Saturday, May 26, 2007

Tanak lagi dah...

Assalammualaikum wbt..

Wahh..memang pengalaman betul dalam hidup aku nih. Hujung minggu bebaru nih, aku habiskan masa kat umah mak mertua sebabnya kat sana dah sibuk dengan urusan persiapan kenduri kawen sepupu abang. Orang lain dok sibuk ngan buat pelantar sumer tuh, aku kat umah sibuk pulak kuar masuk bilik air. Muntah tak berhenti2 dari hari Sabtu sampai ke ahad. Aduh, rasa macam dah tak larat sebab benda tak dan nak masuk, tapi dah berlumba2 yang dalam perut nih nak keluar. Malam tuh aku balik umah, kuar dari keter jer terus kena pimpin ngan abang sebab dah tak larat nak berjalan. Mmg terasa betul berpinar2 kepala nih. masuk bilik terus melekat kat katil jer. Abang dah kata dah, kalo tak larat gak esoknya tuh gi spital jer. Rupanya agaknya dah panik tgk bini eh dah macam sotong baru di candat jer, abang ajak abg long dengan kak aida dtg umah pujuk gi spital. Keputusannya, aku dibawak gak ke spital malam tuh. Dan akibatnya aku kena dok spital..huwaaaaaa...kul 12 malam aku dimasukkan ke wad sakit puan. Adush...terseksa dok kat wad tuh. Mau taknya, aku rasa ada dalam 8 botol air dimasukkan dalam badan aku nih. Alhamdulillah dalam masa 2 hari aku dah ok. Sebab nak kuar cepat punya pasal, hari kedua tuh aku paksa diri makan, pastu aku berjalan dengan gagahnya di hadapan doktor. Ehehehehe..rasanya pasnih tanak dah masuk spital lg..serik dah (melainkan mmg keadaan dah terdesak sgt..tapi, nauzzubillah..harap2 dijauhkan).

Saturday, May 19, 2007

Patah Tumbuh, Hilang Berganti....

Assalammualaikum..

Tetiba hari ini terlintas difikiran tentang kehilangan. Setiap orang pasti pernah merasakan hehilangan. Kehilangan kawan-kawan, kehilangan teman, kehilangan ahli keluarga, kehilangan barang berharga, kehilangan peluang yang ada, kehilangan haiwan pilihan (akulah tu) dan kehilangan apa-apa saja yg ada disekeliling kita. Apabila berlakunya kehilangan, hati pasti merintih pilu, malah pada yang hilang arah pasti akan menyalahkan takdir di atas kehilangan tersebut. Dan pada waktu itu kita akan menjadi perindu yang setia. Umpama majnun rindukan laila, umpama romeo rindukan juliet, umpama uda rindukan daranya. Namun yang parahnya, kita merindui sesuatu yang telah tiada.

Perlu kita ingat bahawa apabila ALLAH telah mengambil sesuatu dari kita (sememangnya ia milik ALLAH yang hakiki), pasti akan ALLAH gantikan dengan yang lain pada kita. Yang hilang pasti berganti, yang patah pastikan tumbuh kembali. Walaupun yang berganti tidaklah sehebat yang telah hilang, yang tumbuh tidak sesempurna yang telah patah namun itulah yang terbaik yg ALLAH berikan pada kita. Belajarlah kita untuk mensyukuri apa yg ada di depan kita, di sekeliling kehidupan kita. Tapi ada juga di kalangan kita yang tidak dapat menerima hakikat kehilangan. Tidak dapat menerima penggantinya sekali. Mengharapkan agar yang berganti sama seperti yang telah tiada atau biarlah lebih hebat dari yg telah hilang. Perlu kita ingat bahawa (terutamanya melibatkan insan) setiap makhluk yang ALLAH jadikan itu tidak pernah yang sama. Baik dari segi fizikal apatah lagi dari segi akhlak dan amal. Lihat sahaja sahabat-sahabat Rasulullah. Setiap mereka mempunyai personaliti yang berbeza apatah lagi kita insan-insan biasa.
Aku juga pernah merasakan kehilangan. Kehilangan sahabat-sahabat yg satu ketika dulu sentiasa ada di sisi, kehilangan saudara mara yang terdekat, kehilangan peluang yang terbentang luas di depan mataku malah kehilangan "sesuatu" yang berharga dalam hidupku. Pernah setiap kehilangan itu aku mengharapkan agar dipulangkan semula kepadaku. Betapa aku jahil ketika itu. Malah ganti-ganti yang datang aku bandingkan dengan apa yg pernah aku hilang. Tapi alhamdulillah, kini ALLAH telah menggantikan apa yg telah aku hilang. Walaupun tidak seperti yg dahulu, namun padaku inilah yang terbaik buat diriku. Dan inilah harta-harta berharga dalam hidupku kini. Dan betapa aku mensyukuri pemberianMU ini Ya ALLAH.

