Saturday, December 23, 2006
Ferrero Rocher..
It was so sweet of him last night...abang bagi aku 3 biji Ferrero Rocher..walaupun hanya 3 biji, tapi bagi aku ianya cukup bermakna sebab dia bagi tanpa diminta dan tanpa disangka sebab hari itu bukanlah hari jadiku atau hari ulang tahun perkahwinan kami dan bukan juga hari jadi abang..I do love this kind of surprises..it really touched my heart..
Pada orang lain, mungkin mereka hanya tersenyum sinis bila dgr cerita sebegini..terpulanglah pada mereka..Pemberian dari orang yang kita sayang mmg sungguh bermakna walaupun ianya tidaklah semahal mana..pada aku, untuk menghargai apa sesuatu pemberian itu bukanlah dinilai dari harga sesuatu barang, tetapi pada tanda ingatan si pemberi..dan Ferrero Rocher 3 biji nih sungguh mahal harganya buat diriku...bukan saja kerana coklat ini merupakan coklat kegemaranku malah kerana ia pemberian daripada suami tercinta...
Wednesday, December 20, 2006
Rompong
Aku tak tahu la apa nak jd dengan org sekarang nih..suka mencari duit dengan cara yang mudah..mengaut keuntungan dari kesusahan orang lain...nak dimaki pun, bukan cara aku..nak dimarah pun, bukan aku nampak orangnya (kalo nampak, jgnkan marah, siap aku baling2 lg ngan selipar)..lepas geram dalam hati ajer la...
Hujung minggu bebaru nih, mmg aku ngan abang tak duduk kat umah..dari Beranang, balik ke Bt. Caves..berhujung minggu ngan mak abah..hari Ahad tuh, balik ajer dr kenduri kawen kat Cheras, abang dapat call dr jiran kami. Katanya tingkap umah dah ilang..adoi, tak sempat nak berehat dah kena berkejar ke Rinching. Sampai umah ajer, tgk pagar dah bergunting..tingkap umah sebelah kanan abih diorg kerjakan..cermin diorg susun dengan baik jer kat tepi rumah, tapi frame tingkap diorg kebas..16 frame tingkap hilang..sakitnya hati tengok..baru jer 2 minggu frame2 tuh dipasang oleh tuan rumah..nih hilang balik...biler cerita kat member2 opis, ada yg bg idea suruh simpan "penjaga"..tak kuasa aku..kang bukan pencuri jer takut masuk rumah, dengan tuan2 rumah tak berani masuk sebab ada makhluk lain..lagipun, buat apa kita nak bergantung dengan jin dan syaitan kan? kang tak pasal2 jd syirik..nauzzubillah..tapi bila jadi macam nih, aku kadang2 mula la dok mengarut..berangan kalo2 aku ada magic, lama dah aku sumpah org yg mencuri tuh jd frame tingkap..aduh..sungguh la beranimasinya la imaginasiku ini..sungguh penuh dengan mitos dan lagenda..tuh semalam kami amik cuti (abang apply mc..huhuhu) uruskan pasal tingkap tuh..pastu amik kesempatan merembat tv kat kedai tv bersama dengan astro..melayang sudah bonus hujung tahun ku..takper, janji malam kami tidak kesunyian..ehehe...
Sekarang kami dok pikir, macam mana lah nak tinggalkan rumah nih kalo bercuti panjang? nih Raya Haji dah dekat nih..kang tinggal lama, kena curi lagi..kesian pulak kat tuan rumah yg dah byk berabih kat tingkap jer..tapi takkan la kami nak dok jer berhujung minggu kat umah tuh..kalo dah ada anak2 ker, ok la jugak (angan2 menggunung)...pusing2 sudah kepalaku....sehingga pagi tadi (masa nak gi kejer), tingkap umah kami masih rompong..yg ada hanyalah grill tingkap dan langsir sahaja..
Tuesday, December 12, 2006
Blank..
sebulan lebih dah aku bergelar isteri kepada seorang lelaki bernama suami..errrr..tetiba aku hilang idea nak citer aper..isk..isk...nnt2 la aku sambung balik...tgh pening nih..bos aku gi Bangkok tuk 2 minggu, pastu terus sambung cuti hingga ke tahun baru..aku ditinggalkan bersama dgn urusan tender yg belum selesai..aiyark...
Monday, December 04, 2006
Sebulan sudah...
sebulan sudah masa berlalu..segalanya merubah hidupku..ya, aku rasakan perubahannya..tersenyum kadang kala bila memikirkannya..bersyukur padaMU Tuhan..atas segala nikmat yg telah diberikan..semoga sinar ini kan terus terang...
Wednesday, November 01, 2006
Segalanya Bermula Di Sini...
