Tuesday, March 23, 2010

Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa

Minggu lepas ada Pesta Belon Udara Antarabangsa di Putrajaya. Tahun lepas kami tak sempat nak tengok belon-belon tersebut so tahun nih nekad. Kebetulan masa hari pertama memang ambil cuti sebab Zahirah ada appointment di HKL. Seawal pagi kami dah terpacak anak beranak di tapak pesta. Itupun masa sampai dah banyak belon yang naik. Second day kami pergi petang lepas balik kerja. Stand by betul2 di tepi padang tapak belon udara. Tapi tak juga sempat tengok belon Darth Vader berlepas. Zakwan dah meragam makanya terpaksa berangkat balik. Third day, memang awal kami sampai. Lepak di seberang tapak belon udara tu, di bawah khemah makan. Kali nih dapat tengok semua belon berlepas. Baru puas hati. Tapinya, kenapa belon udara seluar jeans levi's tak naik-naik yer? (ada juga yang tak puas hati tu). So, layan jer la gambar-gambar ni yer..







Along yang dah meragam...


Kisah adik

Lama dah rasanya aku tak ceritakan pekembangan adik di sini. Sekarang adik dah berumur 10 bulan. Minggu lepas adik ada appointment untuk cara kerja. Makanya sebelum pukul 2.00 petang kami dah sampai ke HKL. Pukul 2.00 je terus Dr. Intan panggil masuk. Memandangkan ini perjumpaan yang pertama kali makanya segala latar belakang ditanya. Sambil tu adik dibiarkan main permainan yang ada di bilik itu. Aku awal-awal dah bagitahu yang adik dah boleh duduk, dah merangkak dan memanjat. Kemudian Dr tanya kenapa adik kena buat cara kerja ni? Aku katalah sebab ukur lilit kepala adik sedikit kecil. Melihat kepada kelincahan adik, Dr kata tak ada yang perlu dirisaukan. Katanya adik normal macam bayi-bayi lain malah ada antara perkembangan adik itu agak advance dari umurnya. Lagi 2 bulan baru jumpa balik untuk buat pemantauan. Bila aku cerita pada kak Alin, terus dia gelak. Kata kak Alin, silap-silap masa second appointment tu adik akan discharged. Tak payah jumpa lagi dah memandangkan perkembangannya yang sungguh memberangsangkan. Sememangnya adik sekarang makin lasak. Adik dah boleh merangkak tapi biasanya merangkak dalam 4-5 tapak lepas tu menyusur ala-ala askar. Kalau lepas di lantai memang adik akan memanjat. Along selalu jadi mangsanya selain dari walid yang berbaring atau ummi yang sedang duduk. Mengutip benda tu dah jadi hobi. Kalau lepas pandang, ada la yang masuk dalam mulut comel dia. Mulut adik pun semakin bising. Membebel dan menyembur. Adik dah pandai menepuk tangan dan melambai bila disebut babai @ tata. Kalau duduk dalam walker, mesti adik akan kejar Along. Adik pun dah pandai minum menggunakan cawan (bukan dia yang pegang ye). Jika dilihat pada keletah-keletah adik, memang tak jangka yang adik pernah mengalami pendarahan otak. Adik memang kuat dan hebat.



Kisah Along

Along sekarang ni merupakan mangsa bulian adik. Hehehe..kadang kadang kesian tengoknya bila Along menjerit-jerit sebut "Adik, namau aaa..", "Adik, tepi aa....". Ada masanya sampai menangis si Along. Adik peduli apa, janji dia dapat pegang apa yang Along pegang. Hehehe..Pada usia Along 2 tahun 4 bulan ni, dia dah lancar membaca doa makan walaupun pelat-pelat. Sekarang dah mula nak menghafal Al-Fatihah. Geli hati mendengar bacaan Along yang masih pelat. Along dah hafal A-Z, tapi belum kenal lagi mana satu A, B, C dsb. Along pun dah boleh kira 1-10. Ada masanya sampai ke belas. Tapi yang belas kiraannya berterabur la. Along suka betul menyanyi. Bila menyanyi siap pegang pen sebagai mic dan melompat2 menari. Ada sekali tu, balik dari nursery Along menyanyi lagu Alif Satar "pish pish pish..adik nangan natal". Itu je diulangnya. Bila tanya Teacher, katanya ada seorang budak di nursery yang suka menyanyi lagu tuh. Sekarang nih habis budak-budak di nursery menyanyi lagu yang sama. Along juga suka berkompang. Itu belum dengan silat tangan pusing-pusing. Siap salam ala-ala silat pengantin.

Lama dah tak layan tag...

Tag By Wan : All In Ten

1- Siapakah Diri Anda Di Rumah ?

Masih lagi seorang wanita yang bernama Nurul Azliza bt. Mohd Noh, bini kepada seorang suami dan ummi kepada 2 anak. Errr..nih kat umah sendirik jer kan? kat umah mertua ngan umah emak tak kira kan?

2) Siapakah diri anda di samping rakan

Seorang rakan ler..dah disamping rakan kan? kan? tapi kalo nak yg syok sendirik, saya adalah seorang yang kelakar (hahaha), pendengar yang baik (walaupun ada masanya tak baper nak dengar), seorang yang sabar (hahaha lagi) dan byk lagi lah yg bebaik. Kalau nak tau kebenarannya, sila tanya rakan-rakan saya.

3) 5 benda yang anda idamkan tapi masih belum tercapai

i. mengerjakan haji bersama suami terchenta
ii. Duit berkepuk dalam akaun sendirik
iii. Keter besar
iv. Rumah dengan laman yang besar
v. Menyetelkan hutang piutang

4) Siapakah Nama Pasangan Anda

Zaiful Ezwan @ Ipun @ Epul

5) Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda

a) Sebab dia suami saya
b) Sebab dia yang basuh kain, sidai kain, lipat kain (tuh pun kadang2 ngelat)
c) Sebab dia boleh membuat kerja2 rumah yang lain
d) Sebab masa saya berpantang dulu, dia pernah masakkan utk saya
e) Sebab dia sebenarnya seorang yang lembut hati...

(p/s: En. Ipun, sila belanja saya selepas anda membaca semua di atas yer)

6) Tarikh anda couple ?

17 Januari 2005 (seawal subuh saya memberikan jawapan..ehehe)


7) Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda

errr..errr..macam tak ada jer yang betul2 pahit...

8) Lagu tema cinta anda?

Saya lebih sukakan lagu Allahyarham Sudirman - Bila wajahmu kubayangkan

9) Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda

Memandangkan saya adalah seorang isteri yang mithali (ayat tak hengat) makanya saya terima segalanya..eheheh..

10) Tag 10 rakan

Alamak..saper yer? Ramai mana sgt yang dah kawen nih? aisy...
1. izza
2. Adeq Anjer
3. Tulip
4. kak pnut
5. Yol
6. Achu
7. Atun
8. Wanie
9. Ct
10. Saper2 jer yang berminat..abish citer..


Sekian, terima kasih..huhuhu

Friday, March 05, 2010

Tak patut...

Haisy..tak tahulah kenapa mesti sampai sebegini? Ada semangat baru memang menggembirakan, ada semangat baru yang sungguh menyusahkan. Ada ke patut sampai pendapatan isi rumah sebulan pun nak tahu. Lain la kalau memang atas tujuan banci atau penyiasatan, tapi ini sekadar nak tahu untuk pengetahuan sendiri. Kenal pun baru sebulan, bukan rapat pun. Dah lah tu, dengan bangga pulak cerita yang dah 3 TAHUN ahli keluarga beliau tidak merasa masakan dari air tangan beliau. Mak aih, sibuk sungguh tu sampai tak sempat nak masak untuk suami dan anak-anak. Siap mengaku yang air untuk minum pun suami beli di luar. Geleng kepala aku bila mendengar. Lepas tu, mengharapkan agar kami-kami mengikut semangat mementingkan kerjaya seperti beliau. Minta maaf lah ye. Bukan kami-kami tidak mahu meningkatkan prestasi dan kemajuan kerjaya kami cumanya kami-kami semua adalah manusia yang mengutamakan keluarga. Idak la aku nak sampai laki dan anak-anak aku terpaksa makan kat luar. Baik tak payah ada isteri kalau nak macam tu. Huhuhu...Tapi apa yang pastinya, kehadiran beliau telah memberikan tekanan yang berat kepada kami-kami semua. Semua nak cepat, semua nak ubah. Sebarang alasan tidak diterima. Jangankan alasan, penjelasan dan buah fikiran pun tidak diterima. Sungguh diktator kan? Semua mengeluh tapi dalam masa yang sama beliau beruntung kerana semua kami-kami ini mendoakan agar kerjaya beliau lebih cepat berkembang. Baik kan kami?