Wednesday, April 11, 2007

Kepayahan itu..

Urgh...tahap kebosanan aku untuk meneruskan fail meja dah sampai ke tahap maksimum. Aku hanya mampu merenung kosong kotak skrin komputer aku nih sambil memerhatikan jadual-jadual yang perlu diisi. Sesungguhnya aku bosan dengan perasaan begini. Dah la kami tak pernah diberi taklimat tentang cara nak buat fail meja, dan ini merupakan kali pertama kami melihat fail meja. Segala-galanya kami bergantung kepada contoh format yang diberikan.

Dengan keadaan aku sekarang nih, rasanya setiap perkara yang aku buat tak menjadi. Semua serba tak kena. Selera makan sememangnya dah berkurangan hingga bila aku pergi check di klinik, beratku dah turun. Perkara yang tak sepatutnya berlaku pada diriku sekarang ni. Bila tengok org lain mkn dengan berselera, rasa cemburu pulak. Ya ALLAH, seksanya bila nikmat mkn tuh ditarik oleh MU. Aku kesian pada abang sebab sekarang memang aku tak pernah masak untuk dia lagi. Bukan aku tak mahu, tapi keadaan yang tak mengizinkan. Kadang-kadang aku terpikir, adakah aku terlalu manja? Memanjakan fizikal dan mental ku ini. Mak mertua ku pernah bercerita dulu, waktu zaman dia muda2, tidak ada istilah rehat di rumah bagi isteri2 yg baru merngandung. Seawal2 mengandung lagi meraka dah kena turun ke sawah bendang. Malah, berpantang hanya seminggu saja, kemudian terpaksa ke sawah. Sedangkan aku (bahkan mungkin isteri2 yang lain di zaman sekarang ini), bila dah mula muntah2, masing2 akan tersandar kepenatan. Mengeluh aku kadang kala dibuatnya. Tak baikkan? Semoga aku tabah mengharungi kesulitan demi kesulitan ini.

Tuesday, March 20, 2007

Alhamdulillah...

Dr : U pun ada batuk-batuk ke?
Pesakit : Tak. Lately nih saya rasa mual, macam nak muntah ajer..
Dr : Perut ok? Buang air ada ok ka?
Pesakit : Ok ..
Dr : U ada muntah-muntah tak?
Pesakit : Muntah tak ada..tapi terasa nak muntah ada la..
Dr : Ok, baring dulu...
Check sana, check sini..check jantung..sumer check..buat urine test..
5 minit kemudian...
Dr : Ok, u mengandung....blablabla....

Alhamdulillah........

Wednesday, March 07, 2007

CUti..

Assalammualaikum wbt..

Esok aku akan start bercuti hingga ke minggu yg seterusnya..ehehehe...percutian yg bakal memenatkan...kompem! :D

Tuesday, January 23, 2007

Akhirnya.....

Assalammualaikum wbt..

waaahh..lamanya aku tak upload any entries kat dalam blog nih..sejak kejadian gempa bumi kat Taiwan tuh la...tensen gak, sebab dah taip panjang2, tapi takleh nak submit..nak submit sekarang pun rasanya dah tak perlu lg...sbb dah masuk thn baru nih, entry2 thn lepas dah tak relevan lg dah..ehehehe...