Credit to sayangmamaMaka terbinalah sebuah ikatan,
Termeterai sebuah perjanjian,
Berlandaskan kepada kejujuran dan kasih sayang,
Di bawah lembayung rahmatnya TUHAN,
Semoga doa yang dirafa'kan,
Bisa menjadi dinding kesejahteraan,
Dalam melayari permulaan kehidupan ini..
Thursday, October 19, 2006
MeNGhITuNg HaRI....
menghitung hariiiiiiii.....
Tuesday, October 10, 2006
Alkisahnya....
Pandanganku semakin samar,
semakin pudar...
di dalam terang, aku masih teraba-raba...
mencari arah yang sebenar..
nafasku semakin pendek..
terasa sesak menekan ke dada..
bantulah aku..
bantulah aku dalam meneruskan perjalanan ini..
bantulah aku dalam mencari arah ini..
bantulah aku dalam menerangi pandangan ini..
sesungguhnya....
JEREBU SEMAKIN TERUK KAT SINI.....huwaaaaa....
biler lah agaknya diorg nak bg cuti nih..ehehehehe...
*****************************
Niat kat hati nak pergi berjalan-jalan sambil membelek-belek baju2 baru di Jalan Masjid India. Akhirnya aku hanya berjalan-jalan di dalam stesen LRT sambil menjenguk-jenguk orang yg lalu lalang. Mata bertemu mata, aku hanya mempu memalingkan muka. Malu wei sebab sama-sama mencangkung di bawah tangga stesen LRT. Tu lah, lain kali jgn derhaka bila orang suruh mkn ubat....jadilah perjalanan kami sebagai "mencuba-cuba menaiki LRT"...
******************************
HO HO HO...HEPI BIRTHDAY AHFAZ...!!!!
Friday, September 22, 2006
Seksi...
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama, Rahimin Bani, berkata pihaknya mengesahkan wanita itu adalah seorang artis tempatan selepas dia hadir ke pejabat Jaim, di sini, semalam.
Katanya, dia hadir kira-kira jam 4.15 petang semalam untuk diambil keterangan.
“Berdasarkan keterangan diberikanya, dia menyanyi bersama sebuah kumpulan muzik di pusat hiburan berkenaan secara kontrak selama enam bulan sejak Mac lalu.
“Dia mendakwa tidak mengetahui memakai skirt serta baju berlengan pendek itu dikategorikan sebagai berpakaian menjolok mata.
“Dia mempersoalkan mengapa dia ditahan sedangkan sebelum ini dia pernah membuat persembahan di pusat hiburan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru,” katanya.
Petikan nih di cut paste kan dari akhbar Harian Metro hr nih. Gamaknya, macam mana yg dikatakan menjolok mata oleh diorg nih ek? Selagi tak tersembul mata org yg memandang, selagi tuh masih dikatakan sopan kot..Hmm..teringat kes di tahun lewat 90-an, di mana mulanya wanita melayu tidak dibenarkan menyertai pertandingan ratu cantik. Ramai pulak yg mempertikaikan tindakan Jabatan Agama Islam kerana menahan peserta Melayu pertandingan ratu cantik. Malah ada pulak yg mempersoalkan kenapa orang Melayu tidak dibenarkan menyertai pertandingan tersebut....Sedih..Amat-amat menyedihkan..
Allah Swt. berfirman:
Katakanlah kepada para wanita Mukmin, "Hendaklah mereka menahan pandangannya, memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa tampak padanya." (QS an-Nur [24]: 31).
Thursday, September 21, 2006
Maafkan aku teman....
Maafkan aku sekiranya aku pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati kalian....
Saturday, August 26, 2006
Salam Merdeka....