Thursday, February 04, 2010

Banci Penduduk dan Perumahan - 143 hari lagi

Ok, start dari hari ini aku akan mempromosikan Banci Penduduk yang akan bermula sekitar bulan Julai 2010 ini. :D

Semalam adik ada appointment dengan pakar kanak-kanak HKL. Dr yang check bukan dari SCAN team. Anyway, keputusannya tak begitu menyenangkan hati aku. Pada usia 9 bulan, berat adik adalah 7.1 kg (ya..agak ringan) dan tinggi adalah 68 cm. Itu tidak merisaukan aku sebab 3 minggu lepas adik warded sebab diarrhea yang mana beratnya banyak turun pada masa itu. Yang agak merunsingkan adalah perkembangan otaknya. 3 kali dr ukur lilitan kepala adik dan keputusannya tetap 41.5 cm. Kata dr ianya agak kecil untuk baby seberat adik. Sepatutnya lilit kepala adik adalah di dalam lingkungan 43 -44 cm. Dari segi perkembangan adik yang lain masih memuaskan. Adik masih belum merangkak walaupun sudah mula mengangkat badan dan mula memanjat. Bulan depan adik akan memulakan fisio untuk lebih merangsang otak adik. Ujian pendengaran akan dijalankan pada bulan 5 nanti memandangkan adik tak pernah menjalaninya sejak keluar dari ward neuro dulu. Hmm..memandangkan fisio akan kerap dijalankan, cadangnya nak minta ditukar ke Putrajaya. Harapnya perkara-perkara ini tidak akan berkekalan. Amiin

Wednesday, January 20, 2010

Why I Love My Mum & My Dad..


I will make this as a tag. Ini akan menyedarkan kita betapa kita patut menghargai org tua kita :D


Write at least 5 reasons why you love your mum and your dad.. (can be more if u have lots to say bout it)


1. Kalau takder emak dan abah, tak adalah aku. Dari benih mereka aku dijadikan oleh ALLAH. Selama 9 bulan emak mengandungkan aku, dengan segala kepayahan pada zaman itu (abah kerja, anak2 ramai, gaji tak seberapa). Walaupun emak pernah bagitau bahawa kehadiran aku bukanlah sesuatu yang dirancang atau dijangka (den anak golek...huwaaaa) but still she took care of me when I was in her womb until I was born.


2. Mereka membesarkan, menyekolahkan, memberikan aku duit belanja, bagi aku makan minum, belikan baju, kasut etc. Walaupun sumber kewangan tidaklah begitu mewah (gaji kecik, adik beradik ramai yg sekolah) tapi alhamdulillah kami tidak pernah kurang makan. Teringat zaman kanak-kanak dulu, bila makan bercatu-catu. Seekor ikan dikerat 2, sebiji telur dikerat 2. Jika emak atau abah beli sate atau buah, mesti dibahagikan sama rata. Tak ada berlebih, tak ada berkurang. Semua dapat merasa. Sampai sekarang emak's cook is always the best (saper yg tak suka masakan emak sendiri kan? :p)


3. Mereka menyayangi kami walaupun tidak pernah ditunjukkan secara perbuatan (memeluk, mencium, memujuk anak-anak). Orang dolu-dolu memang susah nak jumpa yang jenis open nih. Maknanya yang menunjukkan dengan jelas rasa kasih sayang mereka. Mak ngan abah sekarang nih baru nampak ada romantik2 sikit. Ehehe..


4. Mereka mendidik kami sehingga kami berjaya. Abah memang tegas dalam mendidik anak-anak. Rasanya tak ada seorang pun anak lelaki abah yang tak pernah kena penangan abah (anak perempuan aku sorg jer pernah kena..hehehe). Kalau setakat paip getah, tali pinggang tuh rasanya dah lali kulit badan abang-abang aku. Memang kami adik beradik takut sangat dengan abah masa tu. Kalau abah balik kerja jer, masing-masing mencicit cari buku nak baca. Abang Long cerita yang dia pernah buka buku terbalik gara-gara takut dengan abah. Jika abah tidak begitu, tak tahulah macam mana kami sekarang ni.


5. Sekarang bila dah besar, emak menjadi tempat aku berkongsi cerita. Emak pun selalu menjadikan aku tempat meluahkan perasaan. Walaupun aku dah berkahwin tapi rasanya macam rasa tak lengkap jika tidak menelefon emak sekurang-kurangnya seminggu sekali. Kadang-kadang bukan ada cerita apa pun. Paling tidak pun aku cerita tentang anak-anak. Bila dah mempunyai keluarga sendiri baru kita faham apa yang ibu bapa kita rasakan sepanjang membesarkan kita. Kasih sayang, kerisauan, kegembiraan, kesakitan,kesedihan. Mungkin ada masanya kita akan marah, sakit hati, jauh hati atau mungkin membenci apabila kehendak jiwa kita ditegah oleh ibu bapa. Tapi sedarilah, setiap teguran dari mereka adalah demi untuk kebaikan kita. Sayangilah mereka sementara mereka masih ada, kasihi lah mereka sementara mereka masih bernyawa. Pohonlah ampun dan maaf selagi mereka masih bernafas kerana kita tidak tahu bila ALLAH akan menjemput mereka. Huwaaaaa...I really LOVE EMAK & ABAH. Tersangat-sangat.....



so, aku nak tag

1. 2y2u




5. wan


7. izza

8. sue

9. akira

10. yol


p/s: teringat kisah-kisah yang sekarang banyak di media massa yang mana ibu bapa diabaikan oleh anak-anak. Nauzzubillah. Jangan disebabkan oleh kesalahan dan kesilapan mereka yang sedikit menutupi segala jasa mereka pada kita. Redha mereka adalah redha ALLAH... :(

Friday, January 15, 2010

Not a good begining for 2010..

Memulakan tahun baru di Putrajaya. Rumah sendiri akhirnya. Adik dan Along dihantar ke nursery baru. Seminggu di sini adik menunjukkan tanda-tanda tidak begitu sihat. Sebenarnya dah beberapa minggu adik batuk selsema. Kahak memang dah banyak. Kami cuma bagi salbutamol dengan harapan batuk akan berkurangan. Pagi Ahad adik mula muntah-muntah. Dalam fikiran terbayang peristiwa tahun lepas. Kami bergegas ke hospital berdekatan. Terus ke Emergency. Dr cuma bagi nebulizer sebab kahak adik terlalu banyak. Katanya muntah2 adik disebabkan kahak. Kami balik selepas 2 kali ambil nebulizer. Oh, adik sungguh sopan semasa pakai gas tu. Di rumah adik makin kerap muntah disertai dengan cirit birit. Sekali lagi kami ke hospital tapi di tempat lain. Dr mengatakan bahawa it might me food poisening. Adik diberi air garam dan disuruh pulang. Sebelum itu doktor menyarankan agar kami membeli ubat lain di luar. Kami singgah ke KPJ untuk membeli Smecta tapi tak bagi pun pada adik selepas dinasihatkan oleh kak Alin. Sehingga hari Selasa, adik dah tak muntah cuma cirit birit masih berterusan. Adik semakin lemah, badan adik pun dah nampak semakin susut, maka kami ke klinik pula. Seperti yang sebelumnya adik hanya diberi air garam. Tengah malam tu adik berak 2 kali sebelum badannya betul-betul lemah. Aku dah mula menangis. Abang terus ajak ke hospital swasta pula. Kami ke Annur sebelum ke Azzahrah. Terus adik ditahan sebab doktor kata adik kena dimasukkan air. Doktor diagnos adik telah dijangkiti Rotavirus (right me if I spell it wrong). Tak pasti dari mana dapatnya. Anyway, setelah 2 botol air masuk, ambil nebulizer 6 jam sekali adik bertambah segar dan aktif. Alhamdulillah, lega rasanya. Semalam duduk di sana, bayarannya amat tidak boleh tahan. Ehehehe, time-time macam ni baru terasa bagusnya kalau ambil insurans. Tapi oranng kata, duit boleh dicari. Nyawa anak tiada galang ganti :) Terima kasih pada semua yang mendoakan dan menziarah adik. Harapnya selepas ini adik semakin sihat. Amiin..

Tuesday, January 05, 2010

Who? Me? Yes, you!

It was around 12.50 a.m when I heard my phone rang a few times. At first i thought it was from my parent. Maybe an emergency call so I pick it up when it rang for a third times. My laugh burst when I heard my sister in law's voice sang a birthday song while her hubby (my bro) played the harmonica. Aiyo..this kak Ila aa..they asked for a cake and I asked for my pressie. It's fair right? Anyway, I'm 31 today. My hubby wished me this morning. Hoping and praying that I will be a good wife, a good mother and be more matured. Insyaallah. Thanks darling. And Along sang an "ALLAH selamatkan kamu" song with Walid before we sent him to nursery (he cried when he reached his new nursery..nanak..nanak). I love you. Muachh. So for this special day, i want to express my appreciations to:


Emak dan Abah - Terima kasih sebab membesarkan, menyayangi dan mendidik Ija selama ini. Rasanya jika emak dan abah tidak garang semasa mendidik Ija, tak tahulah macam mana Ija sekarang ini. Mungkin tidak seperti ini. Terus terang kata dulu bila kena marah ngan emak dan abah rasa macam sungguh tidak disayangi. Rasa sungguh dibenci. Tapi bila dilihat kembali, baru sedar bahawa setiap kemarahan itu adalah tanda kasih sayang seorang ibu dan ayah kepada anaknya. Ija sayang emak dan abah dunia akhirat. Doakan Ija untuk menjadi ibu yang baik buat anak-anak Ija.