Bebaru nih, aku hampir dpt sakit jantung sbb mendengar kabar2 angin sepoi2 bahasa yg nak menukarkan unit aku pada bos lain...adoi, kalo takat tukar jer mmg tak ada masalah tapi aku risaukan projek yg baru nak berjalan nih..aku risau kalo projek nih diberikan pada bos tuh, alamatnya projek hanya tinggal nama jer la..tapi Alhamdulillah, tak jd perancangan pertukaran tuh..aku maish lg dibawah bos yg sama *grin*..lega rasanya..mau taknya, sepanjang dok kat gemas, bila teringat pasal perkara tuh, aku dah jd tak tentu arah...lepas tuh, mmg spoil mood aku tuk buat apa saja..kesian kat abang, mesti pening tgk isterinya dok berubah mood tak tentu masa..ehehe...

Lately nih, mmg tak dinafikan hati dan perasaan aku mudah tersentuh..aku dah menjadi semakin sensitif..sekelip mata boleh berubah..risau jugak aku sebab aku tau, ini akan mempengaruhi perhubungan dalam rumahtanggaku..rasa kesal pun ada bila tgk abang jd tak tentu arah bila tetiba aku bermuram durja..aduhhh..pedih hati ini bila kenang2kan sikap diri sendiri..aku harap semoga aku tabah hati dalam mengharungi hidup berumahtangga ni..doakan semoga diriku mampu menjadi isteri yg mithali..(Selamat Pengantin Baru buat Abg Ajam dan Isteri)

Sebulan jer lg tuk kak alin menamatkan zaman bujangnya...kalo dok kat umah mak nih, terasa dah kehangatan kenduri tuh...mmg takkan senang duduk...yer la, byk sebenarnya nak dibuat..mak pun dah risau2 tuh...aku harap semuanya berjalan lancar...

Oh, masih belum terlewat untuk aku ucapkan "Selamat Menyambut Tahun Baru 1428 Hijrah"..semoga tahun yg baru ini akan lebih baik dr yg lepas...errrr...perut ku dah berlagu sepi...nak pi cr mkn sat..

Saturday, December 23, 2006

Ferrero Rocher..

Photobucket - Video and Image Hosting

It was so sweet of him last night...abang bagi aku 3 biji Ferrero Rocher..walaupun hanya 3 biji, tapi bagi aku ianya cukup bermakna sebab dia bagi tanpa diminta dan tanpa disangka sebab hari itu bukanlah hari jadiku atau hari ulang tahun perkahwinan kami dan bukan juga hari jadi abang..I do love this kind of surprises..it really touched my heart..

Pada orang lain, mungkin mereka hanya tersenyum sinis bila dgr cerita sebegini..terpulanglah pada mereka..Pemberian dari orang yang kita sayang mmg sungguh bermakna walaupun ianya tidaklah semahal mana..pada aku, untuk menghargai apa sesuatu pemberian itu bukanlah dinilai dari harga sesuatu barang, tetapi pada tanda ingatan si pemberi..dan Ferrero Rocher 3 biji nih sungguh mahal harganya buat diriku...bukan saja kerana coklat ini merupakan coklat kegemaranku malah kerana ia pemberian daripada suami tercinta...

Wednesday, December 20, 2006

Rompong

Assalammualaikum wbt..

Aku tak tahu la apa nak jd dengan org sekarang nih..suka mencari duit dengan cara yang mudah..mengaut keuntungan dari kesusahan orang lain...nak dimaki pun, bukan cara aku..nak dimarah pun, bukan aku nampak orangnya (kalo nampak, jgnkan marah, siap aku baling2 lg ngan selipar)..lepas geram dalam hati ajer la...