Salam sejahtera, Salam merdeka buat semua. Salam bulan kemerdekaan. Merdeka!! Merdeka!! Sumer skang nih pasal merdeka..senamrobik merdeka..kembara merdeka..ambang merdeka..sumer-sumer merdeka..Apakah itu merdeka? ceewaahh..dah macam cikgu tny kat anak-anak murid plak..yer la, semerdeka manakah merdeka kita nih? Kalo dilihat pada fizikal, pada lahiriah...memang kita merdeka...tapi kalau dilihat dgn lebih mendalam, kita belum merdeka..kita masih dijajah..dari segi pemikiran..dari segi minda..dari segi budaya hidup..dari segi pegangan...takder la, bukan sesuka hati nak dok membebel. Semalam aku tgk satu siaran kat Channel 9, kira masuk minggu nih minggu ke-2 aku tgk siaran tuh. Tajuknya Sahabat kot..tuk 2 minggu tuh, isunya tentang remaja rosak akhlak nih. Semalam tentang student2 IPTA yg buat "kerja partime" nih...student tuh siap cerita tanpa ada sebarang intonasi kekesalan atau takut tentang kerja dia tuh..last week tentang seorang remaja yg berhenti sekolah seawal usia 16 tahun, lari dr rumah dan kerja sbg GRO...sekarang mengandung, dan dengan bangga bgtau bahawa itu adalah kandungan yg ke-2. Sumua nih anak Melayu kita. Aku pelik, diorg tak pernah ker memikirkan tentang masa depan sendiri, memikirkan tentang ibu bapa mereka, memikirkan tentang keluarga mereka dan paling penting memikirkan tentang balasan ALLAH pada setiap dosa dan noda yg telah kita lakukan? Tidakkah mereka2 ini mempunyai perasaan? Inikah yg kita dengan bangga menggelar anak-anak merdeka? Apa dah jadi dengan segala ilmu agama yg telah diajarkan kepada mereka sejak dari bangku sekolah lg? Sesungguhnya kita mmg belum merdeka...Penjajah telah keluar meninggalkan Tanah Melayu, tetapi mereka juga meninggalkan budaya, cara hidup, pemikiran mereka di sini sebagai tanda cenderamata meraka...lemahnya kita..
SALAM MERDEKA BUAT SEMUA!!!
Monday, August 14, 2006
SaBaR......
ke tanah dawas bergelimpangan tulang
kau perlukan air hujan
sedang terik membakar ..
begitu hidup dalam berjuang
mencari harta benda miliki di tangan orang
janganlah putus asa cari rezeki kita
setitik air di hujung jarum
jadi rezeki seluruh umat ..
diberikan kita sama rata semua
hanya yang tamak mendapat untung laba
jangan jemu berusaha
semangat menjadi lamina
bermusuh jgn sekali
sahabat harta peribadi
selaut kasih di alam
kekal jadi kurnia
balasan sabar....
p/s: terima kasih akhie...
Tuesday, August 08, 2006
28 vs 40..
Hari yang indah dan penuh ketenangan (bos gi obersi for 2 weeks..ehehehe). Sebenarnya hari nih aku kehilangan kata-kata tuk ditaipkan ke dalam blogs nih..tak tahu lah kenapa..ok la, hari nih entry aku berkisar tentang angka 28 dan 40 sahaja. Bukan aku tak berminat tuk membicarakan tentang isu-isu semasa sekarang nih..apatah lg tentang penderitaan rakyat Lebanon dan Palestin..cumanya, usahkan untuk membicarakan tentangnya..melihat kepada berita2 di akhbar dan TV sudah cukup untuk membuatkan aku mengeluarkan bahasa-bahasa yg kurang sopan. Di dalam hati aku cukup penuh dengan perasaan benci, marah yang membuak2 pada sikap golongan mereka yang menggelarkan diri sebagai penegak kebenaran, pelindung hak asasi manusia, manusia yang terpilih. Aku cukup benci kepada mereka..sehinggakan padaku mereka tidak layak untuk dimaafkan... Semoga ALLAH memberikan kemenangan kepada Umat Islam dan hancurkanlah mereka yg berpaling dariMU. Biarlah mereka hilang bersama-sama dengan perasaan bongkak dan zalim mereka itu. Amiin ya Rabb..
erk..ok..back to 28 n 40 nih...sebenarnya pada tarikh ini, hari ini aku nak ucapkan Selamat Hari Lahir yang ke 28 buat tunangku yang tersayang..genap 28 tahun dia hidup di bumi ALLAH ini..so, hari nih awak dah jd lebih tua dari saya lah yer...ehehe..meh la aku ceritakan macam mana aku leh kenal dengan dia hingga sampai ke tahap ini. Sesungguhnya sekarang nih org selalu kata, dunia sudah tiada batasan. Bila-bila masa, di mana-mana aja kita boleh mengenali insan-insan lain..melihat dunia-dunia lain dengan hanya 1 butang..yer la, dengan kemodenan dari segi telekomunikasi kita boleh berinteraksi dengan sesiapa saja. Laman-laman sarang lelabah membolehkan kita mengenali negara org lain..eh, apa aku citer nih? ok la..aku kenal tunang aku nih melalui cyber akceli. Perkenalan dari laman forum TelagaBiru Fan pada akhir tahun 2004. Memula