Abang - Terima kasih abang kerana menerima Ija seadanya. Menerima segala kelemahan dan kekurangan Ija. Terima kasih kerana sudi menyayangi Ija. Terima kasih kerana sabar mendidik dan membimbing Ija untuk menjadi isteri dan ibu mithali. Ija tahu selama 3 tahun kita melayari alam rumah tangga ini banyak sikap Ija yang agak menjengkelkan hati abang. Ija akan cuba perbaikinya, Insyaallah. Pagi tadi abang kata abang mengharapkan Ija menjadi lebih matang. Errr..matang tuh macam mana ye? eheheh.. I Love You so much.. I love You for who you are. Much and much and much more..ehehe..

My childrens - I love both of you so much. Ummi doakan agar Along dan Adik menjadi anak-anak yang solehah. Yang sihat sentiasa dan berjaya dunia akhirat. Kehadiran Along dan Adik penyeri hidup Ummi dan walid. Semoga amanah yang ALLAH berikan ini dapat Ummi laksanakan sebaiknya..

My bros and sis - Aiyak..what to say aa? You guys are the best...eheheheh..masa kecit2 asik gaduh jer..dah besar2 berakal nih rasa best bila berkumpul..kan? kan?

My friends - To Sue - thanks buddy..thanks for everything..all the remembrance, the thought, the love..ehehe..hope this friendship will last forever. To Kak Ma - windu nak partition meeting aar kak ma..tak sangka kan kat UiTM langsung tak bertegur tapi bila dha kejer, macam belangkas lak..ehehe..To Wan - wan, amik la kita jadi anak angkat..ahaha..kembar si tembun :p. To shida, tina, zt, yol, dang, nahdha, haris, Caster, Lip dan semua2..thanks for ur friendship. Luv u guys..

And most important is Thank You ALLAH kerana menciptakan insan-insan yang baik ini dalam hidupku. Kekalkanlah mereka ini dalam hidupku dunia dan akhirat. Amiin..


p/s: Alhamdulillah. Doktor mengatakan perkembangan adik adalah normal sewaktu check up semalam. It was the best birthday present for me. Thank You ALLAH..

Thursday, December 31, 2009

Come in 2010..

Beberapa jam saja lagi sebelum 2009 melabuhkan tirai. Bila aku pandang kembali ke belakang, rupanya tahun ini aku memang tak buat apa-apa azam. 2009, terlalu banyak peristiwa yang berlaku dalam hidup aku serta hidup orang-orang yang hampir padaku yang banyak meninggalkan kesan. Auni Zahirah dilahirkan, kesihatannya ditarik balik, rezeki berganda, mak abah menunaikan haji, penceraian. Segala-galanya mengajar aku untuk menjadi lebih bersabar, lebih tabah, lebih kuat. Juga mengingatkan aku bahawa setiap apa yg ada pada kita adalah pinjaman semata. Hari ini kita bergembira, mungkin esok lusa kita ada berduka. Hari ini kita bersedih, mungkin esok lusa kan tiba bahagia. Mungkin dunia kita kelam sekarang, tapi yakinlah akan ada cahaya dipenghujungnya. Insyaallah, akan ku tetapkan dalam hidupku bahawa tiada apa sebenarnya yg kita miliki ini adalah untuk kita banggakan sangat kerana kebahagian, kedukaan, kesenangan, kesusahan adalah ujian dari ALLAH semata. Hargai apa kita miliki, usah dikejar perkara yang tak pasti. Aku mengharapkan agar 2010 yang bakal tiba akan membawa sinar baru dalam kehidupanku. Terima kasih ya ALLAH di atas segala pengajaran ini. Terimalah ya ALLAH segala amalku yang lalu. Bimbinglah ya ALLAH agar hidupku sentiasa di atas landasanMU.

Sunday, December 20, 2009

2 minggu..pergi balik...Perak - Penang - Kedah - balik - Terengganu - Kelantan...Along dah biasa, tapi adik la yang kesian. Masuk minggu kedua dah mula meragam. As usual, mana saja negeri yang aku pergi mesti ada benda yang dibeli. Mentang lah YES. memang YES sungguh. nak2 di Terengganu dan Kelantan. Kain sutera batik yang murah-murah. English Cotton yang memang aku takkan lepaskan peluang. Balik rasa macam dah bengkok. Jauh lagi perjalanan ni. Hujung minggu akan ke Kelantan lg. Aisy, sakit mak macam nih nyah..auwww..

Adik sekarang semakin lasak. Belum merangkak dan belum menyusur ke depan lagi. Bila meniarap asyik reverse ke belakang. Lepas tu pusing-pusing ala filem hindustan. Bila dipegang asyik nak melompat. Bila tak dapat kompem menjerit sakan. Apa-apa pun aku bangga dengan perkembangan ini. Maknanya perkembangan adik tidak jauh lari dari perkembangan bayi-bayi yang sihat walafiat sejak dari lahir. Alhamdulillah. Insyaallah, bulan 1 adik akan dihantar ke Nursery. Jumpa nursery yang secara kebetulan ada doktor perunding. Nursery pun tak jauh dari hospital. Harapnya adik tak ada masalah duduk di nursery ni. Mulanya owner nursery macam takut nak terima adik, tapi setelah ditemukan dengan adik, melihat lasaknya adik, Pn. Husna ambil keputusan untuk terima adik.

Along pula abang nak letakkan di nursery di UKM. Kawan abang kata Along dapat nursery tu tapi surat rasminya belum keluar (memang susah nak dpt nursery ni. Q memang panjang). Kami dah bagitahu pada penyelia nursery adik untuk reservekan tempat bagi Along incase tak dapat yang di UKM. Harapnya semua akan berjalan lancar.

Friday, December 18, 2009

???

S: Nih siapa nih? (tunjuk pada along)
Along: Ayong
S: Nama ayong siapa nih?
Along: Ammar
S: Ammar aper?
Along: Ammar Atan

:))

Aiyoo..sudah tukar ka?

Tuesday, December 01, 2009

Musim hujan..

Musim hujan. Jika tak pagi, tengahari. Jika tak tengahari, petang. Jika tak petang, malam. Jika tak malam, subuh. jika tidak, seharian. Adush..hujan sepanjang masa. Ada masanya seronok sebab sejuk, tidak perlu aku bermandi peluh. Nak tidur pun nikmat saja rasanya. Ada masanya terasa geram. Nak berjalan pun terhad. Lebih-lebih lagi di hujung tahun yang sungguh terkenal dengan musim Y.E.S ni. Tapi yang membuatkan aku benar-benar susah hati adalah adik demam. Berjangkit dari emak. Mula-mula batuk dan selsema, kemudian badan mula panas. Teringat Along pernah dimasukkan ke Wad Peads di Hosp. Kajang disebabkan oleh Pneumonia sewaktu seusia Adik. Itu yang menjadi igauan ngeri kami suami isteri bila Adik demam sekarang. Harapnya tidak sampai ke tahap itu. Rasanya sepanjang 6 bulan lebih adik berada di dunia ini, ini adalah kali kedua adik demam. Sekali tu masa di PICU, HKL. Kesian bila adik batuk-batuk, hidung sentiasa basah. Tapi adik masih tetap ceria. Susahnya nak bagi adik makan ubat, ALLAH sajalah yang tahu. Kalau Along dulu, asal sua syringe terus buka mulut. Adik pula bila dimasukkan syringe dalam mulut, terus meliang liuk badannya, menjerit-jerit macam kena dera. Aisy...Along pun hidung basah saja sekarang. Kesian anak-anak umi. Cepat sihat ye sayang.





p/s: musim-musim hujan ni pula walid gi masukkan air-cond di Beranang.

Monday, November 30, 2009

Now, I'm going to have a new hobby..but...