Hujung minggu bebaru nih, mmg aku ngan abang tak duduk kat umah..dari Beranang, balik ke Bt. Caves..berhujung minggu ngan mak abah..hari Ahad tuh, balik ajer dr kenduri kawen kat Cheras, abang dapat call dr jiran kami. Katanya tingkap umah dah ilang..adoi, tak sempat nak berehat dah kena berkejar ke Rinching. Sampai umah ajer, tgk pagar dah bergunting..tingkap umah sebelah kanan abih diorg kerjakan..cermin diorg susun dengan baik jer kat tepi rumah, tapi frame tingkap diorg kebas..16 frame tingkap hilang..sakitnya hati tengok..baru jer 2 minggu frame2 tuh dipasang oleh tuan rumah..nih hilang balik...biler cerita kat member2 opis, ada yg bg idea suruh simpan "penjaga"..tak kuasa aku..kang bukan pencuri jer takut masuk rumah, dengan tuan2 rumah tak berani masuk sebab ada makhluk lain..lagipun, buat apa kita nak bergantung dengan jin dan syaitan kan? kang tak pasal2 jd syirik..nauzzubillah..tapi bila jadi macam nih, aku kadang2 mula la dok mengarut..berangan kalo2 aku ada magic, lama dah aku sumpah org yg mencuri tuh jd frame tingkap..aduh..sungguh la beranimasinya la imaginasiku ini..sungguh penuh dengan mitos dan lagenda..tuh semalam kami amik cuti (abang apply mc..huhuhu) uruskan pasal tingkap tuh..pastu amik kesempatan merembat tv kat kedai tv bersama dengan astro..melayang sudah bonus hujung tahun ku..takper, janji malam kami tidak kesunyian..ehehe...

Sekarang kami dok pikir, macam mana lah nak tinggalkan rumah nih kalo bercuti panjang? nih Raya Haji dah dekat nih..kang tinggal lama, kena curi lagi..kesian pulak kat tuan rumah yg dah byk berabih kat tingkap jer..tapi takkan la kami nak dok jer berhujung minggu kat umah tuh..kalo dah ada anak2 ker, ok la jugak (angan2 menggunung)...pusing2 sudah kepalaku....sehingga pagi tadi (masa nak gi kejer), tingkap umah kami masih rompong..yg ada hanyalah grill tingkap dan langsir sahaja..

Tuesday, December 12, 2006

Blank..

Assalamualaikum wt..

sebulan lebih dah aku bergelar isteri kepada seorang lelaki bernama suami..errrr..tetiba aku hilang idea nak citer aper..isk..isk...nnt2 la aku sambung balik...tgh pening nih..bos aku gi Bangkok tuk 2 minggu, pastu terus sambung cuti hingga ke tahun baru..aku ditinggalkan bersama dgn urusan tender yg belum selesai..aiyark...

Monday, December 04, 2006

Sebulan sudah...

Photobucket - Video and Image Hosting


sebulan sudah masa berlalu..segalanya merubah hidupku..ya, aku rasakan perubahannya..tersenyum kadang kala bila memikirkannya..bersyukur padaMU Tuhan..atas segala nikmat yg telah diberikan..semoga sinar ini kan terus terang...

Wednesday, November 01, 2006

Segalanya Bermula Di Sini...

Credit to nemesis



Credit to sayangmama

Maka terbinalah sebuah ikatan,

Termeterai sebuah perjanjian,

Berlandaskan kepada kejujuran dan kasih sayang,

Di bawah lembayung rahmatnya TUHAN,

Semoga doa yang dirafa'kan,

Bisa menjadi dinding kesejahteraan,

Dalam melayari permulaan kehidupan ini..

Thursday, October 19, 2006

MeNGhITuNg HaRI....

Menghitung hari....detik demi detik...blablabla...(tak hafal)
Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir Dan Batin...

menghitung hariiiiiiii.....

Tuesday, October 10, 2006

Alkisahnya....

Assalammualaikum wbt..

Pandanganku semakin samar,
semakin pudar...
di dalam terang, aku masih teraba-raba...
mencari arah yang sebenar..
nafasku semakin pendek..
terasa sesak menekan ke dada..
bantulah aku..
bantulah aku dalam meneruskan perjalanan ini..
bantulah aku dalam mencari arah ini..
bantulah aku dalam menerangi pandangan ini..
sesungguhnya....

JEREBU SEMAKIN TERUK KAT SINI.....huwaaaaa....

biler lah agaknya diorg nak bg cuti nih..ehehehehe...


*****************************


Niat kat hati nak pergi berjalan-jalan sambil membelek-belek baju2 baru di Jalan Masjid India. Akhirnya aku hanya berjalan-jalan di dalam stesen LRT sambil menjenguk-jenguk orang yg lalu lalang. Mata bertemu mata, aku hanya mempu memalingkan muka. Malu wei sebab sama-sama mencangkung di bawah tangga stesen LRT. Tu lah, lain kali jgn derhaka bila orang suruh mkn ubat....jadilah perjalanan kami sebagai "mencuba-cuba menaiki LRT"...