aku kenal dier, takder la aku berminat sgt nak amik tahu tentang dier. Lagipun, dier nih dalam forum tuh ramai sgt budak pompuan yg ambil berat..masa bulan puasa 2004 aku dgn dier start berchatting. Tp, sekadar chatting biasa jer la..tak melibatkan sebarang perasaan. Kali pertama kitorg jumper masa bulan Disember 2004. Masa tuh aku temankan anim cr cincin tunang, dan dier dtg bawak adik angkat dier (temankan cr kain nak buat baju katanya). Kitorg jumper sekejap jer..takder pergi mkn, takder kenal2kan diri sgt, takder duduk2 berborak..sekadar jumper nak tgk bagaimana orgnya saja. Lepas tuh terus-terusan berhubung. Bulan Januari 2005 baru aku pertimbangkan tuk terima dia, bulan Ogos keluarga dia dtg merisik, bulan November kitorg bertunang. Tak sampai setahun pun kan? Satu yang meyakinkan aku tentang dia adalah sikap kesungguhan dia dalam menjalinkan perhubungan ini. Yer la, sebaik saja aku terima dia, terus dia buat plan tuk masuk meminang. Alhamdulillah, hubungan kami tak byk menghadapi rintangan atau halangan. Tidak pada pihak dia..biasanya yg wat masalah dalam hubungan nih disebabkan sikap aku..ehehe..terima kasih awak kerana sanggup bersabar dengan saya nih...ramai yang pelik kenapa aku boleh terima dia sepantas itu sedangkan sebelum-sebelum ini, aku begitu byk berdalih..tapi, mungkin ini yg dikatakan jodoh. Semoga ALLAH permudahkan bagi kami untuk kami gapai impian dan janji yg telah kami bina setahun ini. SELAMAT HARI LAHIR AWAK..semoga ALLAH memurahkan rezeki awak, ALLAH meredhai hidup awak..dan doa saya sentiasa mengiringi perjalanan hidup awak..
ok..sekarang masuk pula ke no 40 pulak..Angka 40 nih pulak adalah angka untuk ulangtahun perkahwinan mak dengan abah...40 tahun dah mereka hidup bersama..alhamdulillah. Semoga impian abah untuk membawa emak menunaikan haji akan termakbul. YA ALLAH..berikanlah kesihatan yang baik kepada ibu bapaku, murahkanlah rezeki mereka..dan lapangkanlah dada mereka dari segala kemaslahatan dunia..YA ALLAH..sesungguhnya tidak terbalas segala kasih sayang yang telah mereka curahkan kepada ku dan adik beradikku, maka YA ALLAH, KAU kasihanilah ibu bapaku sebagaimana mereka telah mengasihaniku sejak aku dari kecil sehingga dewasa ini. Amiin ya RAbb..kalau kita lihat dari angka 40 nih, bukanlah satu tempoh yang singkat. Satu tempoh yg cukup lama...semoga mak dan abah berkekalan bersama di dunia dan akhirat..Ija sayang mak dan abah...huhuhuhu..sedih la pulak.....
Pada hari nih, tarikh ini..angka 28 dan 40 sungguh memberi makna dalam hidup aku..kerana aku sungguh menyayangi mereka...
Wednesday, August 02, 2006
Birthday ep. 1
Ehehehehe..enty-entry bulan nih nampaknya bakal menjadi entry besday ajer.. sebanyak mana entry birthday yg korang akan nampak, lebih banyak lagi duit yg aku akan kuarkan tuk beli hadiah2..huhuhuhu..nampak gayanya, aku dan dompetku akan menjadi kurus diakibatkan oleh diet melampau...isk, org kata kalo nak bagi tak elok ungkit2 kan? ok..ok..ikhlas la...

First bithday entry nih adalah untuk adik aku, siti. Bukan siti nurhaliza, bukan jugak siti sarah..tp siti nazariah..hr nih masuk umur dier 20 tahun. Besar dah walaupun takleh mengundi lg..ehehe..besar umur, besar badan..biarla besar jugak cita2 eh adik? Selamat hari lahir yg ke 20. Semoga diredhai ALLAH selalu dan menjadi anak yg solehah dan muslimah yg berjaya. Adik aku nih skang nih tgh study kat UIA gombak..bakal dicampakkan ke Kuantan pulak..ehehe..abih la, takleh dah nak balik2 rumah selalu. Adik aku nih, perangai dier pelik sikit. Orangnya agak degil, kalo bab bergaya, nombor satu, bab makan pun nombor satu..tapi bab masak, nombor last..pebret dier sushi..pantang nampak sushi, sengeh2 dier...ahahahaha..dik, asik akak jer yg bg mkn kek..apa kata tahun ni ko sponsor sendirik...kuang kuang kuang...anyway, akak sentiasa doakan yg terbaik buat ko. Akak nak tgk ko berjaya..akak nak tgk ko gembira..walau apa pun yang terjadi, bare in mind yg kitorg semua sayang kat ko...ambil lah teguran2 kitorg sebagai nasihat yg berguna dan jdkan sebagai panduan. Senangilah hati emak dan abah, kerana mereka sentiasa ingin melihat hidup ko senang jugak. Semoga peningkatan umur ko selari dengan kematangan diri ko. Jaga diri bebaik..jaga akhlak kita sebagai muslimah.. Happy Birthday to u my sis.....