Ahaks..I guess I'm going to have a new hobby..but...I dont know how long this hobby will last. Hope that it will last forever. What is it? Wait. First stage is on progress. Will tell you more bout it once I have finished it. Fuh...Even I can't stand to wait for this long.










p/s: Rasanya nak tukar this dull blog la...hmmm

Friday, November 20, 2009

Entri usang

Kisah Along

Hari Ahad hari tu kami menyambut birthday Along yang ke-2. Kira ini baru official sambutan. Tahun lepas tak sempat nak cut cake. Kalau ikut perancangan aku dulu, aku nak buat di Putrajaya dan jemput famili serta kawan-kawan terdekat saja. Tapi, since kami berulang dari Beranang makanya sambutan dibuat di Beranang. Insyaallah, ada rezeki lebih nanti buat potong kek untuk keluarga sebelah aku pula. Just a simple celebration. Beli strawberry icecream cake yang sungguh yummy itu, goreng-goreng nugget, onion rings and some keropok lekor (bought from Kelantan). Lagipun yang meramaikan hanyalah sepupu abang yang kecil2 tu serta anak-anak BIL saja. Zakwan sungguh suka sebab kami menyanyikan lagu kegemarannya "Allah selamatkan kamu". Keterujaan Zakwan meniup lilin dan memotong kek terbawa-bawa sampai ke malam. Ketagih pula dah. Asyik suruh menyanyikan lagu selamat hari jadi dan asyik suruh nyalakan lilin saja. Sekali dua tak apa lagi, ini berkali-kali. Sampai tak larat nak menyanyi dah. Tahun depan kita nyanyi lagi ye Along..ehehe


Kisah Adik

Menginjak ke usia 6 bulan, adik baru pandai meniarap. Agak lambat berbanding Along. Bila dah meniarap, mengamuk pula. Selagi tak diangkat, menjerit-jerit adik. Kadang-kadang saja je nak biarkan dia mengamuk lama sikit. :p Dah dua malam ni, bila aku terjaga dari tidur tengok adik tidur meniarap. Risau juga takut dia lemas. Cepat-cepat aku terlentangkan balik adik. Tapi lasak adik memang lebih dari Along. Pada usia 4 bulan adik dah asyik angkat kepala nak bangun saja. Hingga sekarang, janganlah letak kat bantal yang tinggi sikit. Mahu diangkatnya badan dia. Ehehehe. Alhamdulillah, eczema adik dah banyak kurang. Mustajab sungguh krim gamat yang dibeli di Langkawi tempoh hari. Seminggu pakai terus licin kulit adik. Sekarang aku dah mula ajar adik makan Nestum. Paling banyak adik akan makan adalah dalam 6 suap, lepas tu diluahkannya. Along pula tak boleh nampak aku buatkan Nestum adik, mesti dia pun nak tumpang sekaki. Kira dia tukang habiskan Nestum la. Tak sabar menanti perkembangan terbaru adik sebab perkembangan-perkembangan ini menunjukkan tiada kesan yang serius dari kes pendarahan otak tempohari.

Wednesday, November 18, 2009

Trip di musim hujan


Dah lama aku plan nak bercuti-cuti bersama keluarga sendiri. Setelah 3 tahun berkahwin, Alhamdulillah baru sekali ni terlangsai. Kami plan percutian ni semasa aku masih dalam berpantang. First time bawa Along dan Adik naik flight. Sebelum ni Along suka sungguh melihat kapal terbang. Dah ada dalam kapal terbang, Along kata tak best pula. Bila kapal terbang bergerak je, buntang-buntang mata Along. Dah ada atas awan, disuruhnya tutup tingkap kapal terbang. Gayat sungguh anak bujang aku ni. Really like father like son. Alhamdulillah, Adik pun tak meragam sangat sepanjang dalam flight. Sampai di International Airport Langkawi, terus ambil kereta dengan Dek. Kami sewa Sentra yang sungguh comfortable sebab kereta baru. Baru 2 bulan keluar kedai. Sayang petang kitorang sampai tu, hujan turun pula. Lepas check in di Hotel Continental, kitorang pusing-pusing sekitar Langkawi. Sekadar duduk dalam kereta. Lepas tu singgah di pasaraya kat sebelah, beli baju-baju langkawi untuk budak kecik 2 orang ni. Malam lepak-lepak kat hotel je.



Hari kedua, lepas sarapan terus gerak. Cadangnya konon-konon nak naik Cable Car. Tapi abang suruh aku naik dengan Along. Dia dengan emak jaga adik kat bawah. Aisy, bosan lah macam ni. On the way nak ke sana, singgah di Petronas sebelah Quay Bay tu. Along sampai taknak naik kereta sebab nak tengok kapal layar. Lepas isi minyak, kitorang menuju ke Telaga Tujuh. Dari kereta bila tengok jalan nak ke Telaga Tujuh tu dah terdetik macam tinggi je nak mendaki. Tanya yang jaga parking tu, katanya dekat je. Kitorang pun pegang kata-kata dia. Tapi bila tengok jalan yang mencanak dengan kecuraman 45 darjah tu, emak kata dia duduk bawah jaga Adik je. Ehehe..sebab alang-alang dah sampai, aku, abang dan Along pun panjat tangga-tangga tu. Sampai ke simpang nak ke air terjun tu, pekerja yang kat atas kata lagi 10 minit mendaki baru sampai ke Telaga Tujuh. Alamak! Terus kitorang pusing kiri, pergi tengok air terjun je. Itu pun tengok dari atas. Along dah ngelat, kata sakit kaki. Terpaksa mendukung dia pulak. Memang lencun baju dek peluh yang mencurah. Dari Telaga Tujuh kitorang gerak ke Cable Car. Memang anak Walid sungguh. Naik jambatan gantung yang sejengkal tu pun Along gayat. Sekali kaunter tiket semua tutup. Rupanya Cable Car tak gerak sebab angin kuat. Uh..kiciwa! Berkelana lah kami di kawasan Cable Car tu. Tengok haiwan-haiwan yang berkurungan itu. Aduh ai, Along memang la. Dengan binatang-binatang tu pun dia takut. Even dengan rabbit yang sungguh cumilz itu pun Along tak berani nak dekat. Menjerit-jerit bila binatang tu datang dekat kaki dia. Ahahaha...Lepas pusing-pusing di dalam kawasan itu, makanya kitorang gerak ke Taman Buaya. Di Taman Buaya pun berjalan separuh taman je sebab hujan dah mula turun. Lepas tu singgah ke Laman Padi, tengok Mat2 Salleh meredah lumpur tangkap ikan, tanam padi etc. Kat situ Along dapat kuih Karas free. Yang lama kami singgah adalah di Underwater World sebab itu kawasan berbumbung. Jadinya boleh la lepak lama-lama sikit. Along lak bebas bergerak hingga kitorg terpaksa ber'marathon' mengejar Along yang tak mahu dipegang itu. Kurus, kurus. Aku sungguh berbangga kerana berjaya mencuba sup gamat yang amat sedap di kawasan Makam Mahsuri. Ahaks, serius memang sedap. Abang dengan emak pandang aku lain macam je. Ehehehe..gamaknya dalam hati kata aku nih mentedarah. Tolak batu kayu je, yang lain semua bedal makan. Oh, kami tak singgah masuk ke makam itu, sekadar tengok dari luar. Hujan tengah renyai-renyai, bawak pula budak-budak kecil. Terima kasih saja la. Dalam perjalanan tu singgah sekejap tepi Airport, nampak ada orang jual laksa tepi jalan. Alaa..jual guna lori tuh. Laksa power tulisnya tapi memang serius power. Sungguh enak sehingga menjilat jari. Tapi makanan di Langkawi sama harga macam KL ye? Malam tu kami beli nasi putih 3, ikan 3 rasa, telur dadar, sup ayam dan mi hailam dekat RM50.00. Oh..hari ini jugalah seluar aku terkoyak. Aisy..terpaksa beli seluar Langkawi sebagai ganti sebab baru separuh hari berjalan.
First time aku baca papan tanda ni, aku ketawa..pastu cam ngeri lak...

Hari ketiga cadangnya nak berposing-posing di Dataran Lang dan Legend Park, tapi sayangnya dari subuh hingg ke petang hujan tak berhenti. Nak tak nak terpaksa ke airport dengan kadar segera sebab dah tak ada tempat berbumbung untuk disinggah. Secara keseluruhannya, percutian ni tidaklah begitu memuaskan hati aku disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu ni. Next time kena buat pertengahan tahun pula.

Friday, November 13, 2009

He is 2 today..

He's trying to do the 'Peace' sign. Tapi jadi macam tanda 'V'
dalam cerita Star Wars tuh..ehehe


Alhamdulillah. Hari ini genap Along 2 tahun. 2 tahun dah aku menjadi ummi. Along semakin besar, semakin banyak karenah, semakin bijak. Sekarang Along dah boleh mengira dari 1 hingga 10. Kalau menyanyi entah apa-apa lagu yang keluar. Lagu pilihan Along sekarang ni adalah lagu Allah selamatkan kamu (bahana dengar Sinar FM setiap pagi), Twinkle-twinkle little star, ABC, 1 2 3 sayang semuanya dan lagu Burung Kakak Tua.

Ini lagu-lagu versi Along.

Allah Selamatkan Kamu : Awwah nenamat teng teng teng....blablabla

Twinkle twinkle little star: Inter Inter Aaaaarr...blablabla

ABC : Em Em O....Em Em O....blablabla

1 2 3 : Atu Atu ayang Awwah...dua dua ayang yu awwah...blablabla

Burung Kakak Tua: etchum etcum uuyaya..buwung tatak tua...blablabla..nenek tua tawin atuk ..entchum etchum uyaya (aku tak tau versi mana dia ambil nih)

Oh..korang tahu kan permainan sep sep sep, tom tom tom tu? Eheee..kalau Along, dia akan nyanyi sep sep sep, tom tom BAK! :D

Along sekarang pantang nampak orang pegang kamera atau hp. Sure dia sebut pissh (peace) sambil angkat tangan. Kalau tak ambil gambar dia, mengamuk sakan si bujang ni. Masalahnya, bila nampak orang yang ambil2 gambar tepi jalan pun dia akan sebut pish juga. Aisy..jenuh melayan. Satu yang aku tak tahan, Along suka betul pakai kasut kakak-kakak sepupu dia dan kasut aku. Lepas tu kalau dapat tudung mesti dia yang sarung dulu. Pening kepala aku. Yang buat dia lagi suka sebab ada orang yang memuji. Tu yang makin menjadi-jadi.