******************************

HO HO HO...HEPI BIRTHDAY AHFAZ...!!!!

Friday, September 22, 2006

Seksi...

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama, Rahimin Bani, berkata pihaknya mengesahkan wanita itu adalah seorang artis tempatan selepas dia hadir ke pejabat Jaim, di sini, semalam.

Katanya, dia hadir kira-kira jam 4.15 petang semalam untuk diambil keterangan.

“Berdasarkan keterangan diberikanya, dia menyanyi bersama sebuah kumpulan muzik di pusat hiburan berkenaan secara kontrak selama enam bulan sejak Mac lalu.

“Dia mendakwa tidak mengetahui memakai skirt serta baju berlengan pendek itu dikategorikan sebagai berpakaian menjolok mata.

“Dia mempersoalkan mengapa dia ditahan sedangkan sebelum ini dia pernah membuat persembahan di pusat hiburan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru,” katanya.


Petikan nih di cut paste kan dari akhbar Harian Metro hr nih. Gamaknya, macam mana yg dikatakan menjolok mata oleh diorg nih ek? Selagi tak tersembul mata org yg memandang, selagi tuh masih dikatakan sopan kot..Hmm..teringat kes di tahun lewat 90-an, di mana mulanya wanita melayu tidak dibenarkan menyertai pertandingan ratu cantik. Ramai pulak yg mempertikaikan tindakan Jabatan Agama Islam kerana menahan peserta Melayu pertandingan ratu cantik. Malah ada pulak yg mempersoalkan kenapa orang Melayu tidak dibenarkan menyertai pertandingan tersebut....Sedih..Amat-amat menyedihkan..

Allah Swt. berfirman:
Katakanlah kepada para wanita Mukmin, "Hendaklah mereka menahan pandangannya, memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa tampak padanya." (QS an-Nur [24]: 31).

Thursday, September 21, 2006

Maafkan aku teman....

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.


Maafkan aku sekiranya aku pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati kalian....

Saturday, August 26, 2006

Salam Merdeka....

Assalammualaikum wbt..

Salam sejahtera, Salam merdeka buat semua. Salam bulan kemerdekaan. Merdeka!! Merdeka!! Sumer skang nih pasal merdeka..senamrobik merdeka..kembara merdeka..ambang merdeka..sumer-sumer merdeka..Apakah itu merdeka? ceewaahh..dah macam cikgu tny kat anak-anak murid plak..yer la, semerdeka manakah merdeka kita nih? Kalo dilihat pada fizikal, pada lahiriah...memang kita merdeka...tapi kalau dilihat dgn lebih mendalam, kita belum merdeka..kita masih dijajah..dari segi pemikiran..dari segi minda..dari segi budaya hidup..dari segi pegangan...takder la, bukan sesuka hati nak dok membebel. Semalam aku tgk satu siaran kat Channel 9, kira masuk minggu nih minggu ke-2 aku tgk siaran tuh. Tajuknya Sahabat kot..tuk 2 minggu tuh, isunya tentang remaja rosak akhlak nih. Semalam tentang student2 IPTA yg buat "kerja partime" nih...student tuh siap cerita tanpa ada sebarang intonasi kekesalan atau takut tentang kerja dia tuh..last week tentang seorang remaja yg berhenti sekolah seawal usia 16 tahun, lari dr rumah dan kerja sbg GRO...sekarang mengandung, dan dengan bangga bgtau bahawa itu adalah kandungan yg ke-2. Sumua nih anak Melayu kita. Aku pelik, diorg tak pernah ker memikirkan tentang masa depan sendiri, memikirkan tentang ibu bapa mereka, memikirkan tentang keluarga mereka dan paling penting memikirkan tentang balasan ALLAH pada setiap dosa dan noda yg telah kita lakukan? Tidakkah mereka2 ini mempunyai perasaan? Inikah yg kita dengan bangga menggelar anak-anak merdeka? Apa dah jadi dengan segala ilmu agama yg telah diajarkan kepada mereka sejak dari bangku sekolah lg? Sesungguhnya kita mmg belum merdeka...Penjajah telah keluar meninggalkan Tanah Melayu, tetapi mereka juga meninggalkan budaya, cara hidup, pemikiran mereka di sini sebagai tanda cenderamata meraka...lemahnya kita..