Thursday, July 27, 2006
erm........
alahai..bersawang dah blog aku nih..sebulan tak berjenguk..takder apa nak diceritakan..sebab segala2 dalam hidup aku adalah biasa..kerja aku berjalan seperti biasa..my love life story aku pun macam biasa...hidup aku bergerak seperti biasa...semuanya adalah biasa..tiada yg luar biasa melainkan yg biasa...ehehehe..
owh...awal bulan hari tuh, kakak aku bertunang..alhamdulillah..seriously, sekarang aku rasa bersyukur sangat dan kerisauan aku pun dah berkurangan..sebelum-sebelum ini, aku asyik memikirkan tentang kakak aku jika aku berkahwin nnt..yer la..selama nih, mmg kami rapat..tak dpt aku bayangkan betapa dia akan rasa bosan bila adik2 dia dah berkahwin...perasaan aku jadi serba salah..aku selalu berdoa agar kakak aku dipertemukan dengan insan yg baik sebelum aku melangkah ke alam rumah tangga..Alhamdulillah, termakbul gak..ehehe..bukan ngan org lain..kawan cyber aku sendiri bakal menjadi abang ipar aku..kak alin..moga awak berbahagia ngan pakcik tuh ek? Tapi tuh la, menyiapkan persiapan pertunangan kakak aku tuh memang memenatkan..mana taknya, pakcik tuh bgtau nak bertunang 2 minggu sebelum tarikh pertunangan..memang lepas majlis tuh, satu famili sakit2 badan...nih yg org katakan bertunang ala cowboy..insyaallah, jika tak ada aral melintang, pertengahan thn depan majlis diorg plak..mak mesti rasa seronok sangat, sebab sekali tiga-tiga anak perempuan dia akan berkeluarga...tulah rejeki namanya..kan? kan?
Yang seronoknya, mungkin secara kebetulan jer, bila aku, kakak aku ngan anim kawen nnt secara automatik kami akan menjadi mak ngah...tiga-tiga kami nih dapat bakal suami anak ke dua..what a coincidence..dah la tarikh bertunang pun selang beberapa bulan bagi setiap org..kawen pun selang beberapa bulan jer..isk..isk...tetiba plak rasa terharu..ya ALLAH, moga hati kami adik beradik sentiasa bersatu..dan moga kasih sayang kami semakin utuh biarpun jarak dan masa memisahkan kami..alaaa..sedih la plak bila dipikirkan yg nnt diorg dok jauh2..
hmmm..dengan tempoh masa yg tinggal hanya beberapa bulan jer, aku skang nih kena bijak berbelanja (silap-silap mmg tak belanja langsung..huhuhu)..yer la, byk pulak modal nak buat persiapan majlis nih..tgh berusaha sedaya mampu untuk membeli barang-barang berkualiti dengan harga murah..ehehehe...ada ker eh? ada kot..skang nih kan mega sales..mmg sakan ler hujung2 minggu aku shopping...asal nampak banner2 ngan iklan2 mega sales, rasanya mata aku jd bersinar2..ehehe...kalo dah perempuan tuh, perempuan gakkan? ya ALLAH, tabahkan hatiku dan jauhkan diriku dari godaan-godaan mega sales nih..amiin..
p/s: huhuhuhu..saper2 yg masih tak berpuas hati dengan perkahwinan ct dan dato' k tuh, udah2 la mengutuk..takder pekdahnya..dah jodoh diorg..marah dengan perkawinan diorg sama dengan marah ngan ketetapan yg ALLAH telah tentukan...so, bewareeeee (uh..apa kena mengena nih? )
Saturday, June 24, 2006
Tuesday, June 13, 2006
Melangkah Ke Gerbang Perkahwinan
KENAL
Kita disuruh kenal/ta'ruf pasangan terlebih dahulu bukanlah dalam istilah luaran @ fizikal semata-mata. Erti kenal termasuk hati budi dan pegangan hidupnya. Untuk kenal orangnya, hati budinya, pergilah disuruh dan dicari orang yang boleh dipercayai agamanya merisik corak hidupnya dan perangainya. Terdapat kisah seorang sahabat Nabi, Omar r.a. di mana beliau bertanya kepada seorang lelaki apabila melantik seorang saksi.
"Apakah kamu kenal lelaki ini?" tanya Omar
"Ya, saya kenal," jawab lelaki tersebut.
