsor salji. Terkekek2 Along tengok Atuknya menggelongsor atas ais. Ahaha..Kebas kaki masing-masing. Nak sewa boot, cash dalam tangan dah habis. Akibatnya, tak sampai sejam kami dalam tu, dan banyak lagi yang tak sempat kami nak tengok. Insyaallah, len kali datang lagi pakai kasut penuh dan stokin. Hehehe. Pukul 12.00 malam baru kami balik. Tahan pula mata Along dengan Adik kat situ. Tak ada meragam. Adik masuk kereta terus tidur. Selamat.....

bajet-bajet macam kat obersi

pink riding hood..
baju yang besar sampai tak nampak tangan

Monday, February 21, 2011

Cuti tak dirancang

Again, kami ke Langkawi. tak planned pun. Rancangan percutian kami tahun nih ke tempat lain sepatutnya. Sebab dah adik ipar dah beria-ia ajak (siap ah bookingkan chalet) makanya kami pun pergilah. Kali ni kitorg drive ke Kuala Perlis sebelum naik feri ke Langkawi. Gerak dari jam 10.30 malam (Jumaat), sampai Kuala Perlis jam 5.00 pg (Sabtu). Pukul 9 naik feri. Sampai Langkawi, lepas dapat kereta je terus gerak ke Chalet Sugar Sand. Masuk2 bilik, masing2 pakat tidur dulu. Qadha masa tidur yang tak begitu selesa dalam kereta.Walaupun bercuti sampai hari Isnin (4 hari), tapi rasanya tak byk tempat kami pergi. Island hopping still tak pergi (since ada budak kecik dan ada org tuh tak yakin nak naik bot). Masa kami banyak habis di Pekan Kuah untuk shopping. Tapi kali ni sempat lah naik cable car. Pergh, best wooo....Takder saper yang cicir kat bawah, semuanya naik. Yang gayat pun sampai ke atas juga. Ehehehe..


Anak dara yang naik cable car tanpa perasaan..ehehe


Since chalet kami dekat dengan pantai, makanya wajib lah berjalan-jalan di pantai cuma aku je yang tak sempat nak berendam dalam air laut tu. Si Adik kalau dah jumpa air laut, memang terus bertukar jadi ikan lah. Dah menggigil-gigil pun masih nak ajak orang masuk air lagi. Tapi jangan Along. Orang lain sibuk mandi laut, dia sibuk mandi pasir. Siap bergolek-golek dan berbaring atas pasir lagi. Bila bawak ke laut, punyalah menjerit. Tak tau lah macam mana nak bagi budak sorang ni berani mandi kat laut.


Alang-alang dah sampai ke Langkawi tuh, walaupun di tengah-tengah bulan yang mana gaji adalah nyawa-nyawa ikan, masih lagi aku sempat menyambar kuali Tefal. Ehehehe..bak kata abang "ambik jer la kalau dah berkenan sangat". Memandangkan aku ni kan nak jd isteri yang solehah, makanya aku pun ikutlah nasihat si suami. Ahaks..yang lelain tuh macam biasalah, beli coklat sikit. Beli pinggan mangkuk utk buat hadiah kawen. Buat pertambahan beg. kempis dah beg duit masing-masing.


Balik dari Langkawi, pergi pula ke Padang Besar. Pusing-pusing. Abang tambah pula Toto Narita. Nasib lah bawak Alza. Kalau keter lagi besar, mau lagi banyak barang. Itupun habis dengan tempat kaki disumbat dengan barang-barang. Seat belakang tak payah cerita la. Cermin belakang dah takleh nak guna sebab barang-barang dan mencecah bumbung kereta. Apa-apa pun, salute dengan drebar (adik ipar), yang memandu sorang-sorang pergi dan balik. Berhenti rehat utk minum je. Kitorang sampai rumah jam 3.00 pagi. Penat takleh nak kata lah. Lepas nih agaknya lagi 2 tahun baru pergi Langkawi balik. Hehehe..