Lasak Along pun boleh tahan juga. Tapi tak tahulah kenapa kami suami isteri masih belum kurus-kurus lagi walaupun asyik mengejar Along. Kalau dapat pergi ke Tesco, confirm kami akan buat marathon. Nak tak nak Along kena duduk dalam troli je la.

Along suka pegang duit. Kalau dapat duit mesti ajak pergi To (Tesco) nak beli mamam Etci (KFC). Dapat seringgit pun jadilah. Bila nampak Tol, cepat-cepat minta duit dari kami sebab nak bayar. Macam la sampai tangan tu nak hulur ke Tol Gate Girl. :p Tapi kalau di pasaraya memang tak boleh nak elak. Kena bagi duit ke tangan dia dulu untuk dibayar. Lepas bayar terus sebut 'acihhh' (Terima Kasih).

Di kampung ada 2 pupu Along yang hampir sebaya. Namanya Humaira. Kalau Along jumpa Meiya', Along akan sebut 'weewit'. Ini didikan dari walidnya. :))

Along sememangnya penghibur dalam hidup kami. Penghibur dalam keluarga besar kami. Kids, people will laugh with whatever kids do, rite? :)

Ummi sayang Along. Sayang yang amat-amat. Sejak dari Along dalam rahim Ummi..hingga ke akhirat sana nanti. Ummi harap Along akan membesar menjadi seorang Muslim yang berjaya di dunia dan akhirat. Ummi sayang Along.



Sila abaikan kaki yang sungguh cantik itu..:D

Thursday, November 12, 2009

A new member in my life.. :D

Finally! Lama dah aku berangan. Sekejap rasa macam nak, sekejap rasa macam tak nak. Last-last aku nekad. Pejam mata, klik-klik apa yang patut, dan menda alah ni pun tiba atas meja. Ahaks..akhirnya. "Anak" baru ku...




Tadaaaa...eheheh..external HD jer :p

Sunday, November 08, 2009

Penangan Adik


Masa di Mydin sewaktu menemankan emak dan abah beli barang-barang Haji, sambil memerhatikan Along dengan kak Pka berlari-lari, tiba-tiba sorang budak Mydin tegur.

BM: Kak, boleh dukung sekejap?
Aku: Boleh..
BM: Kak, saya bawak ke belakang ye?
Aku:Erm..ok (sambil mata melihat arah belakang yang ditunjukkan)

Rupanya dah ramai yang menunggu di belakang tu. Bila BM tu bawa je adik ke belakang, bebudak Mydin yang lain semua kerumun adik. Dah la adik sungguh mesra alam masa tu, lagi la ramai yang nak mendukungnya. Dalam hati aku kata kalau datanglah supervisor diorang nih, aku yang kena marah ke atau diorang? Ehehehe...

Sekali lagi, masa di Kedai Bebas Cukai Langkawi. Tengah tanya-tanya tentang barang yang nak dibeli, pembantu kedai tu minta nak dukung adik. Aku bagi je, janji orang tu tak pergi jauh. Bila dah nak bayar barang, tengok-tengok dia dan seorang kawannya sibuk mengambil gambar dengan adik. Ada dengar-dengar sebut Fesbuk, tapi aku belum cukup ramah nak tanya address budak tu. Ehehehe...

Wednesday, October 21, 2009

Pertama kali memang meremang


2 hari aku ada kursus 5S. Apalah yang nak di S kan. Silap2 endingnya jd "Saya Semakin Sewel Sebab Stress". Harapnya taklah kan :D Oh, pada hari kedua, pertama kalinya dalam hidup aku melihat suatu kejadian yang meremangkan bulu roma. Selama ini aku baca di majalah atau surat khabar, ada kalanya mendengar orang bercerita. Kali ini dengan mata kepala aku, aku melihat seorang peserta kena histeria. Tergamam kami. Mulanya masing-masing ketawa dengan lelucon penceramah, tiba-tiba terdengar suara orang menjerit-jerit. Semua melompat bangun dari kerusi. Sekejap menangis, sekejap mendengus, sekejap menjerit. sampai satu tahap dia seolah2 "melompat" jatuh dari kerusi dengan gaya seperti ingin merangkak. Beberapa orang peserta lain memegang dia sambil membaca ayat-ayat yang sepatutnya. Kesian aku melihatnya. Nak ditolong, aku sendiri tak yakin pada diri. Akhirnya aku hanya tercegat memandang sedang mulut terkumat kamit membaca apa-apa yang rasanya boleh menjadi pendinding. Setelah hampir 15 minit, peserta ini mula tenang dan dibawa ke bilik lain untuk ditenangkan oleh ustaz yang dipanggil. Buat seketika kami terdiam dan hanya berbisik untuk berbicara. Fuh..pertama kali ini memang sedikit meremang. Nauzzubillah..minta dijauhkan dari segala gangguan syaitan

Friday, October 16, 2009

No to milk?!


Aduh. Apa mau buat ye? Zakwan dah tak nak menyusu. Sampai teacher letak nota dalam beg Along bagitahu yang Along langsung tak mahu menyusu di nursery. Rasanya Along dah sedap minum air-air manis ni. Semalam Walid buatkan milo, laju je Along minum. Itupun Walid letak susu pekat manis sikit (diluar pengetahuan aku!). Kalau milo + susu tepung, Along sedut sikit je lepas tu terus tolak tepi. Tak besh katanya. Tak boleh jadi ni. Any suggestion, bagaimana nak bagi Along menyusu balik? Terlalu awal bagi Along untuk berhenti minum susu. Aisy, pening kepala aku.

Friday, October 09, 2009

Terkejar-kejar tak terkejar


Semalam, pukul 1.00 tghari dah keluar dari ofis. Sampai rumah dah pukul 2.00 ptg. Siap-siapkan adik lepas tu terus menuju ke HKL. Appointment katanya pukul 3.00 petang. Sampai je dalam pukul 2.30 ptg di Institut Peadiatrik HKL, jururawat bagitahu yang Dr Irene ada court case pukul 2.00 ptg pula. Aduh. Last-last adik diperiksa oleh Dr di klinik pakar. Alang-alang dah kena periksa tu, aku ambil kesempatan minta ubat untuk eczema dan batuk adik. Biarlah orang kata sia-sia je pergi check dengan Dr biasa tapi sekurang-kurangnya aku tahu perkembangan kesihatan adik. Next appointment semuanya tahun depan.

Tuesday, October 06, 2009

Berkat Syawal..



Syawal tahun ini memberi begitu banyak makna kepada aku sekeluarga. Seminggu selepas raya, adik ada 2 appointment di HKL. 28.9.2009, appointment di Jabatan Neurology. Hari itu adik memang jadi tumpuan sebab dia seorang saja baby yang datang buat check up. Dengan mulut adik yang bising setiap kali doktor bersuara, meriah klinik neuro itu sekejap. Agaknya adik ingat doktor tu berbual dengan dia lah tu. Sepatutnya kena scan, tapi doktor kata scan banyak kali tak elok untuk otak baby. Alhamdulillah, melihat kepada keletah adik yang tak reti duduk diam doktor mengatakan adik semakin sihat. Appointment seterusnya adalah awal tahun depan. Pemberian ubat sawan juga diberhentikan. Esoknya tu appointment dengan Pakar Mata pula. Berdebar juga sebab takut pendarahan masih ada. Alhamdulillah, dah hilang sepenuhnya. Appoinment seterusnya lagi 6 bulan. Waaaahh..sungguh berkat Syawal kali ini. 8.10.2009 nih ada pertemuan dengan SCAN team. Harapnya masih lagi berita gembira...

Tuesday, September 15, 2009

Salam Aidilfitri

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog ni. Maaf Zahir dan Batin. Semoga kita diberi kesempatan sekali lagi untuk bertemu Ramadhan pada masa-masa yang akan datang.

Wednesday, September 09, 2009

Adik sudah demand..

Adik dan Along dah selamat tidur ni. Semalam appointment mata adik lagi. Seawal jam 6.30 pagi dah keluar rumah. Settle semuanya jam 11.00 pagi. Alhamdulillah, dah semakin banyak yang resolved. Tinggal sedikit saja lagi. Doktor suruh continue ubat mata adik, dos dikurangkan kepada 2 kali sehari. Selepas raya appointment seterusnya. Tapi adik masih lagi kurang refleks pada cahaya. Tak apa, teruskan memberi rangsangan. Insyaallah, saraf-sarafnya akan berfungsi seperti biasa. Amiin.