Omar bertanya lagi... "Pernahkah kamu berjalan dengan saksi ini dalam musafir?" Lelaki itu menjawab tidak pernah, Omar bertanya lagi "Pernahkah kamu bermu'amalah supaya kamu tahu setakat mana waraknya dia? Pernahkah kamu menjadi jirannya supaya kamu tahu ke mana perginya dan setakat mana pergaulan, siapa keluarga dan kawan-kawannya"
Itulah yang di namakan takruf sebenarnya dalam Islam supaya kita dapat tahu apakah pasangan itu sesuai dengan kita atau sebaliknya. Risik merisik latarbelakang pasangan perlu dibuat untuk mengetahui sejauh manakah pergaulan dan kewarakannya. Pada dasarnya, kita boleh kenal melalui dari corak kelakuan sahabat-sahabat yang akrab dengannya. Adalah berdosa besar jika antara kedua-dua belah pihak BERBOHONG. Apabila sudah saling mengenali, TOLAK-ANSUR dapat dibuat dalam apa juga perkara.
KELAS
Kita kenal tetapi kita kena bersifat pemilih supaya terjamin akhlak dan agamanya. Kelas yang dimaksudkan bukan hanya merujuk kepada golongan yang berkelulusan agama, berjanggut dan berserban sahaja. Kelas yang baik adalah golongan yang mengamalkan ajaran agama kerana golongan ini akan menghormati pertalian perkahwinan. Mereka yang ada kefahaman dan penghayatan Islam akan memegang perkara asas dalam Islam, sentiasa 'alert', sanggup MENERIMA TEGURAN dan MEMBERI TEGURAN dan saling bersifat 'MEMBINA' untuk menjaga akhlak dalam Islam.
KUFU
Kufu amat diberatkan, dari segi pendirian, pemahaman agama dan keturunan juga perlu diseimbang. Jika terdapat keturunan golongan atasan, wajar dia mencari keturunan yang sama supaya tidak wujud jurang yang dalam. Begitu juga daripada segi harta , ulama yang bernama Mawardi menjelaskan ia perlu di titikberatkan kerana seseorang yang datang dari keluarga miskin, susah untuk seiring dengan keturunan kaya. Bahkan ulama yang ke belakang ini juga mementingkan tahap umur. Memang betul, soal jarak umur diantara Rasulullah 25 dan Siti Khadijah 40 tidak wujud kerana Rasulullah , Siti Khadijah dan Aisyah mempunyai akhlak yang sempurna. Dan tidak seperti kita yang serba cetek. Malah rupa dan fizikal wanita yang cepat rosak boleh diselaraskan kesesuaian dengan suaminya bila sudah lama berumahtangga.
KASIH
Kasih bukan bermakna berkasih atau bercinta tetapi yang sebenarnya yang ditekankan ialah di antara kedua-dua belah pihak lelaki dan wanita itu perlu wujud unsur-unsur kasih sebelum berkahwin.
Merujuk kepada sebuah hadis:- "Tidak ada yang lebih baik bagi kedua pasangan yang berkasih ini melainkan mengakhirinya dengan perkahwinan" Andaikata lelaki itu berkenan kepada seorang wanita, perlulah lihat wanita itu tersebut tetapi mengikut syariat Islam.
Rasulullah memberitahu:- "Pergi lihat dahulu wanita itu, kalau kalau dengan melihat itu boleh menjamin kasih sayang di antara kamu" Kalau kawan tolong canang kata begitu dan begini amat susah juga..
Sememangnya terdapat " Orang orang yang benar-benar redha dengan pasangan yang di tentukan oleh Allah tetapi pokok pangkal banyak terletak pada HATI kaum lelaki" Kalau tak berkenan, jangan di paksa paksa hati sebab ia bukan satu permainan pondok pondok. Kasih yang dipupuk biarlah kerana Allah kerana ia menjamin kebahagian rumahtangga.
Hadis Nabi ada menyatakan:- "Barangsiapa yang berkawin dengan wanita kerana KEDUDUKAN ia hanya mendapat kehancuran sebagai balasan, Barangsiapa yang berkawin dengan wanita kerana KEKAYAAN, Allah menjanjikan kemiskinan. Barangsiapa yang menikahi kerana KETURUNAN, Allah akan menghina keturunannya dan Barang siapa yang berkawin dengan NIAT BAIK dan kerana ALLAH demi menutup pandangan dan kemaluannya atau menyambung silahturrahim, Allah akan memberkati kedua duanya."
Keberkatan memang dititik beratkan. Apabila nawaitu/niat kita dipasakkan dengan betul. InsyaAllah perkahwinan akan diberkati dan dilindungi. Setiap gerak geri dan tindak tanduk mendapat pengawasan dan hidayah daripada Allah dan tidak timbul perselisihan faham.