SALAM MERDEKA BUAT SEMUA!!!

Monday, August 14, 2006

SaBaR......

Tergugur daun kering dari langit tinggi
ke tanah dawas bergelimpangan tulang
kau perlukan air hujan
sedang terik membakar ..
begitu hidup dalam berjuang
mencari harta benda miliki di tangan orang
janganlah putus asa cari rezeki kita
setitik air di hujung jarum
jadi rezeki seluruh umat ..
diberikan kita sama rata semua
hanya yang tamak mendapat untung laba
jangan jemu berusaha
semangat menjadi lamina
bermusuh jgn sekali
sahabat harta peribadi
selaut kasih di alam
kekal jadi kurnia
balasan sabar....


p/s: terima kasih akhie...

Tuesday, August 08, 2006

28 vs 40..

Assalammualaikum wbt

Hari yang indah dan penuh ketenangan (bos gi obersi for 2 weeks..ehehehe). Sebenarnya hari nih aku kehilangan kata-kata tuk ditaipkan ke dalam blogs nih..tak tahu lah kenapa..ok la, hari nih entry aku berkisar tentang angka 28 dan 40 sahaja. Bukan aku tak berminat tuk membicarakan tentang isu-isu semasa sekarang nih..apatah lg tentang penderitaan rakyat Lebanon dan Palestin..cumanya, usahkan untuk membicarakan tentangnya..melihat kepada berita2 di akhbar dan TV sudah cukup untuk membuatkan aku mengeluarkan bahasa-bahasa yg kurang sopan. Di dalam hati aku cukup penuh dengan perasaan benci, marah yang membuak2 pada sikap golongan mereka yang menggelarkan diri sebagai penegak kebenaran, pelindung hak asasi manusia, manusia yang terpilih. Aku cukup benci kepada mereka..sehinggakan padaku mereka tidak layak untuk dimaafkan... Semoga ALLAH memberikan kemenangan kepada Umat Islam dan hancurkanlah mereka yg berpaling dariMU. Biarlah mereka hilang bersama-sama dengan perasaan bongkak dan zalim mereka itu. Amiin ya Rabb..

erk..ok..back to 28 n 40 nih...sebenarnya pada tarikh ini, hari ini aku nak ucapkan Selamat Hari Lahir yang ke 28 buat tunangku yang tersayang..genap 28 tahun dia hidup di bumi ALLAH ini..so, hari nih awak dah jd lebih tua dari saya lah yer...ehehe..meh la aku ceritakan macam mana aku leh kenal dengan dia hingga sampai ke tahap ini. Sesungguhnya sekarang nih org selalu kata, dunia sudah tiada batasan. Bila-bila masa, di mana-mana aja kita boleh mengenali insan-insan lain..melihat dunia-dunia lain dengan hanya 1 butang..yer la, dengan kemodenan dari segi telekomunikasi kita boleh berinteraksi dengan sesiapa saja. Laman-laman sarang lelabah membolehkan kita mengenali negara org lain..eh, apa aku citer nih? ok la..aku kenal tunang aku nih melalui cyber akceli. Perkenalan dari laman forum TelagaBiru Fan pada akhir tahun 2004. Memula aku kenal dier, takder la aku berminat sgt nak amik tahu tentang dier. Lagipun, dier nih dalam forum tuh ramai sgt budak pompuan yg ambil berat..masa bulan puasa 2004 aku dgn dier start berchatting. Tp, sekadar chatting biasa jer la..tak melibatkan sebarang perasaan. Kali pertama kitorg jumper masa bulan Disember 2004. Masa tuh aku temankan anim cr cincin tunang, dan dier dtg bawak adik angkat dier (temankan cr kain nak buat baju katanya). Kitorg jumper sekejap jer..takder pergi mkn, takder kenal2kan diri sgt, takder duduk2 berborak..sekadar jumper nak tgk bagaimana orgnya saja. Lepas tuh terus-terusan berhubung. Bulan Januari 2005 baru aku pertimbangkan tuk terima dia, bulan Ogos keluarga dia dtg merisik, bulan November kitorg bertunang. Tak sampai setahun pun kan? Satu yang meyakinkan aku tentang dia adalah sikap kesungguhan dia dalam menjalinkan perhubungan ini. Yer la, sebaik saja aku terima dia, terus dia buat plan tuk masuk meminang. Alhamdulillah, hubungan kami tak byk menghadapi rintangan atau halangan. Tidak pada pihak dia..biasanya yg wat masalah dalam hubungan nih disebabkan sikap aku..ehehe..terima kasih awak kerana sanggup bersabar dengan saya nih...ramai yang pelik kenapa aku boleh terima dia sepantas itu sedangkan sebelum-sebelum ini, aku begitu byk berdalih..tapi, mungkin ini yg dikatakan jodoh. Semoga ALLAH permudahkan bagi kami untuk kami gapai impian dan janji yg telah kami bina setahun ini. SELAMAT HARI LAHIR AWAK..semoga ALLAH memurahkan rezeki awak, ALLAH meredhai hidup awak..dan doa saya sentiasa mengiringi perjalanan hidup awak..