2 hari lepas adik langsung tak mahu menyusu botol. Mungkin sebab adik tahu Ummi bercuti, makanya asyik nak bergayut je. Hati mula risau sebab nak tinggalkan adik dengan Walid dan nenek Beranang hari Isnin memandangkan Putrajaya tak bercuti Nuzul Al Quran. Susah lah kalau adik tak mahu menyusu. Pagi Isnin tu pesan pada Walid supaya cuba belikan susu lain. Takut adik dah bosan dengan susu yang sedia ada ni. Makanya Walid belikan Isomil Eye Q. Ambik kau, 4 botol adik habis menyusu. Sikit pun tak tinggal. Aduh, nampak gayanya adik nak susu mahal lah pula. Demand sungguh ye? Hari Isnin tu adik tak mahu tidur berpangkukan Walid. Nak dengan nenek saja. Kesian nenek, dah lah tangan tak berapa kuat. Sungguh la anak dara ummi ni...Along pula mula cemburu bila nenek asyik pangku adik saja. Semua benda nak nenek buatkan. Eheheh..pening sekejap kepala nenek hari tu. Memang Along dan Adik tak boleh nak tinggalkan berdua saja dengan nenek kalau macam ni. Macam manalah Ummi nak pergi O/S nanti ye..

Turun..dan semakin turun..

Di suatu pagi di dalam kereta...

Ummi: Abang, 2 minggu puasa Ija dah turun sekilo (Hnss..hnss..bangga tu)

Walid: Eleh..Sekilo je. Orang turun 4 kilo..Ahahaha (Gelak jahat)
(What? 4 kilo? Macam mana boleh turun banyak sangat ni? Tak boleh jadi..)

Walid: Sebelum puasa hari tu berat 74kg, sekarang dah 70 (Bertambah riya' nya)

Ummi: Alaaa..Abang nnt lepas raya senang naik balik tu (Ayat cemburu)

Walid: Eleh..kawu nnt lagi cepat naik sebab turun sekilo je..Ahahaha..

(Aisy..sakitnya hati den..Huhuhu)

Target sekarang nak turunkan sekurang-kurangnya lagi 4 kilo. Insyaallah, boleh tu. Go Ija! You can do it!


note: kawu - kamu, awak (kata ganti nama bagi orang perempuan dalam bahasa minang)

Sunday, September 06, 2009

Kisah Adik


Alhamdulillah, check up mata adik hari tu memberikan berita yang melegakan. Pendarahan di belakang mata adik dah semakin berkurangan. Maknanya tak perlu operation. Alhamdulillah. Macam mana pun check up tetap kena pergi lagi. Baru-baru ni aku belikan untuk adik playgym dari blog ini. Harapnya dgn playgym ini dapat membantu adik untuk develop balik otak dia dan membantu adik untuk memulihkan penglihatannya. Adik sejak duduk dengan nenek, semakin manja jadinya. Jika adik dah mula merengek janganlah lambat angkat adik. Mahu menangis menjerit-jerit dalam tempoh masa yang lama. Kena berjoget-joget nak memujuknya. memang boleh kurus atuk dengan nenek macam ni.


Kisah Along

Along memang suka pakai benda-benda bersaiz besar. Kalau kasut memang tak boleh nak kata apa la. Kaasut ummi pun dia bedal. Ini along jumpa seluar pendek Pak Ngahnya. Sibuk nak pakai. Tengoklah gaya si bujang lasak ni. hehehe.

Friday, August 28, 2009

Seminggu sudah kita berpuasa

Alhamdulillah. Hari ni masuk seminggu dah kita berpuasa. Terus terang aku katakan, sejak adik keluar hospital aku memang belum berkesempatan untuk masak bagi berbuka. Yelah, kami berulang dari rumah emak di Bt. Caves sebab adik dijaga oleh emak. Keluar rumah pukul 6.15 pagi, balik dari kejer sampai paling awal pun 6.40 ptg. Sampai-sampai je adik terus nak bergantung. Kalau hujung minggu hari tu, adik langsung taknak terletak. Makanya tak dapatlah juga aku tolong memasak. Sekarang pula asyik hujan saja bila dah petang, Pasar Ramadhan pun tak sempat lagi nak singgah. Abang la kesian, tahun ni tak dapatlah dia nak makan ayam percik setiap hari, tidak seperti tahun-tahun sebelum ni.Kesian kat Along sebab kena bangun awal utk dihantar ke nursery. Along tak boleh tinggalkan dengan adik di rumah nenek, nnt naik darah tinggi atuk dan nenek. Dek kerana perjalanan yang jauh, pukul 9 lebih biasanya Along dah tidur. Takpelah, demi untuk adik kami redahi saja dugaan ini (dugaan ke tak dpt pergi Pasar Ramadhan?).


Kisah Adik

Sekarang adik dah semakin behave dengan nenek. Bukanlah selama ni adik tak behave cumanya sejak dari dalam wad sehingga sebelum aku masuk kejer, setiap kali adik nak tidur dia akan mencari "KFC". Dah aku start kejer, macam mana nak tinggalkan "KFC" ni, OKU lah aku nnt. Maka bila tak dpt "KFC" masa nak tidur, Adik asyik mengamuk je. Emak kata pernah adik menangis kuat sampai naik biru kepalanya. Risau emak so emak gamble masukkan adik dalam buai, henjut perlahan2 (berderau darah aku bila dengar emak cerita masa tu). Tapi sekarang mungkin Adik dah tahu macam mana dia menangis pun dia tetap takkan dapat "KFC", so Adik dah boleh tidur bila mak peluk kuat2 dan sumbatkan puting tiruan. Emak kata Adik paling suka kalau dibawa berjalan. Sengih2 je dia bila nenek dengan atuk bawak berjalan. Pampers dah penuh pun dia tak kisah, janji dapat berjalan. Bagus Adik, nanti adalah alasan Ummi nak ajak Walid pergi shopping. Ehehehe..Hmm, sekarang ni setiap kali Adik lepas menangis, aku akan check ubun-ubun Adik untuk pastikan ubun-ubunnya lembut seperti bayi-bayi yang lain. Takut peristiwa lama berulang kembali. Nauzzubillah.

Beberapa hari lagi sebelum hari Selasa depan. Aduh, harapnya pendarah di mata kiri adik dah resolved.


Kisah Along

Ada gambar yang perlu diuploadkan. Nantilah cerita ye.

Tuesday, August 25, 2009

Not a good news..

Just come back from HKL. Check-up mata adik buat kali ke-2. Mula-mula check rabun dan fokus. Alhamdulillah, adik tak rabun jauh cuma power untuk silau adik 150. Doktor kata normal bagi baby atau budak mempunyai masalah silau dan ianya akan hilang sedikit demi sedikit. Doktor kata yang akan merisaukan adalah selepas tempoh 6 bulan power silau bertambah. Itu bermakna memang ada masalah. Selepas pemeriksaan untuk rabun dan fokus, adik jumpa doktor pakar mata untuk melihat pendarahan di mata adik. Mula-mula Doktor R.Sunder check, kemudian Doktor Jamelia. Kali ini, kami tidak dibenarkan menunggu di bilik pemeriksaan. Dari luar bilik terdengar suara tangisan adik yang nyaring. Memang adik tak suka matanya diperiksa. Kami dipanggil masuk ke bilik doktor selepas adik diperiksa. Doktor kata pendarahan di mata kanan adik dah banyak berkurangan tetapi apa yang merisaukan adalah pendarahan di mata kiri. Pendarahan di mata kiri adik tidak banyak berkurang berbanding minggu lepas. Doktor akan bagi masa seminggu lagi, sekiranya masih tidak banyak berkurang, pembedahan terpaksa dijalankan bagi mengeluarkan darah tersebut. Doktor pun kata mata adik tidak begitu fokus disebabkan pendarahan tersebut. Doktor siap pesan supaya kami bersedia mental dan fizikal dalam hal ini. Aduh, rasa nak mengalir lagi air mata ni tapi aku tahan je. Aku kena kuat untuk adik. Untuk seminggu ni, dos ubat mata adik dilebihkan dengan harapan dapat membantu mengurangkan pendarahan di mata kiri. Yang pastinya, menantikan ketibaan Selasa depan adalah satu debaran yang amat kuat. Minggu depan akan berjumpa dengan Dr Joseph, Ketua Jabatan Oftalmologi kerana sekiranya pembedahan terpaksa dijalankan, ianya adalah ditentukan oleh Dr Joseph. Aku pasrah sekali lagi.

Wednesday, August 19, 2009

Please ALLAH..Save her (III)

Kisah Adik


Semalam appointment adik dengan doktor mata peadiatrik. Seawal pukul 9.00 pagi kami sampai (seperti yg terteera di kad appointment), pukul 12.00 tghari nama adik baru dipanggil. Alhamdulillah adik tak meragam sangat kecuali semasa matanya diperiksa. Alhamdulillah juga kerana pendarahan di belakang mata adik semakin berkurangan. Appointment seterusnya akan menyusul minggu depan. Ubat mata masih terus digunakan. Sekarang adik suka menangis lama-lama dan menjerit-jerit. Aku risau jika adik menangis kerana sakit. Aku lagi risau jika tangisan yg begitu kuat boleh menyebabkan kembali pendarahan kerana tekanan yang kuat kepada otak.


Kisah Along
Along di rumah nenek memang melasak saja. Minggu lepas along demam sebab nak tumbuh gigi lagi. Sekali nak naik gigi geraham dan gigi taringnya. Bengkak gusi sekali dengan ulser mulut. Disebabkan badan yang tidak sihat, Along menjadi mangsa bulian Ce Ah. Tapi bila Along dah sihat, dia pulak yang buli Ce Ah. Balas dendam. Sekarang Along demam balik. Harapnya biarlah demam biasa-biasa saja. Risau dengan penularan influenza H1N1 nih. Dah semakin ramai menjadi mangsa. Nauzzubillah.