REDHA
Redha terhadap pasangan masing masing adalah penting. Rasulullah sering bertanya, Apakah kamu redha dengan pasangan ini? Kita berkahwin dengan manusia yang mempunyai unsur unsur kebaikan dan keburukan. Tidak ada manusia yang sempurna dan apabila kita REDHA dengan pasangan bermakna kita redha dengan KEKURANGAN mereka. "Apa yang dikatakan baik bukan sekadar mengikut telunjuk isteri @ suami. Baik yang di maksudkan sanggup mengaku kekurangan diri dan mencari jalan mengatasinya"
Istilah kufu banyak di tekankan dalam Surah AnNur :ayat 26:- "Seorang lelaki yang tidak baik itu sesuai dengan wanita yang tidak baik dan seorang lelaki yang baik itu adalah untuk wanita yang baik" Istilah kufu sangat di tekankan kerana jika isteri dianggap kelas kedua, segala teguran daripada pasangan tidak boleh diterima. Jika isteri mempunyai jawatan dan pangkat besar serta tidak ada kufu, dia tidak dapat menerima kepimpinan daripada suami. Tetapi kalau ada persamaan pendirian, sikap tolak ansur dapat diwujudkan. Sebaliknya perbezaan pendapat boleh menyebabkan hubungan semakin renggang. Misalnya seorang suami yang rapuh pegangan agama tidak mahu memantapkannya selepas berkahwin, Sikap kurang mahu ini akan menjadi tolak bengit sekiranya pula si isteri sememangnya seorang yang suka menghayati Islam dan cuba memantapkannya dari masa ke semasa ...
Begitu juga sebaliknya masalah berlaku Kata sebahagian lelaki, dah dapat perempuan yang berkenan di hati nanti "AKU UBAHLAH PERANGAINYA". Tetapi anda perlu ingat, bukan semua perempuan mempunyai hati yang lembut dan mudah di bentuk. Keimanan dan kekuatan sikap merealisasikan Islam perlu ada pada lelaki. Perempuan yang beriman mesti mencari lelaki yang lebih kuat imannya daripadanya kerana lelakilah yang menjadi ketua keluarga... .
p/s: perkahwinan bukan untuk sehari..sekiranya boleh, biarlah kekal dunia akhirat...Selamat Pengantin Baru dan Selamat Berbahagia buat semua yg baru melangkah ke alam rumah tangga..kepada yg bakal, semoga diberikan kesabaran dan ketenangan dalam mengharungi hari2 yg bakal menjelang...
Friday, June 09, 2006
Tribute to ABAH......
Sumer orang ada abah..tak kisah apa pun bangsa, apa pun keturunan..sumer ada abah...yang aku tau tak ada ayah hanyalah Nabi Isa a.s dan Nabi Adam a.s ....tahun nih, pada tarikh semalam (7.6) genap umur abah 65 tahun..65 tahun di muka bumi ALLAH ini.. meh nak citer pasal abah plak..abah dulu kejernya polis...jd, biler org sebut polis jer secara automatik orang akan kata garang..yup..abah memang garang..memang tegas ngan anak-anak dier...tp, itu dulu la..skang nih dah tak garang dah..mungkin sebab anak-anak dier pun dah besar..dier pun dah semakin dimamah usia..tak larat dah nak marah-marah..masa kecik-kecik dulu, aku cukup takut ngan abah...sekali abah bersuara..menikus jer kitorg...kalo ngan anak2 lelaki dier, takder saper yg tak pernah kena penangan ngan abah tuh (saku satu-satunya anak pompuan yg pernah kena tangan ngan abah)..tp, dalam garang-garang abah tuh..dier sebenarnya lembut hati..mak pernah citer, pas dier tangankan abang aku masa kecik-kecik dulu, pastu dier mengalir air mata..yer la, tgk anak dier sakit2 kena ngan die maunya tak pedih hati....abah cukup menitik beratkan pelajaran anak-anak dier...mmg dier akan pastikan kami dpt pendidikan yang secukupnya..dier sanggup bersusah payah untuk memastikan kami dpt pergi setinggi yang boleh..alhamdulillah, kami semua berjaya..berjaya dalam bidang masing-masing..yer la, dier sendiri susah nak dptkan pendidikan masa kecik-kecik dulu sebab dier anak yatim piatu..aku dpt tgk kepuasan pada diri abah biler setiap kali menghadiri majlis konvokesyen anak-anak dier...kebanyakan dr kami mewarisi sikap2 abah..abah pandai melukis, kami pun pandai melukis (walaupun org lidi)..abah aktif sukan, kebanyakan anak2 abah aktif sukan gak (termasuk aku)..tulisan abah cantik, yang nih satu pun takder ikut (ehehehe)..abah mmg pengemas, sorang jer yang ngikut bab nih (yg lain sumer selekeh)....byk la lagi...walaupun abah garang, abah tegas, kami tetap sayangkan abah..sebab abah adalah abah kami...Selamat Hari Lahir abah...setiap kesedihan yang abah tempuhi zaman dulu, harapnya telah tertebus di zaman sekarang..kasih sayang abah sungguh suci pada kami...semoga impian abah akan dimakbulkan ALLAH...amiinn...