ok..sekarang masuk pula ke no 40 pulak..Angka 40 nih pulak adalah angka untuk ulangtahun perkahwinan mak dengan abah...40 tahun dah mereka hidup bersama..alhamdulillah. Semoga impian abah untuk membawa emak menunaikan haji akan termakbul. YA ALLAH..berikanlah kesihatan yang baik kepada ibu bapaku, murahkanlah rezeki mereka..dan lapangkanlah dada mereka dari segala kemaslahatan dunia..YA ALLAH..sesungguhnya tidak terbalas segala kasih sayang yang telah mereka curahkan kepada ku dan adik beradikku, maka YA ALLAH, KAU kasihanilah ibu bapaku sebagaimana mereka telah mengasihaniku sejak aku dari kecil sehingga dewasa ini. Amiin ya RAbb..kalau kita lihat dari angka 40 nih, bukanlah satu tempoh yang singkat. Satu tempoh yg cukup lama...semoga mak dan abah berkekalan bersama di dunia dan akhirat..Ija sayang mak dan abah...huhuhuhu..sedih la pulak.....

Pada hari nih, tarikh ini..angka 28 dan 40 sungguh memberi makna dalam hidup aku..kerana aku sungguh menyayangi mereka...

Wednesday, August 02, 2006

Birthday ep. 1

Assalammualaikum wbt

Ehehehehe..enty-entry bulan nih nampaknya bakal menjadi entry besday ajer.. sebanyak mana entry birthday yg korang akan nampak, lebih banyak lagi duit yg aku akan kuarkan tuk beli hadiah2..huhuhuhu..nampak gayanya, aku dan dompetku akan menjadi kurus diakibatkan oleh diet melampau...isk, org kata kalo nak bagi tak elok ungkit2 kan? ok..ok..ikhlas la...


First bithday entry nih adalah untuk adik aku, siti. Bukan siti nurhaliza, bukan jugak siti sarah..tp siti nazariah..hr nih masuk umur dier 20 tahun. Besar dah walaupun takleh mengundi lg..ehehe..besar umur, besar badan..biarla besar jugak cita2 eh adik? Selamat hari lahir yg ke 20. Semoga diredhai ALLAH selalu dan menjadi anak yg solehah dan muslimah yg berjaya. Adik aku nih skang nih tgh study kat UIA gombak..bakal dicampakkan ke Kuantan pulak..ehehe..abih la, takleh dah nak balik2 rumah selalu. Adik aku nih, perangai dier pelik sikit. Orangnya agak degil, kalo bab bergaya, nombor satu, bab makan pun nombor satu..tapi bab masak, nombor last..pebret dier sushi..pantang nampak sushi, sengeh2 dier...ahahahaha..dik, asik akak jer yg bg mkn kek..apa kata tahun ni ko sponsor sendirik...kuang kuang kuang...anyway, akak sentiasa doakan yg terbaik buat ko. Akak nak tgk ko berjaya..akak nak tgk ko gembira..walau apa pun yang terjadi, bare in mind yg kitorg semua sayang kat ko...ambil lah teguran2 kitorg sebagai nasihat yg berguna dan jdkan sebagai panduan. Senangilah hati emak dan abah, kerana mereka sentiasa ingin melihat hidup ko senang jugak. Semoga peningkatan umur ko selari dengan kematangan diri ko. Jaga diri bebaik..jaga akhlak kita sebagai muslimah.. Happy Birthday to u my sis.....