Kisah Kami

Selamat Hari Jadi Walid! Tahun nih tak smpat nak sambut sama-sama memandangkan Ummi dan Adik di hospital waktu itu. Apa-apa pun, terima kasih ye walid. Insyaallah, jika adik dah sihat sepenuhnya, kita sambut birthday walid.

Thank you so much.. :D

Friday, August 14, 2009

Please ALLAH..Save her (II)

Doktor Johan, Dr. Faizah dan Dr Ziati mengatakan sekiranya pendarahannya serius, kemungkinan besar adik terpaksa dibedah bagi mengeluarkan darah tersebut. Doktor juga mengatakan bahawa melihat kepada fizikal adik, jatuh atau sebarang kecederaan fizikal bukanlah punca kepada pendarahan tersebut. Ianya adalah disebabkan goncangan atau gegaran yang kuat. Hancur luluh hati kami mendengarnya. Sebelum dihantar ke HKL, adik dimasukkan darah. Pendarahan di otak menyebabkan badan adik kekurangan darah. Memang badan adik nampak pucat sangat. Kami dah tidak memikirkan risiko pemindahan darah, yang penting pada masa itu adalah nyawa adik. Akhirnya pada pukul 1.45 pagi adik dipindahkan ke HKL dengan menaiki ambulans. Di HKL adik terus dimasukkan ke ICU Peadiatrik. Pukul 4.00 pagi baru kami pulang ke rumah emak bersama Kak Alin.

Sabtu: Pukul 9 kami bertolak ke HKL. Pagi itu Dr Lee, pakar Peads menerangkan kepada kami keadaan adik. Mereka menyatakan pada masa itu adik masih lagi kritikal. Dia juga mengatakan dalam kes adik ni, repot polis kena dibuat kerana kes adik dikelaskan sebagai kes penderaan memandangkan kecederaannya bukanlah disebabkan jatuh. Berbelah bagi hati kami. Sekiranya kami tidak membuat repot, pihak hospital yang akan buat repot polis. Pihak JKM juga akan dimaklumkan mengenai hal ini dan siasatan akan dibuat terhadap penjaga serta nursery. Betapa beratnya tanggungan yang di tanggung pada waktu itu kerana kami begitu yakin pendarahan adik bukan berpunca dari pihak nursery. Petang itu, pakar neuro dating melihat keadaan adik. Mereka mengatakan terdapat ceceir di ubun-ubun adik. Cecair tersebut terpaksa disedut keluar bagi mengurangkan tekanan di kepala adik. Sehingga pukul 12.00 malam kami menunggu adik di ICU.

Ahad: Aku telah dipanggil oleh Dr. Harjeet dari SCAN Team (kumpulan doktor yang menguruskan kes penderaan kanak-kanak). Sekali lagi aku ditanya tentang hal adik. Seboleh-bolehnya aku cuba mempertahankan pihak nursery. Sekali lagi juga aku diminta untuk membuat repot polis. Pada hari ini, CT scan dijalankan ke atas adik buat kali ke -2. Dr. Azmi, Dr . Azahari dan Dr Shah dari Neuro dating melihat result scan adik. Dr Azmi menjelaskan bahawa pendarahan yang berlaku pada adik adalah dari hadapan otak kiri hingga ke belakang namun tidak begitu serius. Buat masa ini, pembedahan tidak di syorkan. Cecair di ubun-ubun adik tepaksa disedut keluar buat kali ke -2 memandangkan ubun-ubun adik masih lagi mengeras. Ubat sawan dan anti biotik diberikan kepada adik. Adik masih menggunakan bantuan penafasan. Dr Lee kata malam Sabtu mereka cuba menghentikan ubat sawan, tapi tak lama lepas tuh adik kena tarik balik walaupun tak lama. Ubat sawan terpaksa dibagi semula dengan dos yang lebih. Setiap kali melihat adik, kami tidak putus2 membisikkan kata semangat, membacakan surah2 lazim. Hanya itu yang mampu dilakukan selain dari doa dan harapan. Aku pula mula merasa rindu hendak melihat adik tersenyum, rindu hendak memangku adik, rindu hendak susukan adik. Ada masanya dik membuka sebentar matanya namun tidur kembali. Mungkin kesan dari ubat anti biotic dan ubat sawan. Pada kami itu sudah cukup membahagiakan melihat adik mula membuka mata. Malam sebelum pulang, kami lihat kaki dan tangan kanan adik membengkak. Kebetulan kak Alin ada bersama, jadi dia meminta kebenaran untuk menukarkan line ubat di kaki adik.

Isnin: Perkara pertama yang aku menarik pandangan mataku adalah line di kepala adik. Disebabkan kaki dan tangannya sudah bengkak serta kesukaran nurse serta doctor mencari urat besar di kaki dan tangan adik, maka line dimasukkan di urat kepala adik. Ketika itu ingin rasanya aku menggantikan tempat adik. Perit rasanya. Satu perkembangan adik pada masa itu adalah tube oksigendi mulut adik telah dibuka. Ini bermakna adik sudah mampu bernafas sendiri. Hari ini, doctor mata dating untuk memeriksa mata adik. Sah, pendarahan turut berlaku di belakang mata. Ini lebih mengukuhkan fakta mengenai punca pendarahan otak berlaku. Doctor Fazlina mengatakan pendarahan mata itu tidak begitu serius namun ianya mampu memberi kesan kepada pandangan mata adik. Aduh, satu lagi berita buruk buat kami.

Selasa: Sebaik saja tiba di dalam kawasan HKL, PICU telefon mengatakan adik akan ditukarkan ke Wad neurologi. Ini bermakna keadaan adik beransur stabil dan aku boleh menjaga adik 24 jam. Aku terus ke Jabatan Kaji Saraf, menantikan adik di sana. Line di kepala adik masih ada, tube yang menyalurkan susu di hidung adik juga masih ada. Aku masih belum boleh menyusukan adik. Tengahari sekali lagi doctor mata datang memeriksa mata adik. Doktor memaklumkan yang pendarahan di mata adik telah menyebabkan pandangan mata adik agak gelap buat masa ini. Patutlah setiap kali adik membuka mata, adik tak pernah memandang ke arah kami.Doktor kata sekiranya pendarahan di belakang mata bertambah selepas tempoh masa seminggu, pembedahan terpaksa dibuat utk mengeluarkan darah tersebut. Jika tidak, adik tidak boleh melihat.

Setiap hari aku berdoa agar adik bertambah sihat dan sembuh sepenuhnya. Janganlah ada kesan2 sampingan yang kekal pada adik terutamanya sawan. Alhamdulillah, setiap hari adik menunjukkan perkembangan positif. Adik sudah boleh tersenyum bila diagah. Adik sudah boleh menyusu sendiri malah adik semakin kuat menyusu. Adik juga semakin aktif. Tangan dan kaki kanan yang pada mulanya begitu lemah kini semakin kuat. CT scan dijalankan sekali lagi. Masih terdapat pendarahan namun tidak serius. Adik dibenarkan keluar hospital dan beberapa temujanji ditetapkan Sehari selepas adik balik, pagi tu aku lihat mata adik hanya memandang ke atas. Bila dipanggil hanya kelopak mata saja berkedip2 sedangkan anak matanya tidak bergerak. Air mata aku mengalir lagi. Aku panggil2 nama adik tapi tiada respon. Emak cepat2 menyapukan air di kepala air berserta selawat. Sejurus selepas itu adik seperti tersedar. Ya ALLAh, aku masih belum kuat utk menghadapinya sekali lagi. Ya Allah, semoga adik terus sembuh.

Monday, August 03, 2009

Please ALLAH..Save her (I)

Tiada apa lagi yg aku harapkan kini cuma doa dari kalian untuk kesihatan Zahirah. Zahirah disahkan terdapat pendarahan di otak. Sejak dari hari Rabu lepas, malam tu dia dah mula muntah yang memancut. Dalam hati dah terdetik bahawa that was not a good sign. Something must be wrong with her tapi aku masih menafikan. Hati rasa lega bila sepanjang malam dia bangun utk menyusu dan tidak muntah.

Khamis: Masih lagi kami hantar ke nursery dan telah meminta pengasuh perhatikan sebab muntah2. Balik dari nursery adik nampak tak bermaya. Pengasuh kata setiap kali adik lepas menyusu dia akan muntah. Maghrib tu kami bawa adik ke klinik swasta dan doktor hanya mengatakan bahawa susu yang adik minum tak sesuai utk dia. Doktor hanya bagi ubat muntah dan sakit perut. Tapi aku was-was sebab sejak usia adik sebulan dah mula minum susu tersebut, kenapa baru sekarang tak sesuai. Balik rumah, setiap kali bagi BF adik masih lagi muntah.