Saturday, June 03, 2006
Hepi Besday Again..
Today's entry i make it specially dedicated to my sister, kak alin..satu-satunya kakak yg aku ada..sebab hari nih adalah hari lahir dier..dah 29 tahun dah dier kat muka bumi nih.. inilah kakak yang paling best yg aku ada (by the way, aku takder pilihan kakak lain..ehehehe)..yer la...sebab aku dok kat umah dier free...pastu naik keter dier free..ehehe..aper lg free eh? oo..kemudahan kat umah pun free..eheheh..air free, letrik free, tepon free..sumer2 free..thanks kak alin...dengan dier la aku selalu ceritakan masalah..dier jugak la kekadang jd mangsa debikan aku (biler dier wat lawak2 ganas)..kak alin nih kakak yg bertanggungjawab memandangkan dier anak yg sulong..dier tak byk ckp, tapi bukanlah pendiam sgt...boleh la dibawak berbual..aku tahu, skang nih merupakan detik2 bahagia buat dirinya..dan aku mengharapkan detik2 itu berpanjangan, dunia dan akhirat...aku mmg sentiasa mengharapkan dier berbahagia, as she deserves all the best in everything...kak alin, SELAMAT HARI JADI buat awak...semoga ALLAH merahmati diri kak alin selalu, dan semoga tercapai segala apa yg kak alin impikan..dan, semoga cepat2 kawen eh?? ehehehehehe *wink*
Friday, June 02, 2006
Janji Bahagia?
hmm...lama dah aku tak update blog aku nih yg dah nak bersawang pun..aku tak tau apa nak ceritakan..lgpun, suasana disekeliling ku berjalan seperti biasa..tak ada apa yg istimewa dpt aku coretkan kat sini..tuh yg aku biarkan aja blog nih..sebenarnya, aku nak ceritakan apa yg aku perbualkan dengan seorang kawan cyberku..aku pun dah lama tak berbual dengannya..dier pun dah lama tam chat dgnku di YM..mungkin disebabkan dier pun sibuk dengan urusan untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat ini..sebelum ini dier pernah kecewa..kalau dilihat dr mata kasar, memang keadaannya amat teruk seolah-olah ujian kasih tak kesampaian ini merupakan satu ujian yg amat besar yang diturunkan ALLAH..perpisahan itu memberikan impak yg besar pada dirinya dan juga pasangannya..setiap kata-kata yg diluahkannya menunjukkan betapa hancur hatinya..aahh..aku bukan hendak bercerita tentang kisah cinta kawan ku ini..tidak sama sekali...cumanya ingin ceritakan rasa pelik aku dalam perbualan kami...sekarang dia bakal bergelar SUAMI kepada pasangan lamanya itu (panjang sungguh jodoh mereka..)
aku: hrp2, andai ALLAH turunkan lg ujian..jgn lah sampai lupa tujuan ALLAH menciptakan manusia nih yer
Dier: kata la nak kata apa pun..janji bahagia
janji bahagia? diriku atau dirinya?
Thursday, May 11, 2006
hip hip hurray....
Hijjaz (Manan Ngah / Pahrol Md Juoi)
Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitulah aturan Tuhan
Jadilah rumput nan lemah lembut
tak luruh dipukul ribut
Bagai karang didasar lautan
Tak terusik dilanda badai
Dalam sukar...
hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang...
awasi kealpaanmu
Setitis derita melanda
Segunung KurniaanNya
Usah mengaharapkan kesenangan
Dalam perjuangan perlu pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan
Dalam diam... taburkanlah baktimu
Dalam tenang... buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
Dalam jiwamu itu
Di dalam jiwamu itu
Kenapa aku letak lirik lagu ni? sebab aku gembira...kenapa aku gembira? sebab ada perkara yg membuatkan aku gembira..perkara yg menjadi salah satu dari impian aku..tapi, apa kena mengena dengan lagu nih kan? ada jer kena mengena..sebab aku tak tahu, sampai bila kegembiraan aku ini akan berpanjangan..pastinya ada kemungkinan untuk impian berkecai di tengah jalan...harap ku, kegembiraan ini berterusan..andai impian itu tercapai... *wink* tak dapat lg cari perkaitan? eheheh..biarlah..hanya Tuhan yang tahu.. *grin*