Thursday, July 27, 2006

erm........

Assalammualaikum wbt....

alahai..bersawang dah blog aku nih..sebulan tak berjenguk..takder apa nak diceritakan..sebab segala2 dalam hidup aku adalah biasa..kerja aku berjalan seperti biasa..my love life story aku pun macam biasa...hidup aku bergerak seperti biasa...semuanya adalah biasa..tiada yg luar biasa melainkan yg biasa...ehehehe..

owh...awal bulan hari tuh, kakak aku bertunang..alhamdulillah..seriously, sekarang aku rasa bersyukur sangat dan kerisauan aku pun dah berkurangan..sebelum-sebelum ini, aku asyik memikirkan tentang kakak aku jika aku berkahwin nnt..yer la..selama nih, mmg kami rapat..tak dpt aku bayangkan betapa dia akan rasa bosan bila adik2 dia dah berkahwin...perasaan aku jadi serba salah..aku selalu berdoa agar kakak aku dipertemukan dengan insan yg baik sebelum aku melangkah ke alam rumah tangga..Alhamdulillah, termakbul gak..ehehe..bukan ngan org lain..kawan cyber aku sendiri bakal menjadi abang ipar aku..kak alin..moga awak berbahagia ngan pakcik tuh ek? Tapi tuh la, menyiapkan persiapan pertunangan kakak aku tuh memang memenatkan..mana taknya, pakcik tuh bgtau nak bertunang 2 minggu sebelum tarikh pertunangan..memang lepas majlis tuh, satu famili sakit2 badan...nih yg org katakan bertunang ala cowboy..insyaallah, jika tak ada aral melintang, pertengahan thn depan majlis diorg plak..mak mesti rasa seronok sangat, sebab sekali tiga-tiga anak perempuan dia akan berkeluarga...tulah rejeki namanya..kan? kan?

Yang seronoknya, mungkin secara kebetulan jer, bila aku, kakak aku ngan anim kawen nnt secara automatik kami akan menjadi mak ngah...tiga-tiga kami nih dapat bakal suami anak ke dua..what a coincidence..dah la tarikh bertunang pun selang beberapa bulan bagi setiap org..kawen pun selang beberapa bulan jer..isk..isk...tetiba plak rasa terharu..ya ALLAH, moga hati kami adik beradik sentiasa bersatu..dan moga kasih sayang kami semakin utuh biarpun jarak dan masa memisahkan kami..alaaa..sedih la plak bila dipikirkan yg nnt diorg dok jauh2..

hmmm..dengan tempoh masa yg tinggal hanya beberapa bulan jer, aku skang nih kena bijak berbelanja (silap-silap mmg tak belanja langsung..huhuhu)..yer la, byk pulak modal nak buat persiapan majlis nih..tgh berusaha sedaya mampu untuk membeli barang-barang berkualiti dengan harga murah..ehehehe...ada ker eh? ada kot..skang nih kan mega sales..mmg sakan ler hujung2 minggu aku shopping...asal nampak banner2 ngan iklan2 mega sales, rasanya mata aku jd bersinar2..ehehe...kalo dah perempuan tuh, perempuan gakkan? ya ALLAH, tabahkan hatiku dan jauhkan diriku dari godaan-godaan mega sales nih..amiin..

p/s: huhuhuhu..saper2 yg masih tak berpuas hati dengan perkahwinan ct dan dato' k tuh, udah2 la mengutuk..takder pekdahnya..dah jodoh diorg..marah dengan perkawinan diorg sama dengan marah ngan ketetapan yg ALLAH telah tentukan...so, bewareeeee (uh..apa kena mengena nih? )