Jumaat: Kebetulan kami suami isteri bercuti utk mengemas barang2 utk berpindah. Adik sengaja kami lewatkan ke nursery kerana nak memastikan yg dia tidak muntah lg. Alhamdulillah, sepanjang dia BF hingga pukul 10 pagi tak ada lagi muntah2. Jadi kami putuskan untuk hantar sekejap ke nursery bagi memudahkan kami mengemas semua barang. 45 minit selepas dihantar, pihak nursery telefon suruh segera ke sana sebab adik muntah. Berlari kami ke sana. Sampai saja tengok adik dah lembik. Mata dah separuh tertutup dan nafas pun sekejap2. Kepala, kaki, tangan semua dah terkulai. Pengasuh kata adik muntah sebaik saja selesai menyusu dan terus collapes. Masa tu berlari kami ke kereta. Aku panggil2 nama adik tapi tiada tindak balas. Sampai di hospital Serdang terus meluru masuk ke kecemasan. Gugur jantung bila doktor kata adik dah kritikal dan sekiranya kami lewat 5 minit, kami akan kehilangan adik. Adik diberi bantuan pernafasan. Sehingga jam 4.00 petang, adik telah dimasukkan ke ICU Hosp. Serdang. Masa tu baru kami tahu semuanya. Air mata kami dah tak dapat nak dihentikan bila doktor beritahu yg terdapat pendarahan di otak kiri. Semangat kami hilang entah ke mana masa tu. Sepanjang hari kami suami isteri hanya bertemankan air mata. Kami tak mampu lagi nak memberikan kekuatan pada satu sama lain. Kami juga dimaklumkan bahawa semasa di Kecemasan, adik mendapat sawan kesan dari pendarahan tersebut. Kes adik telah dirujuk ke pakar neuro di HKL...

Hingga ke hari ini, adik masih lagi di Wad ICU Paedeatrik HKL dan masih menggunakan bantuan pernafasan.

Wednesday, July 29, 2009

Lasaknya dia

Kisah Adik



Pagi tadi, celik saja mataku yang rabun dalam keadaan bilik yang masih gelap gelita, bila kutoleh ke kiri, aku tengok bantal adik kosong. Berderau darah aku masa tu. Aih..mana pula adik pergi ni? Buka saja kelambu adik, rupa-rupanya adik dah berpusing 90 darjah dari posisi asal tidurnya. Alahai..lasaknya dia tidur. Umur belum masuk 3 bulan, tidur dah macam budak 6 bulan. Kepala pun dah turun dari tilam. Nasib lah tidur atas katil, kalau tidur di lantai mau sakit kepala si kecik ni.


Kisah Along

Along di nursery baru ni begitu kerap kena gigit. Selalunya di lengan lah. Balik je mesti berbekas. Nak salahkan anak orang lain pun tak boleh. Along pun memang dah semakin lasak. Dia masih belum pandai nak berkongsi barang permainan. Takpe, semakin besar nanti semakin ok lah harapnya.


Kisah Kami

Abang, Ija doakan abang dapat mencapai apa yang abang angan-angankan sekarang ni supaya abang dapat mencapaikan apa yang Ija angan-angankan. Hehehe. Go go Abang!

Friday, July 24, 2009

Demam

Hari ini aku meng"EL" kan diri. Kalau ikutkan memang tak boleh cuti tapi kasihan pula pada Along. Pagi-pagi buta dia bangun menangis. Rupanya nak poo poo. Cair pula tu. Abang yang uruskan. Lepas tu abang rasa badan Along panas. Bagi makan ubat terus dia muntah. Menangis lagi dan terus minta aku dukung bila nampak aku. Nasib la adik tak meragam sangat. Pagi tadi Abang hantar Adik ke nursery supaya aku boleh tengokkan Along sahaja. Alhamdulillah, sekarang dah sejuk dah badan Along. Dua hari lepas ambil Along di nursery, tengok muka dia bercalar balar. Dah macam Pirate of The Carribean je. Banyak sungguh calarnya. Kata teacher, ada budak mencakar muka Along masa dia tidur. Alahai..adatlah kan kalau duduk di nursery.

Seminggu je lagi sebelum kami berpindah, insyaallah. Beberapa perkara dah diselesaikan. Cuma kemas mengemas je lagi yang agak memeningkan kepala. Masing-masing balik dari kerja dah kepenatan. Hujung minggu ada saja aktivitinya. Aish..macam mana ni?

Monday, July 20, 2009

Penat..penat..

Pindah

Aduh..Penat bila difikirkan tentang pindah rumah ini. Penat mengemas + melayan karenah Along dan Adik. Sebenarnya yang penat adalah abang. Keterujaannya untuk berpindah menyebabkan dia begitu berkobar-kobar mengemas. Aku hanya melayan Adik yang asyik hendak melekat dan Along yang asyik hendak memunggah. Segala urusan berkenaan rumah baru telah selesai termasuk tentang salur air bawah tanah yang bocor. Alhamdulillah. Insyaallah, raya tahun ini di rumah baru. :D

Kerja

Isk..susahnya hendak bekerja dengan orang atas yang agak pasif. Terlalu pasif sehingga kita terpaksa bawa diri sendiri. Terpaksa ambil tindakan sendiri. Tapi kalau asyik buat tindakan sendiri nanti dikatakan gila kuasa pula. Pening kepala orang unit ini. Rasa macam tidak ada 'kepala' pula.

Wednesday, July 08, 2009

Lawak Along dan Serak Adik

Story of Along

Along buat lawak sungguh kelmarin. Sememangnya setiap hari bila di depan pintu nursery dia akan menangis hendak mengikut kami. Alkisahnya kelmarin bila nampak saja pintu nursery dia sudah mula melalak seperti biasa tetapi apa yang tidak biasanya adalah sambil melalak sambil menarik beg dan menolak seorang budak di depan pintu sebab dia hendak masuk. Di dalam nursery, masih lagi melalak sambil menarik beg masuk ke dalam bilik toddler dengan laju tanpa menoleh ke arah kami. Dan sambil melalak dia meletakkan begnya dan mengambil botol susunya terus cari port untuk baring. Kami memang tidak boleh tahan hendak tergelak. Anak hai anak..macam-macam peelnya :D Sekarang Along sudah mula batuk dan selsema.

Oh, memandangkan Mak Anjang akan pulang ke U selepas tamat praktikalnya semalam, Along akan kehilangan tempat untuk memujuk jika dimarahi oleh ummi dan walid. Kasihan anak yang seorang ini. Sejak kehadiran adik, Along sering cuba menarik perhatian ummi dan walid. Sememangnya kanak-kanak seusianya masih belum puas bermanja dengan orang tua. Ada kalanya tidak sabar juga melayan karenah Along ini. Tapi bila tengok Along menangis beria-ia, sayu pula rasanya hati. Aduhai, maafkan ummi sayang. Ummi cuba menjadi ibu yang terbaik pada Along dan Adik. Ya ALLAH, kurniakanlah aku kesabaran yang tinggi dalam mendidik anak-anak ini.

Story of Adik

Baru 5 hari Adik di nursery sudah mula batuk dan selsema. Selsemanya tidaklah begitu serius cuma batuk yang baru mula kelmarin yang merisaukan hati. Semalam balik dari nursery, suara Adik sudah serak. Bukan sedikit seraknya tetapi sehingga suara adik tidak kedengaran. Risau sungguh kami. Kasihan bila dengar adik menangis. Sayup saja suaranya dek kerana batuknya. Dulu masa Along mula-mula masuk nursery pun ada juga kena batuk dan selsema tetapi itu disebabkan aircond nursery yang tidak terkawal. Sekarang tinggal di nursery yang menggunakan kipas. Sebelum masukkan mereka ke nursery baru ini kami mengandaikan kebarangkalian untuk mendapat batuk dan selsema adalah rendah. Nampaknya jangkaan kami salah :( Harapnya batuk Adik dan Along tidak berlarutan (terutamanya adik). Tidak sanggup lagi melihat anak kecil dimasukkan ke wad disebabkan pneumonia.

Story of Me

Huwaaaa...speaker hp rosaklah pula. Aduh, mahu lari juga budget tahun ini. Sudahlah keadaan ekonomi yang melecet sekarang :(


p/s: aku masih bergoyang-goyang kaki di tempat baru :) Susah juga menaip menggunakan ayat-ayat skema.

Monday, July 06, 2009

New day at a new place..semuanya OK

Hari nih secara rasminya aku menjadi 'penghuni' C6. Dan secara rasminya aku tidak bfkan Zahirah di tengahari. So far tempat baru ni macam ok. Tengok yg lelain lebih kurang mcm spesis Wisma T*N* jer. Komputer pun ok (sila jgn jeles yer adeq). My second boss pun mcm ok. Bos besar belum dapat jumpa lg memandangkan beliau sedang bercuti sakit. Oh..unit yg aku masuk nih pun macam ok jer. Tgk gambar2 diorg pergi kerja luar, kebanyakannya ke pulau2 dan tmn2 hutan simpan. Pergh..membuatkan aku berkobar2 duduk di sini. Hmm..beban kerja belum tahu macam mana lagi. Dengan 'nombor' yang baru nih, harapnya aku dapatlah memikul amanah yg diberi, insyaallah.