Tuesday, April 01, 2008

Bukan kisah aku..

Hari ni terbaca aku di dalam surat khabar kisah tentang seorang wanita yg satu ketika dulu amat masyhur disebabkan kepintarannya di dalam bidang matematik. Kisah itu benar2 membuatkan aku melopong dan mengucap panjang. Siapa yg tak kenal Sufiah Yusof. Masa dia mula2 menjejakkan kaki ke Oxford, aku sering terfikir betapa beruntungnya dia diberikan kebijaksanaan sebegitu. Namun disebabkan tekanan yg dihadapinya, akhirnya dia kecundang. Jauh sungguh perginya dari landasan Islam. Betapa kebijaksaan yg diberikan tidak dihargai. Mungkin benar juga, kongkongan yg melampau dari keluarga boleh membuatkan seorang anak memberontak. Apatah lagi jika ianya berlaku di zaman remaja anak2 itu. Di waktu mereka mula belajar untuk mengenal dunia. Namun sebagai seorang yang mengaku dirinya beragam Islam, mereka sepatutnya sedar dimanakah landasan yg sepatutnya dan apakah akibat dari setiap tinakan yg mereka lakukan. Dan menjadi tanggungjawab ibu bapa utk memahami minat dan kehendak anak2. Bukan untuk kita membenarkan secara membuta tuli, namun untuk kita bertolak ansur dalam berurusan dengan anak2.

Teringat pula aku pada kisah seorang lagi pelajar pintar, Adi Putra. Dalam usia yg masih muda dia sudah menjadi seorang genius matematik. Akibat kepintarannya, dia tidak dapat nak menerima pembelajaran subjek2 bagi kanak2 seusianya. Ibu bapa yg terlalu mengikut kehendak anak itu pula telah dengan rela hati membenarkan anak itu berhenti belajar. Pada aku itu bukanlah satu tindakan yg cukup tepat. Ya, memang dia begitu pintar, namun kepintarannya hanyalah pada matapelajaran yg melibatkan matematik (dan sains mungkin). Bagaimana dengan pengetahuan terhadap mata pelajaran lain? Jika mereka inginkan satu kepastian terhadap kepintaran anak itu, mintalah dia ambil peperiksaan2 penting (upsr, pmr, spm). Jika tidak mahu belajar seperti pelajar2 lain sekalipun, cuba juga duduki peperiksaan2 tersebut dan lihatlah keputusannya bagaimana. Tapi, apa2 pun setiap keputusan terletak di tangan ibu bapanya. Jika mereka merasakan anak itu tidak perlu mempelajari ilmu di lapangan yg lain, kita tak boleh nak membangkang.

Itulah 2 kisah anak2 yg begitu genius dan kesan akibat dari tindakan dan keputusan ibu bapa. Pada aku, yg boleh kukatakan genius pada hari ini adalah Azali Azlan, pelajar yg telah berjaya mendapatkan 20A1 dan 1A2. Aduh, bagaimana pula nasib anak2 ku nnt. Harapnya dapat ku didik dengan sebaiknya. Bukan untuk menjadikan dia seorang yg teramat genius, tetapi menjadi mukmin yg berjaya di dunia dan akhirat. Amiin..

p/s: uh, saper tgk ABPBH ahad hari tuh..? Sungguh lucu melihat pakaian yg dipakai oleh Heliza..jika itu dikatakan sbg fesyen, makanya aku mmg buta fesyen :p

2 comments:

shafarina said...

menghina imej muslimah sejati ler pakaian si heliza tuh

Nurul said...

ekekekeke..tul tuh wan...nak tergelak jer tgk pakaian dier mlm tuh...siap ngan songkok ala2 tanjak lg tuh..